Ayla meliarkan matanya melihat sekeliling. Baru pukul 7 pagi tetapi tiada kelibat Luth. Meja makan yang kosong ditatap.
"Abang betul-betul tak pedulikan Ayla kan" Ayla melangkah ke arah sofa.
Perutnya diusap perlahan.
Perlukah dia teruskan rancangannya untuk berpisah dengan Luth? Dia ada baby sekarang.
Dikuatkan hatinya untuk menelefon Luth.
"Assalamualaikum abang"
"Waalaikumsalam, Luth tengah bersihkan diri tu" kedengaran suara perempuan menyapa telinga.
Skrin telefon dilihat. Memang betul ni nombor suaminta, Luth.
"Kau siapa?" Tanya Ayla kasar."Takkanlah you tak kenal suara I isteri atas kertas?" Sinisnya.
Ayla membulatkan mata. Sarah!
"Kau buat apa dengan suami aku?!" Marah Ayla. Terkejut.
"Patutnya kau tanya suami kau tu. Dia buat apa dekat rumah I ni? Tengah mandi pula tu" Sarah meleretkan suaranya. Sengaja membakar hati Ayla.
"Kau betul-betul tak serik kan? Kau tunggu nasib kau lepas ni" ugut Ayla. Dikuatkan hatinya menghadap cinta pertama Luth ini.
"Takutnya I. Sebenarnya you yang kena tunggu nasib you. I akan buat you jatuh terduduk. Lepas tu Luth akan jadi milik I selama-lamanya. You patut pastikan Luth balik malam ni kalau you tak nak kehilangan suami tercinta you tu" sinis Sarah. Baru sahaja Ayla hendak menjawab, Sarah mematikan panggilan.
Sarah tersenyum sinis. Kali ini Luth betul-betul akan jatuh ke tangan dia.
Telefon Luth diletakkan di tempat asalnya kembali. Perut diusap-usap. 'Berguna juga kau ni'.
Awal pagi tadi, dia menghubungi Luth mengatakan dia tak sihat, Luth terus datang ke rumahnya.
"You dah okay tak?" Tanya Luth sambil mengelap dadanya yang bogel.
"Okay, sikit mungkin sebab you dekat sini kot. Sorry tahu sebab muntah atas you" kata Sarah sayu, menunjukkan yang dia merasa bersalah.
"Takpa, sikit saja ni. You kan pregnant, bukannya sengaja" kata Luth sambil tersenyum nipis. Perut Sarah yang tinggi membukit dipandang dengan pelbagai perasaan.
"Berapa bulan dah?" Tanya Luth.
"Li..lima bulan" tergagap-gagap Sarah memberitahu. Dia bukan ambil tahu pun pasal kandungannya. Dia cuma tahu dia mengandung sebab dia buat ujian kehamilan tu 2 bulan lepas. Tahu-tahu jer, perut dia cepat membesar sampai macam ni sekali. Kalau dilihat dari cermin, macam belon nak meletup.
Luth menggelengkan kepala perlahan.
"You dah pergi check up ke ni?" Tanya Luth. Dengan pantas dia mengangguk.
"I hampir keguguran haritu" kata Sarah perlahan.
"Kenapa?" Tanya Luth prihatin. Dia duduk di sebelah Sarah.
"I tak tahu I mengandung masa isteri you serang I. Balik jer I bleeding, masa tu lah I tahu I pregnant. Doktor kata I tak boleh stress sebab berisiko nak miscarriage lagi. Kali ni kalau I bleeding lagi, baby mungkin tak boleh diselamatkan. Sebab tu I duduk rumah jer" air mata palsu mengalir di pipi. Cerita yang direkanya berjaya menambat hati Luth.
Luth mengusap belakang tubuhnya perlahan.
"I minta maaf bagi pihak isteri I" kata Luth kesal.
"Takpa. Logik lah tu dia mengamuk. You kan suami dia" Sarah tersenyum nipis. Luth hanya mengangguk.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...