Bab 44- Cuit Pipi

491 33 27
                                    

Orked buka mata perlahan-lahan. Dia tersedar dengan bunyi tawa yang pecah sepanggung. Entah bila kepalanya ada di bahu Cempaka. Jemari kirinya juga turut digenggam Cempaka. Patutla terasa hangat. Lena tidurnya. Orked melepaskan nafas perlahan. Dia memejamkan mata sekejap.

'Shit aku tengah dating kot.. Apesal boleh tertidur pulak..'

Orked membetulkan duduknya. Cempaka menolehnya dalam gelap. Memastikan Orked baik-baik sahaja.

"Awak ok..? kalau letih sangat kita balik..." Cempaka berbisik di telinga Orked. Rapat sekali. Orked menggeleng dan mengatakan dia baik-baik sahaja. Sebetulnya sudah naik segan dengan Cempaka. Dia sendiri yang mengajak beria-ia dan dia jugalah yang tidur tak sedarkan diri. Beria -ia.

Cempaka menyuakan air mineral untuk Orked. Dia cuma patuh menurut meminum seteguk. Matanya tertancap pada layar skrin. Entah plot sudah jadi apa, sampai mana dan mengapa. Dia pun tidak pasti. Orked menggeleng kepala untuk kesekian kali. Terasa mamai pula. Ditolehnya Cempaka di sebelah. 

'Kesian sayang... tengok sorang-sorang...' bisik hati Orked.

Orked memeluk tangan kiri Cempaka, kemudian mengenggam erat jemarinya. Kepalanya dilentokkan ke bahu Cempaka lagi. Matanya memadang skrin layar cuba memahami jalan cerita yang ditinggalkannya lebih 1 jam tadi.

Cempaka cuma membiarkan. Walau jantungnya berdegup kencang daripada biasa. Dia membalas genggaman Orked. Senyumnya melebar.

Hampir 40 minit, cerita pun tamat. Lampu dibuka satu persatu bagi memudahkan penonton keluar daripada panggung.

"Awak..awak.." Cempaka mengusap lembut jemari Orked.

'Ini betul-betul keletihan ni...' Cempaka mencuba lagi.

"Sayang....sayang...." Cempaka mengelus pipi Orked pula.

"Ha??" ah sudah terperanjat pula Orked.

"Eh.. habis dah?" Orked duduk tegak memandang sekeliling. Wajahnya diraupi dengan kedua tangan. Sudah terang benderang dalam panggung.

Cempaka sengeh menahan gelaknya.

"Hmmm... saya minta maaf ya...nyenyak pulak tertido kat bahu girlfriend.." Orked menutup mulutnya menahan tawa.

"Ishh... saje kan, ambik kesempatan.." Cempaka mengusik. 

"Eh..saya? Bukan awak ke yang pegang tangan saya waktu saya tak sedar? " Orked menahan tawanya. Melanjutkan usikannya pada Cempaka yang sudah memerah pipinya.

"Tapi awak redho kan??" Cempaka membalas sambil buat muka. Pecah tawa keduanya. 

Orked menarik lengan Cempaka, segera keluar daripada panggung.

"Saya suka tengok awak gelak. Awak janganlah segan-segan dengan saya" Orked meraih jemari Cempaka. Mereka berjalan berpapasan menuju ke kawasan Mall.

"Awak nak dinner tak? Sebelum kita balik ni.." Cempaka bersuara menghilangkan gemuruhnya berpegang tangan dengan Orked. Orked berhenti berjalan dan mengadap Cempaka. 

"Emm.. saya ada cadangan." Orked mengangkat kening.

"Apa dia?"

"Apa kata kita take-away...dan makan kat rumah...saya" Orked cuak dengan ajakannya.

Cempaka terdiam berfikir. Dahinya berkerut.

"Tak.. saya bukan ada maksud apa-apa. Saya cuma nak spend masa lagi dengan awak. Nak kenal pasal awak lagi..."Orked terkelip-kelip meminta dipertimbangkan cadangannya.

Cempaka diam lama lagi.

"Tapi... nak tahu semua jugak hari ni?" Cempaka bertanya.

"Haah kalau boleh. Awak mesti dah tahu pasal saya banyak kan? Awak google nama saya, keluar semua info. kan?" Orked beriya iya. 

Cempaka mencebik wajah. 'Eee berlagak betul!'

"Kan? ala mengaku je la... CV saya semua ada dalam internet tu. Saya ni hak milik masyarakat. Tapi awak tu.. hak milik saya. .." Orked tersengeh-sengeh. 

"Kita tak ada banyak masa Cem... awak dah matang, saya dah matang. Kita terus serius. Awak tengok kan tadi betapa tuanya saya untuk berdating. Tengok wayang pun saya tertido. DUA kali!" Orked meraupi wajahnya.

Cempaka menahan tawanya melihat kesungguhan Orked mengajaknya ke rumahnya.

Orked menarik nafas dalam-dalam.

" Saya janji, kita sembang je... lama sangat saya rindu awak. Saya bahagia sangat dapat balik semula jumpa awak.." Lembut suara Orked. Dia senyum merenung Cempaka.

"Tapi.. saya tak bawak baju lebih..." Cempaka meluahkan kegusarannya. 

Orked ternganga. Inilah masanya mengusik Cempaka.

"Baju lebih? nak buat apa? Saya ajak sembang je... bukan ajak tidur rumah..." Orked berkata perlahan.

"Ha?" Wajah Cempaka merah padam menahan malu.  Dia terkedu dengan kata-kata Orked.

"Hahahahah... alololo... sorry sorry...sorry...maaf maaf saya bergurau..." Orked mencuit pipi Cempaka. Tidak dihiraunya orang lalu lalang di mall. Cempaka dah naik rajuk dengan usikan Orked.

"Jangan risau.. baju saya kan ada... kita sama saiz kan..." Orked meraih kembali lengan Cempaka dan berpapasan menuju ke bahagian restoran. Cempaka masih masam mencuka dengan usikan Orked.

"Awak ni kan. Dahla berlagak. Pastu suka mainkan saya" Cempaka geram.

"HAHAHAHA" Orked ketawa lagi mengusik.

---

haa.. happy tak?


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now