/4\

261 37 23
                                    

'Rama - rama!'

Y/n sedang mengejar seekor rama - rama biru sehingga terlanggar seseorang.

'Ack!'

Y/n jatuh terduduk di tanah.

'Huh?'

Orang yang y/n terlanggar, memandang ke belakang.

'Siapa yang langgar aku tadi?'

Orang itu memandang ke bawah dan melihat y/n.

<'Anak siapa ni?'>

'Kakucho! Kau mesti dah la-eh? Anak siapa ni?'

Seorang lagi lelaki berlari ke arah y/n.

'Halo! Namamu apa?'

'Nama saya y/n! Awak ni siapa?'

'Namaku Izana. I.Z.A.N.A. Yang kelihatan menyeramkan itu, namanya Kakucho.'

Izana menunjuk ke arah lelaki yang y/n terlanggar tadi.

'Kenapa y/n berseorangan di sini?' Tanya Izana.

'Saya tadi nampak rama-rama cantik! Warnanya biru! Lepastu saya terlanggar dia.'

'Tadi y/n dengan siapa? Rumah y/n dekat mana? Saya dan Kakucho boleh tolong y/n.'

'Betul ke ni? Mula-mula, y/n dengan Kazu-chan. Lepastu y/n dengan mama tapi tadi y/n tengah kejar rama-rama biru cantik. Bila y/n sedar y/n dah sesat. Y/n tak ingat y/n tinggal dekat mana.'

'Kesian Mama kamu. Mesti dia tengah risau sekarang ni.'

Izana mengelus lembut kepala y/n.

'Kakucho. Angkat dia.'

'Baik.'

Kakucho mengangkat y/n keatas.

'Jom cari Mama y/n.'

Izana bangun dan mula berjalan.

Semasa mereka berjalan,

'Izana. Kenapa nak tolong y/n cari Mama?'

'Sebab saya rasa kesian dengan Mama kamu. Mama kamu merasakan kesakitan yang teramat sakit semasa lahirkan kamu. Dia pasti sedih kalau kamu hilang.' Kata Izana.

'Tapi Mama tu lela-'

'Ya betul tu. Mak kamu pasti lelah semasa menjaga kamu.'

<'Mama tu lelaki sebenarnya tapi tak apalah.'>

Y/n hanya berdiam diri dan mengikuti Izana dan Kakucho.

'Macam mana kita nak cari Mama y/n?' Tanya Kakucho.

Izana berhenti serta merta.

'Iya juga eh? Rupa Mama y/n macam mana ya?'

Y/n meletakkan jari telunjuknya di dagunya dan berfikir.

'Rambut Mama ada 2 warna. Warna kuning dan hitam. Mama juga tinggi.'

'Mari kita cari wanita tinggi dengan rambut warna kuning dan hitam.' Kata Kakucho.

'Baik.'

Sudah 45 minit, Izana dan Kakucho cuba mencari wanita yang tinggi dengan rambut yang bewarna kuning dan hitam. Y/n melihat sekeliling jika ada Mama atau Kazu-chan berada di sekitar situ.

Di situasi Toman dan Hanma....

'AKU TAHU SEMUA MUSLIHAT KAU!!! BAIK KAU MENGAKU CEPAT!!! KAU NAK CUCI OTAK Y/N KAN?! TAK GUNA KAU, HANMA!!'

APA YANG DAH JADI NI!! [📝]Where stories live. Discover now