Demam Denggi

5 0 0
                                    

Apa itu demam denggi ?

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi . Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes . Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi ?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :

Demam panas

Sakit kepala

Sakit tulang belakang

Sakit sendi-sendi

Loya dan muntah-muntah

Sakit biji mata

Ruam

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan ?

D

emam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :

Mudah lebam

Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi ?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi . Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera . Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air . Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi ?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

A)

Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

Membuang bekas yang boleh menakung air

Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali

Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

B)

Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

C)

Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti

Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah

Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Info KesihatanWhere stories live. Discover now