BAB 33

6.1K 319 26
                                    

Qaila tersedar dari tidur apabila dia terdengar bunyi pintu tertutup. Dalam keadaan bilik yang gelap itu menyukarkannya untuk melihat.

" Oi perempuan ! Bangun ! " Kata seorang wanita tua sambil menyepak kerusi yang diduduki Qaila. Mujur tidak terjatuh.

" Mak..makngah... " Panggil Qaila perlahan. Sehari dia tidak diberikan makanan membuatkan badannya terasa lemah dengan satu nyawa di dalam perutnya.

" Kau bangun ! Kau bangunnn !!! " Makngah membuka ikatan pada lengan Qaila. Qaila dibangunkan lalu dia menolak tubuh Qaila sehingga punggung Qaila menghempap kuat pada lantai.

" Aarrggghhh !! " Qaila menjerit apabila kesakitan terasa. Darah mengalir keluar dari celahan peha. Makngah yang melihat terkejut lalu tersenyum.

" Kau mengandung rupanya. Bagus lah. Kau rasakan ni ! " Makngah menyepak tubuh Qaila. Air mata Qaila mengalir deras. Perut Qaila dipijak-pijak dengan kasut tumitnya.

" Kau memang patut mati macam mak bapak kau yang bodoh tu !! " Kata makngah. Tubuh Qaila disepak lebih kuat.

" Sakit makngahh !! Lepaskan Qaila ! Sakit ! " Raung Qaila. Sudahlah tidak diberikan makanan. Ditambah lagi kesakitan yang dia rasakan sekarang.

Makngah berhenti menyepak Qaila. Dia bercangkung sambil memandang Qaila. Dagu Qaila dicengkam kuat dan didongak dagu Qaila untuk memandangnya.

" Kau nak tahu kenapa aku benci sangat dengan kau ?? " Tanya makngah. Qaila menangis tidak menjawab soalan itu. Ia membuatkan makngah lebih naik marah.

Pangg !!

Pipi kiri Qaila ditampar. Terteleng Qaila. Tangannya memgang tangan makngah untuk melepaskan dagunya. Namun dengan tenaga yang dia ada tidaj mampu untuk melawan krang tua itu.

" Kau nak tahu tak sebab apa ??!!!! Jawab lah !! " Kata makngah. Naik berang dia melihat Qaila. Ingin saja dia membunuh Qaila. Namun belum tiba masanya.

Qaila dengan pasrah mengangguk perlahan.

" Sebab... Mak kau dah rampas bapak kau daripada aku. Kalau nak diikutkan. Bukan dia yang dapat bapak kau. Sepatutnya aku yang kahwin dengan bapak kau ! Sejak dulu lagi , aku minat dekat bapak kau... Tapi mak kau yang rampas dari aku ! " Kata makngah. Dia melepaskan cengkaman pada rahang Qaila. Dia berjalan menjauhi Qaila. Memandang tingkap yang terdapat sedikit cahaya yang masuk di bahagian itu.

" Kau nak tahu macam mana korang boleh excident ?? " Tanya makngah. Qaila mengangguk. Walaupun dia tahu kerana brek tidak berfungsi , namun dia ingin tahu siapa yang melakukannya.

" Aku yang suruh orang potong brek kereta bapak kau. Aku ingat ketiga-tiga orang mati. Tapi haram. Sorang lagi hidup. " Kata makngah. Dia memalingkan dirinya mandang Qaila.

" Ya Allah makngah ! Mengucap lah makngah ! Redha lah dengan segala ketentuannya ! Kalau papa bukan jodoh makngah , sampai bila-bila pun papa takkan jadi jodoh makngah ! " Kata Qaila. Dahinya mengerut menahan sakit.

" Aahhh ! Aku tak kira ! Janji mak bapak kah dah mampus !! " Kata makngah. Senyuman sinis terbit di bibirnya.

" Sanggup makngah bunuh adik sendiri. Makngah bunuh mama... " Kata Qaila perlahan. Kini tenaganya semakin berkurangan.

Makngah menarik rambut Qaila sekuat hatinya. Qaila meraung kesakitan apabila rambutnya terasa seakan tercabut dari kulit kepalanya.

" Kau dengar sini. Aku akan biarkan kau hidup untuk hari ini sahaja sebab aku malas nak bunuh orang. So... Pergilah berdoa ke bertaubat ke. " Kata makngah. Rambut Qaila dilepaskan lalu kepala Qaila dihentakkan pada lantai.

HE'S MY MAFIAWhere stories live. Discover now