♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪Bab 7♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪
Don’t expect too much from me
I don’t wanna lose youeither
Before things get too deep,
before you get hurt
Don’t trust me••••••••
“Kenapa tak dijawab call dari Nisa tu? Bingitlah bunyi telefon awak” ujar Tuan Razin. Sedari tai, telefon Puan Rania asyik berdering. Ada saja perangai Puan Rania dengan Mia ni, sudah macam anjing dengan kucing.
“Abang tak payah nak masuk campur. Saya ada plan untuk Nisa"
"Amboi, Nisa tu pun anak saya."
"Ye, ye."balas Puan Rania tak berperasaan. Panggilan telefon dari Mia yang sudah berulangkali itu tidak diangkat.
"Cuba cakap dengan saya, plan apa yang awak nak buat ni?"
"Ish, abang ni. Abang ingat tak cameraman yang saya upah untuk follow Nisa?" Soal Puan Rania. Wajah suaminya itu dipandang.
"Ha, kenapa lagi ni?"
"Dia dapat tangkap, Nisa keluar makan dengan kawan lelaki dia" ujar Puan Rania teruja. Yelah, first time dapat berita macam itu, memang excited habis.
"Dah tu? Client company la tu"
"Heh? Abang ingat, Nisa tu nak ke keluar lunch dengan client berdua je? Kalau client, mesti dia ajak Nana"
Tuan Razin menggeleng kepala melihat gelagat isterinya. Macam pakar gossip sangat gayanya.
"Tu yang saya mesej dia, cakap ada orang nak masuk meminang dia. Saya nak tengok apa reaksi Nisa" ujar Puan Rania lagi.
Terbeliak mata Tuan Razin mendengar rancangan isterinya itu. Patutlah dari tadi panggilan Mia tidak dijawab, sengaja ingin bergaduh agaknya anak beranak ni.
"Ya Allah, kenapalah buat macam tu?"
"Shush. Kita tengok, jap lagi Nisa sampai." Puan Rania memotong kata- kata Tuan Razin.
~
"Arman, turun dengan aku" pinta Mia. Dia sangat-sangat memerlukan bantuan Arman sekarang ni.
"Turun? Masuk rumah awak?" Berkerut dahi Arman, keliru dengan permintaan Mia.
Mia mengangguk laju. Harapnya Arman setuju.
"Okay" Arman mematikan engine kereta sebelum menuruti langkah Mia menuju ke pintu masuk rumah keluarga Mia.
Laju betul Mia berlari, terpaksa jugalah Arman melangkah laju. Entah apa yang dikejarkan pun tak tahulah.
"Nisa dah ada boyfriend!" Jerit Mia sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Tuan Razin dan Puan Rania yang duduk di sofa membuntangkan mata mendengar suara Mia. Dengan tak beri salamnya, nak luruh jantung mereka.
"Tolak pinangan lelaki tu. Nisa tak nak." Ujar Mia lagi. Arman yang di berdiri di belakangnya terpinga- pinga.
"Huh? Boyfriend? Mana?" Soal Puan Rania. Sengaja mahu memprovok Mia.
"Ni. Dia boyfriend Nisa." Hujung lengan baju Arman ditarik supaya mendekatinya. Makin terbeliak mata ketiga-tiga mereka.
Mia menyuruh Arman mengikutinya masuk ke dalam rumah. Wajah berkerut Tuan Razin dan Puan Rania dipandang selamba. Arman sedikit keberatan untuk masuk, dia terlalu terkejut.
"Kamu boyfriend Nisa?" soal Puan Rania sebaik sahaja melihat Arman melangkah masuk.
"Em" Arman menggaru kepalanya sambil memandang Mia.
YOU ARE READING
IT'S YOU ✔️
RomanceSequel MR. SWEET MILIK HANA Jatuh cinta pandang pertama. Cliche? Pertemuan Mia Annissa dan Arman Alif di Seoul National University dulu tidak menyatukan mereka. Perasaan yang berputik di zaman belajar hanya dibiar tertangguh. Pertemuan semula mere...