Jari jemari Qisha ralit di skrin telefonnya.
'Siapa yang sesuai buat jadi laki aku eh?', getus hatinya.
Ada beberapa kenalan yang Qisha berkenan tetapi tidak terdetik untuk dijadikan teman sehidup sematinya. Baginya, mereka hanya berteman. Qisha meminta pendapat sahabat lelaki di bangku sekolah dahulu.
"Weyh, aku ada benda nak cakap ni."
"Asal?", Soal sahabatnya.
"Ayah aku suruh kahwin doh? Macam mana ni?"
"Aik? Ko bukan ramai peminat ke?"
"Hmm.. mana ada yang heklok. Kau ni!"
"Takde sorang pun ke yang kau berkenan?"
"Ada, tapi kitaorang kawan je.", Qisha mula mengeluh.
"Cuba la tanya dulu. Mana tahu dia pun suka kau jugak. Jalan je lah."
Setelah lama mereka berdua berbincang, akhirnya Qisha mengambil keputusan untuk menyampaikan 'hint' kepada kenalannya namun jawapannya menghampakan Qisha.
"Thanks ah bro bagi aku idea nak confess tapi orang tu tak nak la. So, tak pe lah. Lepas ni apa nak jadi, jadilah.",ujar Qisha kepada sahabatnya, pasrah.
"InshaaAllah, jodoh kau ada tu.", Sahabatnya cuba untuk memujuk hati Qisha yang kian menepi tetapi tidak terkesan di hati Qisha lagi.
Berhari Qisha termenung, sepi. Mengenang nasibnya yang serik dihimpit rasa sesak di benak hatinya. Apa lagi perlu dia lakukan untuk membahagiakan orang tuanya?
Setelah sekian hari berlalu, Qisha melapangkan hati bahawa dia perlukan rancang yang lain selain berkahwin. Qisha mula mendekatkan diri kepada Illahi dan mencari petunjuk bagi menetapkan pilihannya akan datang. Qisha berserah segala urusan kepadaNya.
Hari seterusnya, Qisha masih mencari informasi untuk kemasukannya ke universiti. Tiba-tiba muncul iklan kerja di skrin telefonnya.
"FRESH GRADUATE Dialu-alukan! ..."
Qisha menekan tanpa berfikir apa-apa dan menyimpan nombor syarikat tersebut. Mana lah tahu terdetik hatinya mahu bekerja. Ibunya menjengahnya, "Eh, ni nombor apa? Nak kerja ke? Telefon la. Cuba nasib!"
"Ish, Qisha tak tahu lagi la nak kerja ke tak."
"Call jelah.", Ayahnya menyampuk dari belakangnya. Qisha tersentak dan mengapai telefonnya. Malas mahu berbalah jika dia menidakkan lagi suruhan ayahnya.
"Assalamualaikum cik Nizam. Ni syarikat Nirwana Jaya Holdings ke?", Tanya Qisha tanpa ragu-ragu.
"Ye saya."
"Nak tanya, ada kekosongan lagi ke untuk fresh graduate intake di syarikat cik?"
"Ye ye .. we need urgently. Awak boleh whatapps resume dekat nombor saya, okey?"
Qisha terpana. 'As soon as that?' Qisha merasakan segalanya berjalan dengan sangat lancar.
"Baik cik. Terima kasih.", Qisha memandang ibunya dengan penuh kemusykilan.
"Kenapa? Dia cakap apa?", Ibunya mula curiga.
"Orang tu suruh bagi resume terus kat dia."
"Wah, sent la cepat."
Qisha membuat resume ringkas secepat yang mungkin dek kerana dia langsung tidak menjangkakan momen ini terjadi.
Sent.
Berjeda.
Ting! Pesanan masuk.
"Cik Qisha, sila hadir ke pejabat saya untuk sesi temu duga ye. 11am, Isnin. Terima kasih.
Qisha dan ibunya berpelukan kegembiraan. Salah satu langkah dipermudahkan. Sejenak Qisha tersedar bahawa dia tiada apa-apa dokumen untuk dibawa kemudian hari.
"Alamak! Laptop rosak. Macam nak buat ni?! Nak print macam mana hardcopy?",Qisha mula panik. Qisha menggunakan masa yang berbaki 4 hari sahaja untuk menyediakan dokumen yang perlu dibawa ke temu duga tersebut. Hari-hari tersebut sungguh memenatkan baginya kerana komputer ribanya rosak dan segala maklumat perlu dicari dengan pelbagai cara dan semua dilakukan secara manual.
Hari temu duga pun tiba dan hari itu berjalan dengan baik sekali. Respon positif didapati dari sesi tersebut.
"Oklah la cik Qisha. Saya harap kita dapat kerjasama di masa akan datang ye. Im looking forward to cooperate with you. By the way, saya rasa first time jumpa orang senormal awak.", Ujar supervisor tersebut.
"Erk? Normal macam mana tu cik?", Qisha kebingungan.
"Yela. Family bertanggungjawab orangnya. Semua kemudahan mereka sediakan macam kereta. Bla bla bla...", Supervisor terus bercakap.
Qisha hanya bergumam di hati. 'Alahai, kalau lah di tahu apa jadi kat rumah aku tu.'
"Oklah Qisha. Sampai sini saja ye. Apa-apa info nanti saya update ye.", Mesra supervisor itu berbicara.
"Baik, terima kasih."
"Haa, nombor telefon awak yang mana satu ye?"
"Erm .. sebenarnya fon saya repair.", Qisha menyembunyikan hakikatnya bahawa telefonnya sudah lama rosak. Ligat fikirannya memikirkan cara untuk membeli yang baru untuk kegunaan bekerja kelak.
"I see."
Setiap hari Qisha menantikan jawapan supervisor nya itu. Semakin hari berlalu tanpa khabar, semakin kabur harapan orang tua Qisha terhadapnya.
"Tak dapat nya tu." Ujar ayahnya sambil membelek surat khabar. Makin tipis harapan Qisha rasakan untuk pekerjaan tersebut.
Baru 3 hari, Qisha dengan sabar menanti hari-hari seterusnya untuk 'follow up' namun tindakannya hanya mendatangkan desakan dari ayahnya, "Tanya la orang tu status macam mana?!"
Baru 6 hari.
Qisha lantas menghantar pesanan seperti ayahnya mahukan. Debaran jantungnya semakin rancak sambil menantikan jawapan supervisor tersebut.
"Waalaikumusalam cik. Oh ye. Berkenaan temu duga haritu. Cik Qisha dapat jawatan tu. Tahniah ye. InshaaAllah awal bulan depan mula ye."
Mata Qisha mula bergelinangan air mata. Saat itu sangat tidak diduga. Pada awalnya, niatnya hanya fikirkan belajarnya sahaja namun Allah murahkan rezeki dengan kerjaya yang baharu.
"Alhamdulillah."
YOU ARE READING
Cinderella is the Maid
RomanceKebiasaannya perkara berlaku kepada seseorang yang mempunyai keluarga tiri namun kali ini berbeza apabila keluarga kandung yang melayan Qisha di rumah. Kisah realiti tangggungjawab dan peranan wanita di dalam keluarga dan kehidupan. Dapatkah Qisha b...