BAB 17

7.8K 335 87
                                    

Sudah seminggu berlalu, sejak kematian Puan Syarina kini Tiara sudah memulakan hidup baru. Dia masih bekerja di cafe itu untuk meneruskan kehidupannya.

"Tiara jangan lupa hantar makanan dkt meja nombor 5"

Tiara mengangguk, dia mengambil pesanan itu lalu menghantar ke arah meja nombor 5. Terlihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang ketawa gembira.

"Ini makanan Encik, selamat menjamu selera" kata Tiara sambil menundukkan sedikit kepalanya

Lelaki dgn perempuan itu tersenyum lalu mengambil makanan mereka. Tiara meminta izin untuk pergi, dia berjalan ke dapur untuk meletakkan dulang tiba-tiba ada seorang perempuan merebut dulang itu darinya.

Tiara tidak terkejut kerana dia sudah terbiasa. Perempuan itu pekerja baru tetapi sudah berlagak macam dah kerja lama disitu.

"Tiara!! Liana!! Masuk ke dalam bilik saya sekarang!!"

Tiara menelan air liurnya manakala Liana tersenyum sinis melihat wajah Tiara yang sudah berubah. Mereka berdua masuk ke dalam bilik Encik Rizal.

"Kenapa bos panggil kami berdua??" Soal Tiara lembut walhal dalam hatinya sudah berdebar-debar

Encik Rizal menunjukkan sebuah video kepada mereka berdua. Di video itu terlihat Tiara sedang memasuki sebuah bilik.

"Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan sebab bukti dah ada depan mata, saya tak sangka awak buat macam ni" ujar Encik Rizal sambil memandang Tiara

"Saya tak buat apa-apa"

"Halah kau, bukti dah ada depan mata pun taknak mengaku lagi. Mengaku je lah yang kau curi duit cafe ni" ujar Liana sambil berpeluk tubuh

"Demi Allah saya tak buat benda tu" Tiara ingin berlutut tapi sempat di halang oleh Encik Rizal

"Sekarang ni saya nak awak kemas semua barang-barang awak dan pergi dari sini" kata Encik Rizal

Liana tersenyum sinis, rancangannya untuk buat Tiara keluar dari sini sudah berjaya. Sebenarnya bukan Tiara yang mengambil wang itu tetapi dia yang mengambil, zaman sekarang sudah moden semua benda dia boleh buat.

Dengan perasaan yang sedih, Tiara berjalan keluar dari cafe itu. Semua barang-barangnya dia sudah kemas. Mungkin ini ujian untuknya.

Disaat dia sedang berjalan, tiba-tiba ada sebuah kereta audi berhenti di hadapannya. Cermin kereta itu dibuka, suara seseorang perempuan menegur Tiara.

"Hai Tiara, lama tak jumpa btw masuklah"

"Raisha??"

Raisha tersenyum, dia membuka kunci keretanya.

Tiara yang sedih tersenyum tawar, dia masuk ke dalam kereta Raisha. Selepas Aryan pergi, dia sudah lama tidak bertemu dengan gadis itu.

"Apa khabar??" Soal Raisha sambil memandu keretanya menuju ke mall

"Baik, Isha??"

"Isha pun baik" jawab Raisha sambil senyum. Dia jumpa dengan Tiara bukan sebab arahan Aryan tapi dia cuma kesian pada Tiara, dia tahu apa yang dilalui gadis itu. Hari ni dia ingin membawa Tiara berjalan-jalan di mall untuk hilangkan stress.

Raisha memarkirkan keretanya di hadapan sebuah mall.

"Jom, don't worry Isha belanja" kata Raisha lalu keluar dari kereta

Tiara yang segan hanya mengikuti sahaja Raisha. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam mall.

Disaat mereka sedang berjalan, tiba-tiba seseorang lelaki menyerang mereka berdua. Namun sempat ditepis Raisha tetapi lengan Tiara terluka akibat terkena pisau yang dipegang oleh lelaki itu. Tiara merintih kesakitan, darah yang tidak berhenti-henti keluar itu membuat Raisha cemas.

          

Orang ramai mula berkumpul di hadapan mereka. Raisha menutup luka itu dengan tangannya lalu membawa Tiara pergi dari situ.

"Sorry Isha tak sempat nak lindungi tiara, kita pergi klinik ye cuci luka tu takut ada jangkitan kuman" kata Raisha

Tiara hanya mengangguk sahaja.

Mereka keluar dari mall itu. Raisha membawa Tiara ke klinik yang berada di hadapan mall. Dia perlu memberitahu hal ini kepada Aryan, Aryan patut balik ke Malaysia.

Setibanya mereka di klinik, Tiara dibawa masuk ke dalam bilik rawatan manakala Raisha menunggu Tiara di luar sambil menelefon seseorang.

"Berapa lama kau akan ada dkt Italy?? Tak rasa nak balik sini ke??" Soal Raisha

"Maybe selama-lamanya, ntah tak rasa nak balik lagipun kerja aku dkt sini bertimbun-timbun"

"Aku nak tanya, kau rasa lepas Tiara keluar dari hidup kau, hidup dia akan normal ke??" Soal Raisha

"Maybe"

"Stupid, kau tahu musuh kau dah tunjukkan diri??" Soal Raisha lagi

"Ye aku tahu tapi aku tak rasa yang diorang akan kacau Tiara"

"Kalau dia tak kacau, tak adanya orang akan serang dia, asal makin lama kau makin bengap eh?? Come on Aryan, aku tahu kau suka dia. Kalau kau sayang dia kau balik sini" kata Raisha lalu menamatkan panggilan itu.

Aryan tersentak. Perlahan-lahan dia menyandarkan tubuhnya di sofa, aku suka Tiara?? Nonsense.

Klak!!

Pintu bilik rawatan itu terbuka. Raisha memandang Tiara keluar dari bilik itu dengan lengan berbalut.

"Okay tak??" Soal Raisha sebaik sahaja Tiara keluar

"Okay, terima kasih sebab tolong Tiara" kata Tiara sambil senyum

"Sama-sama, kejap Isha bayar ubat"

Baru sahaja Tiara ingin menghalang tetapi Raisha sudah pergi ke kaunter untuk membayar ubatnya.

"Jom, Isha hantar Tiara balik"

"Tak menyusahkan Isha ke?? Tiara boleh je balik dengan bas" Tiara memandang Raisha

"Mana ada menyusahkan, jom lah alang-alang tu boleh Isha kenal-kenal dkt mana Tiara tinggal"

Tiara senyum

Mereka berdua berjalan keluar dari klinik, Raisha mengambil kunci keretanya dalam beg lalu menyuruh Tiara masuk terlebih dahulu. Tiara akur, dia masuk dalam kereta Raisha sambil menilik lengannya.

Setelah beberapa minit berbual dengan seseorang, Raisha masuk ke dalam keretanya. Perlahan-lahan menghidupkan enjin keretanya lalu beredar dari situ.

"Kau pahal??" Tegur Frank

"Nothing"

"Ha iya lah tu, muka pun macam beruk mintak makanan ada hati kata nothing. Ada problem ke??" Soal Frank

Aryan tidak menjawab, dia berjalan keluar dari rumah dan menuju ke halaman belakang. Disitu ada pelbagai jenis senjata yang tersusun di atas meja, dia mengambil satu dan menghala ke arah pokok yang terletak di hadapannya. Picu pistol itu ditarik dan satu tembakan di lepaskan.

"One"

BANG!!

"Two"

BANG!!

"Three"

Aryan meletakkan senjata itu di meja semula, dia masih belum berpuas hati. Bajunya dibuka lalu dia mencabar Frank untuk berlawan dengannya.

Frank yang pantang dicabar terus menyahut cabaran itu.

Mereka berdua berkelahi, satu tendangan di hadiahkan kepada Frank dan itu membuatkan Frank terjatuh. Aryan tersenyum sinis dan mengatakan.

"Mengaku kalah???"

"Not that easy" jawab Frank yang berdiri, dia mengelap darah di bibirnya.

Tanpa mereka berdua perasan, Rayyan yang berada di tingkat atas sedang menyaksikan perlawanan antara mereka berdua.

Aryan dan Frank terbaring di rumput setelah selesai bertarung, peluh yang mengalir di lap dengan kain.

"Sakit???"

"Tak, dulu hari-hari aku makan penumbuk kau tapi aku ilek je" jawab Frank

"Itulah cara-cara untuk mengajar seseorang" Aryan bangun lalu berjalan masuk ke dalam rumah

"Kau perli aku ke babi?? Woi!!"

Aryan tersenyum sinis lalu meninggalkan Frank seorang diri di halaman belakang rumah.

















Done bab 17

Nantikan next chapter ye , I will update soon 😊 btw don't forget to vote and comment 👇

Kalau ada typo abaikan ehek , saya hanya seketul kentang yang tidak lari dari kesilapan wkwkwkwk

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now