Dap! dap! Dap!
Kedengaran tapak kaki kecil berlari anak di atas tanah berselipar. Suasana nyaman,burung-burung kedengaran bernyanyi di atas dahan yang rimbun. Langit biru redup menutup bumi. Selang seli bunyi air tasik kedengaran.
Gadis kecil itu berlari sambil tersenyum, wajahnya manis dipadankan rambut hitam diikat tepi. Dikenakan baju lengan panjang berwarna ungu dengan kain panjang ke buku lali.
"heeeei lajunya awak lari!" jerit gadis itu sambil berlari mengejar sesuatu.
Rama-rama berwarna hitam terbang rendah dikejar gadis itu. Sayapnya dikibar perlahan-lahan mengikut rentak gadis itu berlari seolah-olah hendak bermain bersama. Sayapnya besar berwarna hitam bercorak pelangi dengan beberapa warna lain seperti ungu,merah jambu dan biru.
"Siti jangan pergi jauh sangat!" jerit seorang wanita dari kejauhan dengan nada risau.
Gadis itu tidak mengendahkan langsung kata ibunya itu. Dia terus berlari...berlari dan terus berlari....
SPLOOOOOSH!
Air dari tasik itu melimpah sedikit keluar dek gadis itu jatuh dari tepi tasik. Buih berkepul-kepul keluar di atas permukaan tasik.
Gruuuuu.... Gru.....
bunyi yang samar-samar ditangkap telinga gadis itu. Dalam separuh sedar kelihatan sepasang mata bercahaya jasad berwarna putih menhampiri kearahnya. Matanya perlahan-lahan tertutup semakin lama,semakin rapat dengan makhluk itu.
Mata Reen terus terbuka luas. Keringat membasahi dahinya dilap perlahan dengan tangan kirinya yang berbalut kain gauze putih berserta tiub jernih disambungkan ke sebuah mesin sebelahnya.
Reen meraba lehernya yang terasa gatal. Dia perasan akan lehernya yang telah dibalut kemas.
Matanya melihat langsir menutup keliling katilnya. Kepalanya masih sakit,mungkin kerana terlebih rehat.
"Siapa Siti?"hatinya tertanya akan kanak-kanak kecil yang sering muncul dalam mimpinya itu.
Reen mengangkat kepalanya menoleh ke atas meja di hadapannya. Dia menggapai telefon pintar miliknya dengan perlahan-lahan.
"Hospital ke ni?"bisik Reen perlahan sambil mengerutkan dahi merenung ke tingkap sebelah kirinya.
Slurrrrrrrrr!
Cecair berwarna coklat keluar deras dari sebuah mesin. Kelihatan seorang lelaki bertopi hijau besertakan apron berwarna hijau menggunakan cawan jernih sebgaai tadahan cecair tersebut.
"Ye bos boleh saya tolong?"
lelaki itu bertanya kepada seorang lelaki yang baru tiba di kaunter sambil senyum mesra.
"Err saya nak Iced Americano dua, satu untuk Harris satu lagi tulis untuk Orang Sakit" jawab lelaki itu sambil sambil menunjukkan jarinya ke arah papan menu di atas kepala lelaki bertopi itu lalu meninggalkan sekeping kertas berwarna hijau pekat di atas kaunter
"AHHAHAHAHAH okey bos,duduk dulu nanti saya inform"balas lelaki bertopi hijau sambil senyum memberikan resit kepada lelaki itu.
Lelaki itu duduk di atas sofa sambil membuka telefon pintarnya.
"Harris, aku kat hospital ni,apa jadi?"
"Lah kau tak ingat ke"jawab lelaki itu
"Hah??
Mesej Reen dibiarkan tidak terjawab disebabkan loceng yang berbunyi menandakan pesanan Harris sudah siap.
Harris berjalan menuju ke kaunter untuk mengambil pesanannya.
YOU ARE READING
Hikayat Kota Langka Vijaya Dan Tiga Keris Sakti
Fantasy"Aku tahu Syah...tapi semuanya telah selesai. Demi menghapuskan makhluk seperti kau... Aku sanggup" " Maafkan aku Jabbar" Jabbar menghembus nafas dengan perlahan,kepulan asap kelihatan keluar dari mulutnya, lalu mulutnya bererak sedikir berkata