BAB 43

867 72 1
                                    

Lepas je aku cakap macam itu, semua orang yang berada didepan aku terdiam.

"Kau biar betul j?" Tanya abang ben

"Betul! Aku tak tipu."

"Habis kita nak buat apa ni?" Tanya anuar.

"Kejap! Aku call budi tapi budi tak angkat ni." Ucap aku lantas mengeluarkan telefon didalam poket seluar.

"Tak apa. Kita terus ke bangsar lah kalau macam ni." Ucap abang ben bagi idea.

Aku terus menganggukkan kepala tanda setuju. Kitaorang cepat-cepat keluar dari perkarangan hospital tersebut. Agak makan masa jugak lah nak sampai ke bangsar sebab jalan jem. Around 12lebih kitaorang baru sampai bangsar. Sampai saja bangsar, dari luar pagar aku perasan pintu dapur tak bertutup. Aku terus panjat pagar sebab kunci rumah bangsar aku tertinggal dekat kampung baru. Aku terus berjalan sampai ke pintu masuk dapur. Belum sempat aku nak bagi salam, mak lela muncul dengan bakul dekat tangan.

"Bertuah punya budak. Nasib mak lela tak ada sakit jantung. Tau-tau dah terpacak depan pintu. Haih kamu ni ann!"

Aku hanya menggaru kepala yang tak gatal. Tak lama tu mak lela buka gril dapur. Aku terus masuk ke dalam.

"Mak lela nak kunci pagar."

"Kunci kamu mana?"

"Tertinggal" Ucap aku menuang air dekat cawan lantas meneguk.

"Tadi panjat pagar?" Tanya mak lela.

Aku hanya menganggukkan kepala dan tak lama kemudian mak lela lantas bangun menuju ke ruang tamu. Aku hanya memerhati mak lela di dapur sahaja. Beberapa saat kemudian, mak lela datang bersama kunci dekat tangan. Aku terus mengambil kunci tersebut lantas keluar dari rumah untuk buka pagar bagi yang lain masuk.

"Tak payah masuk dalam. Kita lepak dekat beranda ni je." Ucap aku.

Ada sebab kenapa aku tak bagi yang lain masuk ke dalam rumah. Sedangkan aku pun terhad dekat bahagian dapur. Di ruang tamu idok aku nak pergi.

"Sokey j!" Ucap abang ben.

"Lepak dulu, kang aku suruh mak lela buat air."

"J!" Panggil mizan

Aku berpaling dan memandang mizan dekat sebelah izuwann.

"Apo?"

"Ika ada?" Tanya mizan

"Kau nak aku report dekat miha ke?" Tanya aku semula lantas mengangkat kening.

"Main kasar kau j!"

Yang lain terus gelak dengan gelagat mizan. Dah kawin, ada hati nak tanya anak dara orang! Bagi belakang tengkok kang mau koma sebulan si mizan tu. Aku terus meninggalkan diorang dan masuk dapur. Mak lela tengah siapkan kan jug untuk bancuh air. Kerusi didepan mak lela aku tarik dan duduk.

"Kamu baru keluar hospital ke ann?" Tanya mak lela.

Aku berkerut dahi memandang mak lela. Mana dia tahu eh?

"Tu tangan tu"

"Oh. Haah. Tapi mak lela diam-diam lah. Jangan bagitahu siapa-siapa tau."

"Hurmm. Mak lela bila dengan kamu ni akan bertambah lah dosa-dosa mak lela."

Gulp! Aku menelan liur.

"Amboi kasar nau mak lela ui. Ni mak lela saya nak tanya. Pak budi mana? Tak nampak pun."

"Budi keluar pergi beli barang. Tak tahu lah barang apa yang dia beli."

"Oo dah lama ke?" Tanya aku

"Lama jugak lah. Dari pukul 10 tadi. Tak balik sampai sekarang. Alang-alang budi cakap nak panaskan kereta kamu."

"Oooo"

"Ada apa-apa ke ann?"

Aku memandang mak lela yang matanya makin mengecil. Uish kena hati-hati ni. Mau kang dia report kat mak aku naya woi!

"Tak ada lah. Member kat luar nak mintak tolong dekat pak budi. Tak apa lah kitaorang tunggu pak budi balik. Yang lain mana?" Tanya aku

"Kak na, along dan ika keluar. Anuar ada lah kat atas. Kamu nak jumpa dia ke?"

Aku cepat-cepat gelengkan kepala.

"Taknak lah. Nanti dia asyik mintak rokok je." Ucap aku lantas bersandar dekat dinding.

Aku hanya memerhati mak lela bancuh air. Dalam otak aku bermacam-macam aku fikir. Mika mika

"Ni air dah siap. Bawa dekat kawan-kawan kamu." Suruh mak lela

Tanpa membuang masa aku terus angkat dulang yang berisi cawan keluar dan letak dekat depan diaorang.

"Lepak jap! Budi keluar g beli barang." Ucap aku

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora