Sky dan Felix yang dibantu oleh Sam dan Bob itu terus mencari jalan yang betul untuk keluar dari hutan tersebut. Perjalanan memakan masa 30 minit. Sky dan Felix tahu selok-belok hutan ini lebih daripada yang lain. Sebab itu Christopher meminta mereka yang menyelesaikan hal ini.
AUUUUUUUUUUUU
Langkah Wolf Gang dan lima gadis itu terhenti. Christopher menjadi tidak sedap hati. Dia melihat ke sekeliling.
"Wolf Gang, lindungi mereka berlima!"
Wolf Gang membuat satu bulatan kecil melindungi Ara, Hana, Youngna, Hayeon dan Jihyun. Gadis-gadis itu mula ketakutan.
"Hyung dengar kan bunyi lolongan tadi?" Tanya Bob kepada Felix. Felix mengangguk.
"Chris hyung. Aku rasa lolongan tadi bukan dari Jackson." teka Felix lagi.
Di dalam kegelapan, 16 pasang mata berwarna merah muncul. Yang lain terkejut melihat JayB bersama anak-anak buahnya yang keluar dari kegelapan tersebut. Termasuklah Jackson.
"Aku dah agak! Kau memang penipu!" Tengking Christopher dengan geram. Jackson tergelak besar.
"Maafkan aku sebab mengkhianati kepercayaan kau dengan diorang tu. Sebab memang itu kerja aku." kata Jackson.
Mereka berlapan bertukar menjadi manusia semula. Youngna memeluk Ara erat apabila melihat Song. Song pula melambaikan tangannya ke arah gadis tersebut dengan senyuman jahat.
"Hai sayang. Kita berjumpa kembali," kata Song kepada Youngna.
"Sama jugalah, aku dengan Christopher." kata Jayb dengan senyuman sinisnya. Dia berjalan ke arah Christopher dan menghulurkan jabat tangan.
Christopher yang masih dengan wajah seriusnya itu menepuk jauh tangan JayB. Si raja itu membuat mimik muka terkejut.
"Uwuuu dia buat macam tu pula. Tak sopan tahu tak? Kan kita dah lama tak jumpa."
"Aku tak nak jadi sopanlah dengan binatang jahat macam kau."
"HAHAHAHAHA. Aku memanglah jahat. Mesti kau masih ingat apa yang aku dah buat pada ayahanda kau kan? Terima kasihlah kat dia sebab segala kemewahannya aku dapat rasai. Kerajaan tu pula? jadi milik aku."
"Kau tak guna!"
Christopher mahu menumbuk muka JayB namun lelaki itu lebih pantas. Dia mengelak dan menumbuk bawah dagu Christopher sehingga ketua Wolf Gang itu terpelanting ke belakang. Anak-anak buah JayB tergelak.
"Lemahnya dia~" - Sebastian
"Fikir dia tu kuat sangat." - Adam
Christopher dibantu oleh Rhino dan Lewis untuk berdiri. Wolf Gang mula mengeluarkan senjata masing-masing. Peter yang hampir sembuh juga membantu.
"Kau takkan dapat diorang berlima." - Rhino
"Kau pasti ke?"
JayB melolong dengan begitu kuat. Banyak anak mata berwarna hijau yang kelihatan dalam kegelapan. Satu demi satu serigala jadian muncul dan menyerang Wolf Gang. Begitu ramai.
Wolf Gang membalas serangan tentera JayB dengan begitu pantas dan terbaik. Segala apa yang diajar oleh Jackson dipraktikkan seeloknya. Baiklah, terima kasih juga Jackson.
Keadaan yang huru-hara itu memberi peluang kepada JayB dan anak-anak buahnya untuk mendapatkan Ara, Hana, Youngna, Hayeon dan Jihyun.
"HAHAHAHAHAH siapa yang lebih hebat sekarang!? Korang berlima! Dapatkan budak-budak tu!"
Sebastian menangkap Ara, Joshua pula menangkap Hana. Youngna diserang oleh Song dan Adam serta Edward menangkap Hayeon. Begitu juga Kelvin dengan Jihyun.
Lima gadis itu ditekup mulut mereka dengan satu kain kecil diletakkan cecair busuk padanya sehinggakan mereka pengsan. JayB mengarahkan anak-anak buahnya untuk membawa mereka ke istananya. Raja itu mengikut mereka lari dari pertempuran itu.
"Tak guna! Terlalu ramai!" - Lewis
"Hayeon/Jihyun!!" - Sam & Felix
Wolf Gang bertuah kerana tiada yang cedera dan kemenangan berpihak pada mereka. Telah ramai serigala jadian yang mati. Yang terakhir ditikam di dada oleh Peter dengan menggunakan lembingnya.
Christopher melihat bangkai-bangkai serigala jadian yang berada di merata tempat. Dia tahu mereka semua ialah rakyatnya. Dia berasa sedih dan kecewa.
"Kita kena selamatkan mereka! Wolf Gang sekarang!!" Arah Christopher. Senjata masing-masing berada di belakang sendiri. Wolf Gang pun bertukar menjadi serigala dan menjejaki Jayb serta para pengikutnya itu.
______
"Aku nak korang bawa diorang ke bawah tanah. Tahu kan ada penjara dalam tu?" Kata JayB. Yang lain mengangguk.
Yang lain mengikut Sebastian ke penjara bawah tanah. JayB tersenyum senget. Dia memandang Jackson yang berdiri di sebelahnya.
"HAHAHA aku bangga dengan kau Jack. Pandai kau berpura-pura jadi baik dengan diorang. Raih kepercayaan diorang supaya diorang fikir yang kau ni dah berubah dan berpihak dengan diorang."
"Tapi nampaknya tak semua, Tuanku." kata Jackson dengan sopan.
"Ya, ya aku nampak tadi. Christopher seorang saja yang tak percayakan kau."
"Dengan dua orang lagi anak buah dia,"
Kening sebelah JayB terjongket. "Siapa?"
"Rhino dan Lewis. Gadis-gadis tu dengan lima lagi anak-anak buah Christopher yang lain percayakan aku. Mereka bertiga saja tak."
JayB berdiam seketika.
"Ahh! Apa aku kisah! Sekarang aku dah dapat apa yang aku nak. Malam ni bulan mengambang. Aku perlu buat ritual dengan cepat. Jackson! Kau pergi sediakan apa yang patut!"
"Menurut perintah, Tuanku."
Jackson pun terus meninggalkan rajanya dan masuk ke dalam istana. Jayb pula berjalan masuk ke dalam penjara bawah tanah. Dia hanya perlu turun menggunakan tangga yang disediakan untuk ke sana. JayB melihat anak-anak buahnya membuat kerja.
Keenam-enam manusia separuh serigala itu mengikat tangan Ara, Hana, Youngna, Hayeon dan Jihyun ke udara dan membiarkan mereka tergantung. Seorang satu penjara. Bersebelahan antara satu sama lain.
JayB yang masih tersenyum jahat itu mengalihkan perhatiannya kepada tiga orang manusia yang ada di dalam penjara lain. Dia mendekati penjara itu.
"Macam mana? Sihat?"
Permaisuri Wild atau juga bonda kepada Christopher memeluk erat anak-anak baginda iaitu Puteri Hannah dan Putera Lucas. Dia memandang Jaybe dengan marah. Keadaan mereka yang agak menyayat hati diperhatikan oleh raja palsu tersebut. Baju yang dipakai agak koyak. Terdapat sisa makanan di hadapan mereka.
JayB tergelak besar. Dia berasa kelakar melihat keadaan Permaisuri dan dua cahaya matanya.
"Kesian betul kan? Tak apa. Makanan masih disediakan. Aku nak korang tengok aku bunuh Christopher dengan anak-anak buah dia. Budak-budak perempuan tu pun aku akan bunuh untuk ritual hidup abadi aku tak lama lagi."
Kata Jayb sambil menunjuk ke arah lima gadis itu.
"Kau memang kejam! Sanggup kau culik manusia-manusia ni untuk kepentingan kau sendiri! Kau memang tak berhati perut!" Marah permaisuri.