"Percy dulu," kata Puan Weasley sambil melihat gugup jam di atas, yang menunjukkan bahawa mereka hanya mempunyai lima minit untuk menghilang melalui tembok penghalang.
Percy melangkah pantas ke hadapan dan hilang. Encik Weasley seterusnya dan diikuti oleh Fred dan George.
"Makcik akan pergi bersama Ginny dan kamu bertiga selepas itu," kata Puan Weasley kepada Harry, Olivia dan Ron sambil meraih tangan Ginny dan berangkat. Dalam sekelip mata mereka hilang.
"Mari kita pergi bersama, kita hanya ada satu minit lagi," kata Ron kepada Harry dan Olivia
Olivia memastikan bahawa sangkar Neniè terletak di atas bagasi dengan selamat dan menggerakkan troli untuk menghadap penghalang. Dia berasa takut; lebih baik menggunakan serbuk Floo. Ketiga - tiga membongkok rendah di atas pengangan troli mereka dan berjalan dengan pantas menuju ke penghalang. Dalam beberapa kaki lagi mereka berlari dan--
BUMM!!!!!!.
Ketiga - tiga troli menghentam penghalang dan melambung ke belakang. Bagasi Ron jatuh dengan bunyi yang kuat. Olivia terjatuh dan sangkar Neniè dan Hedwig melantun ke lantai yang berkilat. Itu menyebabkan sangkar itu berguling dan membuat Neniè dan Hedwig yang turut jatuh marah. Orang - orang di sekeliling mereka memandang dan seorang pengawal berdekatan berteriak, "Apa yang kamu bertiga buat?"
"Hilang kawalan troli," jawab Olivia tersengal-sengal, mengcekam tulang rusuknya ketika dia bangun. Ron berlari mendapatkan Hedwig dan dia mendapatkan Neniè yang sedang membuat keributan sehingga orang ramai bergumam tentang penganiayaan terhadap binatang.
"Kenapa kita tak boleh tembus?" Harry mendesis kepada Olivia dan Ron.
"Entahlah--"
Olivia memandang liar sekelilingnya. Kebanyakkan orang memerhatikan mereka
"Kita akan terlepas kereta api," bisik Ron. "Aku tak faham kenapa laluan ini tertutup sendiri-"
Olivia memandang ke arah jam gergasi itu dengan perasaan cemas. Sepuluh saat... sembilan saat...
Dia menggerakkan troli ke depan dengan hati - hati sehingga tepat di depan penghalang dan mendorong dengan sekuat tenaga. Tembok itu tetap kukuh.
Tiga saat... dua saat... satu saat...
"Sudah terlepas," kata Ron, terdengar panik. "Kereta api dah bertolak. Macam mana kalau ibu dan ayah tak dapat kembali lagi? Kau ada duit muggle tak?"
Harry memberi ketawa kosong. "Keluarga Dursley tak pernah beri aku duit lebih dari enam tahun."
Ron menekup telinganya ke penghalang yang dingin.
"Tak dapat dengar apa - apa," katanya tegas, "Apa yang perlu kita buat? Aku tak tahu berapa lama masa untuk ibu dan ayah kembali ke kita."
Mereka melihat sekeliling. Orang - orang masih memerhatikan mereka, terutamanya kerana teriakan Hedwig yang berterusan.
"Aku rasa lebih baik kita pergi dan tunggu di kereta," kata Olivia lembut. "Kita dah menarik banyak perhatian--"
"Olivia!" kata Ron, matanya melebar. "Kereta itu!"
"Kenapa dengan kereta?" Tanya Harry pelik.
"Kita boleh terbangkan kereta itu ke Hogwarts!"
"Tapi bukankah--"
"Kita dah terlepas kereta api kan? Dan kita perlu kembali ke sekolah, kan? Ahli sihir bawah umur boleh menggunakan sihir dalam keadaan darurat... seksyen sembilan belas atau ke berapa... sekatan--"
"Tapi ibu dan ayah kau..." kata Olivia, ragu-ragu menolak satunya-satunya jalan keluar. "Macam mana mereka nak balik nanti?"
"Mereka tak perlukan kereta!" kata Ron tidak sabar. "Mereka tahu sihir muncul tiba-tiba! Kau tahu, ghaib dan muncul semula di rumah! Mereka susah payah guna serbuk floo dan kereta sebab kita bawah umur dan tak dibenarkan guna sihir muncul tiba-tiba...."
YOU ARE READING
true love || draco malfoy
Random(slow update) cerita ini berasaskan cerita daripada j.k Rowling, iaitu Harry Potter,, tetapi saya,, ubah sedikit cerita asal kepada cerita yang akan anda baca sebentar sahaja lagi [bukan sikit tetapi banyak] dan cerita ini juga, ialah, cerita imagin...