× 30 ×

415 110 61
                                    

      Tolonglah berhenti mengalir, air mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Tolonglah berhenti mengalir, air mata.

       Kenapa aku menangis? Hati aku sakit ke melihat Yedam dah jadi milik orang?

       Ya, aku sakit. Kenapa aku kena hadapi banyak kesakitan dalam hidup ni?

       Sakit hati dan sakit secara fizikal, kesannya sangat berbeza. Sakit di hati, kesannya mendalam dan berbekas. Macam apa yang aku rasa sekarang.

       Bunyi pancuran air yang menemani aku sekarang. Tenang, tiada bunyi lain selain bunyi alam yang kadang-kadang boleh menenangkan hati yang galau. Seperti hati aku sekarang.

        "Min." Satu tangan memegang pergelangan tangan aku.

         Aku berpaling. Yedam berada di belakang aku, dengan reaksi wajah yang aku tak boleh nak tafsirkan.

          Aku nak tarik tangan aku tetapi Yedam genggam tangan aku dengan lebih erat.

          "Yedam, lepas. Nanti tunang awak nampak," kata aku, risau. Hati aku jadi semakin sakit saat menyebut perkataan 'tunang awak' itu.

           Keterlaluan ke aku nak cakap, yang aku nak berada di tempat tunang Yedam? Tapi aku tahu, aku tak layak dan tak mampu.

            Yedam menggeleng. "Tiada sesiapa di sini. Ada awak dengan saya je," katanya dengan nada yang agak kendur di hujung ayatnya. Dia menunduk.

            "Tolong, saya merayu. Jangan tinggalkan saya. Saya boleh jelaskan semua benda ni," katanya.

              "Saya tak tinggalkan awak. Saya tak pernah tinggalkan awak." Aku telan air liur sebelum mengumpul kekuatan untuk menyambung kata-kata aku.

              "Awak yang tinggalkan saya. Takpelah, saya pergi dulu," kata aku lalu berpaling. Aku tak nak Yedam nampak aku menangis. Aku tak nak nampak lemah di hadapan dia.

              Cukuplah, aku kena kuat untuk hadapi hidup aku yang masih panjang ni.

             Tangan aku ditarik kuat sebelum didekatkan ke wajahnya yang mula merah. Air matanya mengalir.

             "Percayalah, hati saya untuk awak je, saya akan pertahankan hubungan kita walau macam mana sekali pun. Please, wait for me," katanya, suaranya tenggelam timbul cuba menahan tangisan. Matanya tertutup rapat.

              Hati aku berbelah-bahagi, separuh percaya, separuh lagi aku tawar hati. Aku takut, tu cuma janji kosong. Tapi pada masa yang sama, aku yakin dia akan buat sesuatu.

              Aku seka air matanya. Patutnya pada hari bahagia macam ni untuk dia, tiada air mata kesedihan yang patut ditumpahkan. Lainlah aku.

             "Saya tunggu. Saya percaya awak tetapi jangan sesekali runtuhkan kepercayaan saya pada awak." Hanya itu yang aku boleh katakan sekarang sebelum beredar.

             "Min." Bunyi telefonnya kedengaran. Yedam segera mengangkatnya.

             "Yedam? Kamu kat mana? Datang sini balik, Eunkyung cari kamu dari tadi lagi."

              Yedam menghela nafas berat saat mendengar nama perempuan itu. Tiba-tiba terbit rasa jengkel di hatinya.

               "Nae, omma," katanya ringkas sebelum menamatkan panggilan. Dia berjalan lambat-lambat sambil memikirkan soal tadi.

               Apapun yang berlaku, dia takkan hampakan harapan gadis yang betul-betul sudah menempah tempat di dalam hatinya itu.

-----

            "Min," panggil Junkyu, dia mula cemas melihat aku yang masih lagi menangis tidak berhenti. Sedari tadi, dia menunggu di tepi kereta yang diparkir di tempat parkir hotel mewah tersebut.

            "Oppa." Aku peluk dia, erat. Aku tak tahu kenapa aku sedih dan lebih sedih selepas memeluk dia.

              "Takpe, Min. Nangislah, oppa ada kat sini," kata Junkyu sambil mengusap belakang badan aku perlahan. Dia memang dah anggap aku sebagai adik kandungnya.

             Dia sedia memasang telinga untuk mendengar rintihan adiknya itu. Adiknya yang seorang. Adik yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya. Tapi dia tak pernah rasa menyesal, dia rasa lebih bahagia dengan kehadiran gadis itu dalam hidupnya dan omma.

           Tiada kata-kata melainkan bunyi tangisan. Junkyu masih lagi mengusap belakang aku, menenangkan hati aku.

          Walaupun gadis itu tak memberitahu apa yang terjadi tadi, dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara gadis itu dengan Yedam.

           Dan dia tahu, Yedam takkan sia-siakan adiknya. Sejak dia tahu lelaki muda itu ada menyimpan hati terhadap adiknya, dia sememangnya sangat berbesar hati menerima kehadiran lelaki itu.

            Dia juga tahu, Yedam akan buat sesuatu demi dirinya sendiri dan adiknya.

-----

Woah pendek jelah eh chapter errr sebenarnya kan buat masa ni, nilah chapter yang paling susah aku tulis sebab aku nak pastikan setiap scene tu nampak realistik , aku tulis ayat pun macam serius je hahahhahahahhaha

Vote and comment ❤️ maybe esoklah eh aku update double hahhahaha aku nak mantapkan idea dulu

Boleh tak nak tanya pendapat korang tentang fanfic ni? Korang rasa Yedam akan buat something tak?

• green tea • bang yedam Where stories live. Discover now