Cempaka (short story)

57 2 0
                                    


"Ding" bunyi notification tanda ada pemberitahuan terbaru. Cempaka mengapai telefon bimbitnya yang berada di hujung katil.

YOU RECEIVED AN ORDER!

DATE: 20 NOV 2020

HOUR: 24 HOUR

LOCATION: DAHLIA COFFE HOUSE.

Cempaka mengukirkan senyuman. Akhirnya dia mendapat tempahan. Mendapat tempahan bermakna dia ada duit untuk dikirimkan ke kampung. Cempaka segera menekan butang accept . Cempaka terus bangun dari katil terus menuju ke bilik mandi. Cempaka menyanyi kecil. Gembira. Baru semalam dia mendaftar sebagai girlfriend-for-rent di aplikasi tersebut. Sebelum ini dia bekerja sebagai pelayan disebuah restauran yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada waktu malam. Pada siang hari, Cempaka hanya menolong ibunya mencari herba dihutan kerana ibunya merupakan bidan dikampung mereka. Cempaka terus mandi dan membersihkan badannya. Dia harus segera bersiap. Pelanggannya tidak boleh menunggu lama.

Cempaka mengenakan sepasang dress lalu mula bersolek. Biarpun dia sudah sedia cantik walau tanpa sebarang mekap, Cempaka masih mahu bersiap bagi menampakkan dia seorang yang profesional terhadap kerjanya. Lagipun apa salahnya jika memakai mekap, bukan kah wanita itu perhiasan dunia? Rambutnya yang panjang mengurai itu disikat dengan kemas. Sedikit pemerah pipi dioles pada pipi sebagai penambah seri. Akhir sekali, Cempaka memakai gincu pada bibirnya yang mungil. Setelah berpuas hati dengan dandanannya, Cempaka terus keluar dari bilik yang disewa menuju ke tempat yang dijanjikan.

Sampai sahaja di Dahlia Cafe, Cempaka terus ke kaunter untuk memesan minuman.

" Bagi saya satu Jasmine tea dengan salted caramel donut dua" ujar Cempaka sambil jarinya menunjuk pada donut yang dia ingini.

"Baik miss, total Rm 12.50 ya. Ini bakinya" Balas cashier yang bertugas dengan senyuman semanis gula. Cempaka mengucapkan terima kasih lalu berlalu mencari meja yang sesuai sementara menunggu ketibaan pelanggannya. Cempaka memilih untuk duduk dimeja yang agak tersorok sedikit supaya ada privacy dan memudahkan dia berurusan dengan pelanggan dia nanti.

"Miss Cempaka?" tiba-tiba satu suara menegur Cempaka sewaktu dia sedang leka melayari sosial media.

"Ya saya" Cempaka lantas bangun menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Seorang pemuda tinggi lampai menyambut huluran tangan Cempaka lalu dibawa ke mulutnya dan tangan Cempaka dicium dengan lembut. Muka Cempaka memerah. Belum ada yang pernah mencium tangannya sebegitu rupa sepanjang hidupnya. Cempaka tersenyum malu.

"Boleh saya duduk?" Tanya pemuda tersebut.

"Eh sila-sila..." ujar Cempaka sambil duduk dikerusinya. Dia cuba menenangkan diri. Cempaka melemparkan senyuman yang manis dan cuba menutup gugup dihati.

" Saya Imran. Boleh panggil saya Im, and saya yang tempah Miss Cempaka dekat apps tu" Ujar pemuda tadi sambil memperkenalkan dirinya. Imran cuba memecah kesunyian apa bila Cempaka kelihatan malu-malu. Mungkin dia seorang yang pemalu ataupun dia masih lagi baru sebagai girlfriend-for-rent. Imran mula berbual-bual kosong untuk menghilangkan gugup Cempaka. Cempaka juga sudah kelihatan selesa berbual dengannya. Matanya memerhati Cempaka dari atas ke bawah. Cantiknya Cempaka ni. Dalam profile picture juga tidak secantik ini. Kulitnya yang putih gebu, mata yang berwarna perang itu sedikit menggugat hatinya.

"Cempaka dah lama buat kerja ni?" tanya Imran dengan rasa ingin tahu.

" Sebenarnya Cempaka baru sahaja mendaftar semalam. Tak sangka terus ada yang tempah." Ujar Cempaka sambil meleret rambut ke belakang telinganya.

"Oh baru mendaftar." Imran sedikit lega mendengar jawapan Cempaka. Hatinya sedikit tenang daripada berdegup laju tadi. Imran tidak pernah mengalami perkara begini sepanjang dia bersama dengan seorang wanita. Senyuman Cempaka membuatkan hatinya berbunga-bunga.

CEMPAKA (Short story)Where stories live. Discover now