TINGGAL dua minggu sahaja lagi, kad undangan telah aku kirim kepada beberapa kawan-kawan yang jauh supaya diorang dapat ambil cuti dan datang ke majlisku.
"Sara, tak payah lah nak bagi-bagi kad kalau setakat dengan aku. Kitaorang dah tahu kau dengan Zayn macamana!",ucap Nija ketika kami keluar makan minggu lepas.
"Ah'ha, entah dia ni. Kita ni bridesmaid dia, pun nak dapat kad jugak ke?",balas Sally dan tergelak.
"Yalah, buat azimat ke apa ke. Manatahu lepas ni korang pulak, tak ke baik macam tu. Simpan lah buat kenang-kenangan!",balasku.
Aku berikan dua pasang baju kurung tanpa corak kepada mereka sebagai persalinan untuk menjadi bridesmaid aku nanti. Temanya warna putih. Biar aku yang paling menyerlah dengan warna maroon itu nanti.
Aku memandang baju persandinganku nanti, cantik je. Zayn yang pilih, katanya warna maroon cantik. Aku ikut je sebab cantik dia mata dia, mesti cantik jugak di mata orang. Aku berpuas hati dengan rekaan Alan Arbella Bridal Couture.
"Sara! Dulang hantaran ni mama letak di bilik mama dulu ya, kalau susun dekat sini semak nanti!",tukas mama.
Aku mengangguk saja. Rumahku kini semakin sibuk dengan bermacam urusan persediaan. Ayah sibuk menukar cat dinding , mama pula sibuk mengatur pasu bunganya. Kata mama nanti pasti ada tetamu bertanya, situlah dia nak menunjuk nanti. Mama, mama..
"Bunga telur kami dah beli ke Sara?"
"Dah ma,tapi tinggal dekat kereta Zayn. Sara lupa ambik tadi, esok Sara ingatkan dia untuk bawa",balasku.
"Baiklah, mama nak telefon makLong kamu di Kuching tu. Entah dapat datang ke tidak dia!",tukas mama dan beredar. Pasti ada lagi cerita bawangnya nanti, dan ayah akan bising lagi kalau mama terlalu lama bersembang di telefon.
Hari ini aku cuti, dua hari aku ambil kerana projek Alpha telah pun berada sepenuhnya dibawah jagaan HQ. Tugasku selesai. Projek pertamaku berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Sekarang bolehlah aku fokus ke persiapan perkahwinan ku.
"Sara!! Ada kawan kamu datang ni!!",jerit mama dari tingkat bawah.
Aku diam. Kawan? Kemudian aku cek telefon bimbitku, tiada mesej dari sesiapa pun kata ada sesiapa mau datang. Aku capai jaket ringkas dan turun ke bawah. Rambutku berikat kuda seperti biasa.
"Siapa yang datang ma?",soalku. Tetapi mama memberi signal dia sibuk di telefon. Aku bingkas keluar untuk lihat siapa. Ayah juga sibuk di ruang dapur.
"Helo?", panggilku. Tiada sesiapa pun. Aku buka pagar kecil untuk melihat di luar, tiada! Takkanlah mama tipu!
Aku masuk semula..
"Arrghh!!!"
Terkejut aku apabila ada seseorang sedang memeluk aku dari belakang. Aku merungkaikan pelukannya dan menoleh.
"Adam??!!" Soalku. Aku terkejut satu. Dua, berani dia memeluk aku?
"Hei! Kenapa peluk-peluk saya ni? Awak kenapa ni?!",jerkahku. Aku menjarakkan diri dari dia, entah apa lagi mahunya disini. Tidak cukup menganggu aku.
"Sara, saya rindukan awak! Sejak kali pertama kita berjumpa dulu di sini, saya tak henti-henti teringatkan awak. Kenapa ya?",soalnya.
"Hah? Apa awak ni, dah gila ke?"
"Mungkin saya dah gila Sara, gilakan awak. Agaknya ini yang Zayn rasa masa mula-mula dulu kan?",soalnya.
"Adam! Boleh tak awak jangan ganggu saya macam ni? Saya ni tunang Zayn, bakal isteri Zayn! Awak tak hormat dia ke?",soalku.
YOU ARE READING
INTAN
Romance✅✅COMPLETE 🚫amaran : UNTUK PEMBACA MATANG SAHAJA🚫 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 🔞Mengandungi babak-babak 18SX yang dihadkan🔞 "Eh, kalau ikut kursus dekat luar yang berminggu-minggu ni best tak?" "Best lah kalau masa sekolah dulu. Boleh jumpa...