TB 8

2.6K 356 15
                                    

𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒉𝒆𝒓 𝒃𝒓𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓𝒔 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒗𝒊𝒍

✵✵✵

Telys terjaga tatkala bunyi deringan nyaring dari telefon bimbitnya menghentam sistem pendengaran.

Matanya ditenyeh perlahan sebelum dicelikkan kelopak mata itu dengan lambat.

Down, down, down, down for your love
I'm down for your love, down for your love, oh
Down, down, down, down for your love

Lagu Reveal yang dinyanyikan oleh kumpulan The Boyz itu dimatikan. Telys menggeliat kecil. Rambutnya diselitkan di belakang telinga, matanya memandang ke arah jam yang bergantung di dinding biliknya itu.

"Pukul 4.30..mandi lah dulu" Telys bertindak bangkit dari pembaringannya. Tuala yang bersangkut di rak itu dicapai lalu berjalan masuk kedalam bilik air.

Selepas hampir 20 minit membersihkan diri, Telys keluar daripada bilik air dengan berkemban. Dia membelek-belek baju yang terdapat di dalam almarinya itu. Selepas memakai baju, dia menuju ke arah cermin yang terdapat di biliknya itu. Dia merenung sekilas badannya dihadapan cermin. Nafas dihela berat.

Rambut perangnya disikat lembut lalu disanggul tinggi. Telekung yang berada di dalam almari dikeluarkan dan disarung perlahan.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 5.15. Dia melangkah keluar dari biliknya. Pintu ditutup perlahan, tidak mahu menganggu penghuni rumah itu yang mungkin masih dalam lena.

Kaki panjangnya berjalan menuju ke lif rumah. Butang lif ditekan. Sampai sahaja ditingkat kedua itu, langkah disusun menuju ke bilik Sha.

Daun pintu dikuak perlahan. Kelihatan sekujur tubuh yang sedang berbaring dengan duvet yang menutupi seluruh badannya. Bilik yang agak bersepah itu ditatap. Barang-barang yang sebelumnya tersusun elok, kini bersepah dilantai. Baju yang berada di dalam almari bersepah di atas lantai. Nafas dihela berat.

Satu persatu pakaian yang bersepah itu diambil dan disangkut kemas didalam almari. Produk muka, minyak wangi dan pelbagai barang kecantikan yang berada dilantai itu diambil dan disusun kemas di atas meja. Buku yang bersepah di sana-sini disusun di dalam rak.

Dia memandang ke arah tubuh yang masih berada di posisi tadi. Sedikit pun tidak menunjukkan pergerakan. Dia mendekati katil bersaiz queen itu dan duduk di birai katil.

"Sha, bangun subuh" Dia mengoncangkan sikit tubuh rakannya itu. Duvet yang menutupi wajah Sha itu ditarik perlahan.

"Astaghfirullah!" Telys mengurut perlahan dadanya. Berombak kuat dadanya melihat wajah Sha yang bewarna hitam itu.

"Hurmm, kau kenapa?" Sha yang terbangun disebabkan terasa gegaran seperti ada seseorang yang naik dikatilnya itu. Dia memandang ke arah Telys yang sedang mengurut dadanya.

"Kau dah kenapa pakai mask tapi berselubung dalam selimut?"

"Sejuk" sepatah sahaja gadis itu menjawab. Dia bangkit dari pembaringannya lalu mengambil tuala yang bersangkut di rak dan berjalan masuk ke dalam bilik air. Kedengaran bunyi air mengalir di dalam bilik air itu.

Telys menghela nafas berat. Otaknya mengimbas kembali kejadian semalam.

Bagaimana dia tidak tahu akan keadaan Sha selama ini? Padahal semua tentang dirinya Sha tahu. Tapi dia? Sedikit pun tidak bertanya tentang kehidupan Sha, bagaimana makan minumnya, dia gembira atau tidak, sedikit pun dia tidak bertanya.

'Teruknya aku sebagai kawan'

✵✵✵

"Erghh!" Fasha melangkah masuk ke dalam kelas sambil kakinya dihentak-hentakkan pada lantai. Sungguh hatinya berasa teramat panas.

Mata yang memerhatikannya diendahkan. Amarahnya membuak-buak. Beg gelasnya diletakkan di kerusi lalu melabuhkan punggungnya dan kakinya disilangkan.

"Farisha Natalie! Arghhhh!" Fasha menjerit di dalam kelas 5 Excellent itu. Dia seakan mahu membunuh sahaja gadis itu.

"Kan? Hmm bagus lah tu- weyh tengok tu" Zahra yang bersama dengan Shasha dan Wawa itu baru sahaja mahu melangkah masuk ke kelas, namun apabila melihat Fasha yang seperti singa itu, mereka menapak keluar semula.

"Kau ada bawa kan apa yang dia minta?" Wawa memandang ke arah Zahra yang sepertinya mencari sesuatu dia dalam beg galasnya. Zahra mengangguk.

Mereka masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat masing-masing. Beg diletakkan sebelum duduk dihadapan Fasha.

Satu beg dihulurkan ke arah Fasha. Beg yang penuh dengan kertas bercetak itu disambut dan ditelitinya. Dengan senyuman jahat di bibir, Fasha menghulurkan semula kertas-kertas itu ke arah Zahra.

"Jom girls! We have something to do" Fasha menyusun langkah ke pintu kelas diikuti dengan mereka bertiga di belakangnya. Mereka berjalan seriringan dengan penuh gaya, ala-ala model antarabangsa.

Pelajar-pelajar yang lalu dihadapan mereka menunduk , bukan kerana hormat tapi takut jika dibuli atau dipergunakan.

Mereka kini berada di hadapan papan kenyataan sekolah yang berada hampir dengan perpustakaan sekolah.

"Shasha kau pin benda tu cepat, Zahra kau tolong Shasha, Wawa kau ikut aku" Fasha mengarahkan mereka memulakan tugas.

Mereka hanya akur. Wawa dan Fasha menuju ke koridor di tingkat dua. Papan kenyataan yang berdekatan dengan kelas 5 Intelligence itu dituju.

"Kau panggil seorang dari kelas tu" Fasha menunding jari ke arah seorang gadis yang sedang menelaah buku pelajaran di kelas. Wawa hanya mengangguk lalu berlalu masuk ke kelas tersebut.

Selepas beberapa minit, Wawa datang semula bersama gadis tadi. Gadis itu hanya menunduk menatap kasutnya, tidak berani mahu bertentang mata dengan Fasha.

"You tolong pinkan semua kertas ni, dekat sekitar sekolah, I tak nak rosakkan kuku I semata nak pin benda alah ni" Fasha melempar kertas-kertas itu tepat mengenai muka gadis itu. Habis bersepah kertas itu di lantai koridor.

"O-okay" Gadis itu bertindak mengutip satu-persatu kertas tadi lalu berura-ura mahu pergi. Langkahnya terhenti apabila Fasha memanggilnya semula.

"You, nama apa?" Fasha tidak memandang pun ke arah gadis dihadapannya itu. Tangannya ligat menilik jari jemarinya. Tidak kurang juga dengan Wawa yang sibuk membelek telefon bimbitnya.

"Hani, Hani Diandra" Walaupun percakapannya tidak segagap tadi, suaranya itu jelas kedengaran ketakutan.

"Okay Jamil, I tak nak sesiapa tahu, yang I suruh you lekat semua benda ni" Kata Wawa yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

"Except us, The FirePrincesz, I tak nak sesiapa tahu tentang benda ni, kalau kitorang dapat tahu, ada orang kantoikan, you orang first kitorang cari" Wawa memberi amaran keras berbaur amaran.

Hani hanya mengangguk laju, lalu beredar meninggalkan dua gadis gedik itu.

"Okay now just wait and see"

To be continued...

THE BEGINNING || V1Where stories live. Discover now