Bab 23 | Takbir Raya

771 43 2
                                    

     MALAM Jumaat itu, rumah Maktok riuh dengan suara jiran tetangga yang datang pada malam raya. Anak-anak jiran pula riang sedang berlari-lari sambil bermain mercun.

   Sememangnya, halaman rumah Maktok ini luas. Kalau nak buat kenduri, kau nak cacak tiga khemah besar tu pun muat!

   Pelita buluh yang sudah siap dipasang di sekeliling rumah Maktok menambahkan lagi suasana meriah pada malam raya ini.

    Maktok, Fiya dan aku sudah siap memasak rendang daging, rendang ayam dan pelbagai juadah lagi lah. Senang, masak malam ni. Esoknya, panaskan sahaja.

    Jiran-jiran juga tidak putus memberi hidangan yang mereka masak. Begitu juga dengan Maktok.

    Aku pula sedang duduk di pangkin sambil memerhati keletah anak jiran yang sedang bermain. Indah betul suasana malam raya.

   "Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... Laa ilaaha illallahu wallahu akbar... Allaahu akbar walillaahil hamd'"

    Terasa sayu hati mendengar takbir raya pada malam ini. Sekali lagi Ramadhan tinggalkan kita. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.

    Suasana malam ini membuatkan aku tiba-tiba teringatkan dua insan yang paling aku sayang.

   Ibu, abah... Sha rindu. Sha rindu nak beraya dengan ibu dan abah. Sha rindu nak cium tangan ibu dan abah. Rindu nak peluk ibu dengan abah. Sha rindu semua tu...

   Aku masih ingat waktu dulu dimana apabila hari raya sudah hampir. Aku lah orang yang paling teruja nak beli baju raya. Ibu dengan abah aku turut berasa teruja.

   Aku tersenyum hambar. Sekarang, aku dah tak dapat nak rasa semua tu. Semua hanya tinggal kenangan.

Tap!

   Setitis air mata jatuh di tapak tangan aku. Ya, aku rindukan semua kenangan bersama orang tua aku. Hati aku rasa sebak sangat pada malam ini.

   "Qai..."

   Spontan aku mendongak memandang Fiya. Dan pantas aku menyeka sisa air mata yang mengalir di pipi.

  Aku mengukir senyuman nipis.

  "Ada apa Fiya?"

   Fiya aku lihat sedang merenung aku dengan pandangan simpati. Dia mula melabuhkan punggung di sebelah aku.

  "Aku faham apa yang kau rasa Qai..." ujar Fiya dengan senyuman hambar.

   Aku juga turut mengukir senyuman hambar. Ya, aku dan dia mempunyai nasib yang sama.

  "Aku okay lah Fiya..."

   Fiya terus menyandarkan kepalanya di bahu aku. Tubuh aku juga dipeluk dari arah tepi.

   "Aku rindu ibu dengan walid..." ujar Fiya dengan nada sebak.

   Aku juga tidak dapat menahan rasa sebak di dada. Air mata mula mengalir. Aku membalas pelukan Fiya dengan lebih erat.

   "Aku pun... Aku rindu ibu dengan abah aku..."

   Fiya sudah teresak-esak menangis.

  "Aku sunyi Qai bila diorang tak ada... Aku rindu nak beraya dengan diorang. Rindu nak dengar suara diorang..." rintih Fiya.

   Aku mengusap bahu Fiya perlahan. Cuba menenangkan gadis itu. Aku faham perasaan Fiya saat ini. Memang hidup kami takkan lengkap tanpa ibu dan ayah.

   "Yang dah pergi tu, biarkan diorang tenang di sana. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan hidup. Kita doakan mereka. Kita kena kuat Fiya. Aku pun cuba untuk kuatkan diri. Walaupun dah lama berlalu, tapi aku tetap rasa sedih. Lagi-lagi malam raya ni..." ujarku sebak.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now