CHAPITRE SEIZE 🐺

10.7K 718 161
                                    

"All the best, papa." Skyler menggenggam tangan Simon yang sudah lengkap berbaju pesakit pembedahan dan terbaring di atas katil hospital itu.

Simon melakarkan senyum dan mengangguk.

"Terima kasih, Skyler. Terima kasih sudi 'baiki' papa yang dah hampir 'tidak berfungsi' ini." Simon menggosok tangan anaknya. Ingin sangat di melihat wajah anaknya yang sudah dewasa ini namun apakan daya, matanya tidak dapat melihat lagi seperti dulu.

"Don't say that. Lepas operation ni, we will do the operation untuk mata papa and after that, let's live a normal life as other does." Skyler mencium dahi Simon apabila waktu untuk lelaki itu menjalani pembedahan sudah hampir tiba.

"Skyler tunggu papa, tau." Bisik Skyler. Kelihatan setitis air mata Simon menitik dari tepi telinga lelaki itu. Kepala dianggukkan tanda berjanji bahawa Skyler akan dapat bertemu dengannya kembali.

Tautan tangan dua beranak itu akhirnya terlerai dan Skyler melihat Simon yang dibawa ke dalam bilik pembedahan.

Victoria yang dari tadi berada di luar terus masuk dan mendapatkan Skyler.

"Papa dah masuk operation room?" Soal Victoria. Skyler mengangguk dan menghela nafas. Kakinya melangkah ke tempat menunggu dan dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

"You okey?" Soal Victoria sambil melabuhkan duduk di tepi jejaka itu.

"Okay." Senyum nipis diukir dan Skyler memejam mata lalu menyandarkan kepala di dinding belakang. Dalam kepalanya hanya ada Simon sahaja sekarang, pembedahan ini mungkin akan gagal dan itu cukup untuk membuat dia risau.

"You're not. But it's okay sebab I ada bawakan coklat untuk you." Victoria menggagau ke dalam beg tangannya mencari cari coklat yang dibawa. Kemudian dia mengeluarkan coklat bersama senyum lebar.

"Nah."

Plastik coklat berjenama Hershey Kisses itu dibuang dan coklat piramid itu disua ke mulut Skyler.

Skyler memandang coklat yang ditangan Victoria lalu mulutnya dibuka sedikit. Selamat coklat itu masuk ke dalam mulutnya. Terkelip kelip dia memandang Victoria yang turut merenungnya.

"You're so hot." Hidung Skyler dicuit oleh Victoria. Freckles yang terdapat di hidung dan pipi Skyler menambahkan kekacakan sedia ada buat jejaka itu.

"Aku nak pergi tandas kejap lepastu kita pergi makan. Tunggu sini jangan merayau." Skyler bangun dari kerusi dan melangkah pergi tanpa sempat Victoria berkata kata.

Victoria memandang susuk tubuh tegap lelaki yang berjalan pergi dan dia tersenyum angau. Bagaimana lelaki ini boleh nampak seribu kali lebih kacak dan menggoda berbanding dulu?

Skyler yang ingin ke tandas seketika kerana ingin menyorokkan wajahnya yang bertukar merah apabila dipuji oleh Victoria terhenti apabila ada tubuh menghalang jalannya.

"Skyler." Vanessa tersenyum manis dan membetulkan rambutnya sedikit.

"Papa you macamana? I dengar berita dia ada operation? Dia okey tak?" Soal Vanessa prihatin. Skyler memeluk tubuh dan memandang wanita itu.

"Kenapa you pandang I macam tu?" Vanessa mula memintal rambutnya apabila pandangan Skyler berada di wajahnya meskipun pandangan lelaki itu kelihatan beku.

"Dah habis tanya?" Skyler menyoal dingin.

"Hah?"

"Kalau dah habis tanya, tepi. Susah aku nak berjalan kalau ada badak berdiri di tengah laluan." Skyler menolak Vanessa dan meneruskan langkah.

También te gustarán

          

Vanessa melopong dan membulatkan mata. Badak?! Memang dia agak gemuk sedikit berbanding Victoria yang langsing taraf model. Victoria juga lebih cantik darinya sedikit tetapi itu bukan alasan untuk Skyler mengejeknya seorang yang gemuk!

"Skyler!" Vanessa berlari mendapatkan Skyler dan lengan jejaka itu dipaut.

"Jangan sentuh aku." Pantas sahaja tangannya yang digapai oleh Vanessa dilarikan.

"I tak faham kenapa susah sangat you nak maafkan I? I dah minta maaf, I dah merayu untuk kita kembali bersama macam dulu, I dah berubah demi you jadi apa lagi yang you nak? Kenapa susah nak maafkan I?" Mata Vanessa mulai berkaca.

Skyler hanya diam. Lebih memilih untuk diam.

"Skyler.. please. I betul betul dah menyesal. I tahu I bodoh dulu sebab tinggalkan you tapi sekarang I dah insaf, ke you nak I melutut? Cium kaki you? Fine, I rela!" Vanessa mula melutut di lantai. Tangannya mula menggapai kaki Skyler namun jejaka itu mengeraskan kakinya.

"Simpan semua kebodohan kau, Vanessa. Jangan malukan diri sendiri. Kalau betul kau berubah, aku tumpang gembira." Skyler kembali berpatah balik ke arah Victoria apabila terasa rimas dengan Vanessa.

Kelihatan Victoria sudah terlelap di atas kerusi dengan keadaan kepala terlentok di tangan kerusi menunggu.

Skyler melabuhkan duduk di tepi gadis itu dan wajah lena Victoria direnung. Kemudian tangannya mengalihkan kepala Victoria dari tangan kerusi dan kepala gadis itu disandarkan di bahunya. Tangan memeluk pinggang gadis itu.

"Tadi bukan main seronok nak pergi makan, sekarang tidur?" Gumam Skyler sambil menggeleng kecil.

"Patutlah dah taknak dekat I." Tiba tiba suara gadis kedengaran mengganggu tumpuan Skyler yang ralit merenung wajah Victoria.

"Dah dapat kakak I yang lagi sempurna dari I, jadi you buang I? Heh. Tak sangka lah I you sanggup simpan kakak I sendiri sebagai pemuas nafsu you." Vanessa tergelak sinis. Dalam hati terasa membara melihat Victoria yang terlena di bahu Skyler.

"Kalau kau tak ada benda penting nak cakap baik kau balik." Skyler menghalau Vanessa sambil tangan menepuk badan Victoria agar gadis itu bangun dari tidur. Rimas berada di sini tambahan lagi Vanessa turut berada disini.

Victoria mencelikkan mata dan menguap. Tangan memeluk badan tegap Skyler secara automatik.

"Kata nak pergi makan." Skyler membetulkan rambut Victoria yang sudah serabai sedikit. Gadis itu mengangguk dan bangun namun langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Vanessa di situ.

"Seronok ke berasmara dengan bekas kekasih aku?" Soal Vanessa sinis.

"Vanessa!" Skyler menghadiahkan renungan tajam buat si gadis yang berada di hadapan mereka.

"What? Betullah kan dia ni berasmara dengan you, bekas kekasih I? Tak tahu malu betul ambil sisa orang!" Ejek Vanessa sinis. Victoria menggenggam tangan Skyler yang sedang mengepal penumbuk.

"So what sister? Apa yang kau nak buat? Kau ingat dengan ejekan kau tu mampu buat aku sakit hati ke? Not at all." Sinis suara Victoria sebelum dia memandang Vanessa dengan renungan mencabar.

"Sekurang kurangnya, bekas kekasih kau ni bakal suami aku. Lelaki yang kacak, kaya dan sempurna ini bakal menjadi suami aku. Kau? Masih terkejarkan bekas kekasih. Jilat ludah sendiri. Tak malu ke?" Soal Victoria sinis. Dapat dilihat wajah Vanessa mula menjadi kemerahan akibat menahan marah.

"Kau!" Vanessa mula mara namun Skyler pantas menarik tubuh Victoria agar berdiri di belakangnya.

"What?" Soal Skyler. Victoria yang berada di belakang Skyler itu tersenyum mengejek kepada Vanessa lalu tubuh Skyler dipeluk dari belakang.

3 |   VILLAIN'S   [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora