KISAH GURAUAN -PART 2-

15 6 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

MUSLIHAT HADIAH

Pada suatu hari, Nu'aiman memberi madu kepada Rasulullah SAW sebagai hadiah. Madu itu dibeli daripada orang kampung. Ketika dia memberikan madu itu kepada Rasulullah, dia membawa bersamanya penjual madu tersebut.

Tanpa pengetahuan Rasulullah, Nu'aiman menyuruh penjual tersebut meminta wang daripada Rasulullah sebagai ganti harga madu itu. Dan ketika Rasulullah SAW sedang membahagikan madu itu kepada para sahabat yang hadir di rumahnya, penjual tersebut berteriak,

"Bayarlah harga maduku itu?" Kemudian Rasulullah berkata,

"Ini pasti idea Nu'aiman".

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan bertanya, "Mengapa kamu lakukan hal ini?"

Nu'aiman menjawab, "Saya ingin mendapatkan kebaikanmu wahai Rasulullah S.A.W. Saya tidak mempunyai apa-apa (wang untuk membeli hadiah itu)".

Rasulullah pun tersenyum dan orang sekeliling baginda turut tertawa dan akhirnya baginda memberi wang kepada penjual tersebut.

Di sini dilaporkan Nu'aiman mendapat dua kebaikan iaitu dengan Rasulullah dan orang sekeliling baginda menikmati juadah yang enak dan menggembirakan orang lain.

REMINDER Where stories live. Discover now