BAB 2

129 20 0
                                    

Cahaya daripada unggun api yang marak, menerangi sebuah kawasan yang agak lapang di sebuah hutan belantara itu.

Dua orang pemuda, terlihat sedang duduk berdepan dengan unggun api yang sedang marak meratah batang dan ranting kayu.

Seorang daripada mereka berdua, ralit membalik-balik seekor ikan. Besar dan padat dengan isi.

Manakala seorang lagi sedang baring dengan hanya berlapikkan sehelai kain tipis. Kedua belah tangan diletakkan di bawah kepala.

"Oh yeah, ikan sudah masak!" Suara Cad, memecah sunyi di kawasan itu.

Wajahnya nampak tidak sabar! Kerana dia lapar! Jemarinya cuba mencubit isi ikan, tetapi pantas ditarik kembali.

"Ouchh ouchh! Panas!" Gerutu Cad. Ikan diletak di sebuah daun besar sebagai alas makanannya itu.

"Mahu?" Soal Cad seraya memandang ke arah lelaki yang sedang berbaring. Kebetulan pula pandangan mereka bertemu.

Pelawaannya hanya dibalas dengan gelengan.

"Tak nak, sudah." Cad tidak pedulikan lelaki itu. Dia mencuba lagi mencubit ikan dan isinya dimasuk ke mulut.

"Hooo haaaa huuuu!" Berbunyi-bunyi mulut Cad bila menjamah ikan itu tika masih hangat. Harap tidak melecurlah mulutnya!

"Selapar itukah kau?" Artha bertanya. Dia mengalih posisi untuk mengiring, mengadap terus ke unggun api. Cad yang berada di sebelah sana, terlihat jelas.

Cad hanya sengih. Sebenarnya dia telah menghabiskan dua ekor ikan bersaiz lengan. Agak kecil untuknya jikalau dibanding dengan kelaparan sekarang ini.

Berbeza dengan Artha yang hanya menjamah seekor ikan sahaja. Tiada selera agaknya lelaki itu.

Isi ikan sungai yang ditangkap oleh mereka pada petang tadi sungguh terasa segar dan manis!

Dibakar terus meski tanpa sebarang rempah, tetap saja menyelerakan.

Jari-jemari Artha mengutil ranting kayu. Sesekali, akan dibaling ke arah unggun api. Begitulah dirinya untuk beberapa detik, sementara menanti rasa lelap untuk kunjung tiba.

"Tidurlah, esok kita akan memulakan perjalanan di awal pagi." Ujar Cad.

Kedengaran Artha mengeluh lemah.

"Kenapa?"

"Tak boleh tidur." Akui Artha senada.

"Janganlah terlalu fikirkannya." Nasihat Cad dengan senada.

Artha bungkam mendengarkan kata-kata Cad. Sepatutnya, dia bersama Cad perlu pulang pada malam ini.

Tetapi disebabkan kepenatan, mereka perlu berehat dan merancang supaya memulakan perjalanan esok pagi saja.

Perjalanan mereka untuk pulang ke Istana Ace masih panjang. Mereka perlu sampai ke Istana Ace sebelum tamat tempoh 'isolasi' yang diberikan.

Artha tidak mahu kepulangan diri ke Istana Ace disedari oleh sesiapa. Dia yang berjaya menyelinap keluar ini adalah atas bantuan Cad!

"Duke Artha..."

"Artha." Artha memintas dengan mata yang pejam. Dia tidak gemar apabila Cad memanggilnya gelaran itu ketika cuma mereka berdua. Tiada protokol yang perlu dipatuhi. Dia percayakan Cad bagai saudara kandung sendiri.

Hanya di hadapan orang-orang Istana Ace, mereka menggunakan panggilan yang formal. Tetapi bila berdua begini di luar istana, mereka lebih selesa jika hanya memanggil nama kerana dapat merasa hubungan yang lebih akrab.

Mereka bagaikan adik-beradik. Cad sudah menjadi pembantunya sejak daripada mereka masih kecil lagi. Keakraban mereka memang tidak dapat dinafikan.

Jadinya, Cad memang mengetahui tiap kekurangan yang dimiliki Artha. Setiap rahsia Artha, dalam pengetahuan Cad.

IMMORTAL DELAILA: THE DUCHESS OF ACEWhere stories live. Discover now