BAB 2

165 18 1
                                    

Masuk hari ni dah seminggu aku terperap dalam bilik. Aku mengharapkan abang Irsyad menelefon aku. Aku perlukan alasan kenapa dia tinggalkan aku tanpa berita.

"Tok..tokk" pintu diketuk. "Masuk jelah" balas Rina yang kelihatan lesu.

"Rina sampai bila kau nak jadi macam ni?" ujar Amani BFF Rina. "Kau tanya aku sampai bila?? haa sampai aku dapat jawapan kenapa dia buat aku macam ni. Dia dah janji dengan aku yang dia takkan tinggalkan aku." balas Rina yang teresak menangis.

"Kau kena ingat Rina kau hidup bukan untuk laki tak guna macam dia tu. Kalau dia sayangkan kau dia takkan ulang benda yang sama dari lima tahun lepas. Pernahkah kau bahagia masa kau couple dengan dia dulu?? Aku bff kau Rina aku lebih kenal kau dari diri kau." bebel Amani yang mahu sedarkan kawannya yang mabuk dengan laki tak guna.

"Sekarangni kau buka buku baru. Lupakan perkara yang dah lepas. Percayalah Rina u'll find someone that love you more than himself. Berhenti menangis untuk hati yang tidak sudi, tetapi bangkitlah untuk hati yang sedang menanti." ujar Amani dengan kata-kata yang menusuk kalbu.


***********************

5 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi aku, dia sebahagian daripada hidup aku. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan aku tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

5 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Aku banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan aku.

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila aku nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Aku? Nak terus bazirkan kehidupan aku hanya kerana satu perpisahan?

Jangan menyesali kepergian seseorang yang berarti. Ingatlah bahwa engkau memiliki hidup yang jauh berarti.

Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.

Seberat manapun masalah sedang menyapa, tetaplah bersabar dan ikhlas. Hadapi dengan tenang, pertolongan Tuhan pasti mendatang.

Betullah tak semua yang kita rancang tu akan berlaku kekadang kita pikir kita buat benda betul dah tapi kita lupa akan cinta Allah. Kita lupa akan rancangan allah itu malah lebih indah dan pastinya lebih diredhaiNya.

Kalau ditanya masih adakah lagi cinta untuk dia? tipulah kalau aku cakap tidak.





Mampukah Rina melupakan Irsyad?
bukan senang untuk kita lupakan orang yang kita menaruh harapan dengan kian lamanya.

Mintak maaf sangat-sangat sampai sini je author mampu buat for chapter 2. I tengah busy dengan online kelas huhuhuhuhu sampai tak de idea nak buat










KATRINA [OG]Where stories live. Discover now