BAB 08

543 51 11
                                    

Masih tersisa belasan orang perompak. Memandangkan anak panahnya tinggal dua sahaja, jadi dia hanya mampu memanah dua orang perompak yang masih mengheret Hara.

“Kau siapa?” Lelaki botak itu bertanya lagi. Hara berundur ke belakang menjauhi perompak itu sedikit demi sedikit. Bimbang dia akan dijadikan tebusan si perompak untuk mengalahkan lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

“Musuh tidak akan bersembang dengan lawannya. Perompak seperti kalian lebih baik dijadikan buruh atau dihukum penjara seumur hidup.” kata lelaki itu.

Perompak... jika ada senjata di tangan barulah berani. Tanpa sebarang senjata, mereka hanyalah tikus yang dikepung oleh pemangsa.

Lelaki botak tersebut ketawa kuat. Agak geli hati mendengar lelaki berpakaian serba hitam itu membahaskan tentang hukuman.

“Aku akan pastikan perempuan itu dan kau dibunuh dulu. Serang!” Lelaki botak itu memberi arahan. Sinis senyuman yang terlakar di bibirnya. Nampaknya lelaki itu tiada senjata untuk berlawan dengan mereka melainkan busur tanpa anak panah yang dipegang.

Hara tanpa berlengah mencapai sebilah pisau rambo yang dipegang oleh perompak yang sudah mati. Dia tidak boleh mengharapkan lelaki berpakaian serba hitam itu sepenuhnya memandangkan dia pandai berlawan.

Kata Kapten Hans, kemahiran yang dia pelajari sudah cukup untuk menumpaskan musuh. Cuma, kelemahan Hara ialah ketangkasan. Dengan ketangkasan Hara yang sekarang, Hara agak senang ditawan oleh musuh.

Pisau rambo dihunus ke leher si perompak, namun tidak mengena. Hara tidak berputus asa setelah beberapa kali hunusan pisau rambo tidak mengena sasaran.

“Hoi! Main kasar dengan perempuan!” dengus Hara apabila perompak yang menyerangnya berjaya memukul bahunya menggunakan kayu. Tidak cukup dengan itu, dia menghayun pula kayu ke arah kepala Hara. Mujur sahaja Hara berjaya mengelak.

“Huwargh!” Tarikan ke belakang secara mengejut membuatkan Hara terjerit kecil. Kepala ditoleh sekilas ke arah belakang. Nafas lega dihela. Ingatkan perompak yang telah menarik dirinya, rupa-rupanya lelaki berpakaian serba hitam itu. Mungkin boleh dikatakan sebagai penyelamatnya.

“Fokus,” kata lelaki itu. Jika Hara kehilangan fokus, satu hal pula dia perlu melindungi Hara.

“Urm... Er...” Hara beralih ke tepi. Tidak sedar pula dia seakan terpukau dengan sepasang mata cantik lelaki itu.

“Ark!” Hara meringis sakit tatkala sebilah pisau berjaya mencederakan pergelangan tangannya. Lelaki berpakaian serba hitam itu menoleh memandang ke arah Hara sambil tangannya tidak berhenti melibaskan pedang ke arah perompak.

“Hei perempuan! Naik ke atas kuda sekarang!” Lelaki berpakaian serba hitam itu memberi arahan. Dia tidak tahu nama Hara, jadi terpaksalah dia memanggil Hara dengan gelaran 'perempuan'. Hara yang terkebil-kebil dipandangnya. Meski dalam keadaan sebegitu, gadis itu tetap bergerak melakukan apa yang disuruhnya.

Dengan keadaan Hara yang sudah tercedera, adalah lebih baik mereka berdua beredar dari situ daripada berterus-terusan melawan perompak tersebut. Membazir masa sahaja.

“Hoi perempuan! Larilah!” jerit lelaki berpakaian serba hitam itu. Agak bengang rasanya kerana Hara masih tidak bergerak dan hanya memerhatikan dia.

“Hah?” Hara mengedipkan matanya beberapa kali, blur. Dia seakan-akan tidak dapat mencerna apa yang disuruh oleh lelaki itu. Lelaki itu melibas pedangnya dengan kuat sebelum berlari ke arah Hara.

Dengan pantas, dia mengambil tempat di belakang Hara lalu menarik tali kuda. Tindakan lelaki itu yang tidak dijangka membuatkan dada Hara berdetak hebat. Dia tidak pernah duduk serapat ini dengan mana-mana lelaki asing.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang