"yezz.. Dah siap kemas!"
"jom abah! Kita gerak sekarang! Nanti lewat"
Aku menarik laju beg bagasi aku yang berat rasa 40kilo ni lalu letaknya di dalam bonet kereta. Ha bukan 'maen maen kau' aku punya ready nak pergi ke sekolah tu!
Abah hanya tersenyum melihat gelagat aku yang otak belum berkembang. Biasanya lah, fakta sains telah buktikan bahawasanya otak kita akan mencapai sempurna apabila usia kita mencecah 21 tahun. So kalau korang tengok hakak senior korang yang belum matang tu, jangan la rasa korang tu matang sangat... Sama jer otak kau dengan senior F5 korang tu.. Hehek
---------
Sampai jer dekat sekolah menengah high Class ni, aku terus daftar di bilik pakcik gurd untuk masuk ke asrama.
Ramai siak buat yang datang daftar untuk hari ni!
Apa kebodoe sangat aku ni? Sekolah asrama penuh kan.. Of course la ramai budak datang daftar."ha adik, dah siap daftar?" abah menegur aku dari belakang.
Aku mengangguk sebagai balasan.
"abah tunggu jer dalam kereta.. Adik nak kemas beg dulu.."
"tak per ker angkat seorang seorang? Berat tu.."
" memang la berat tapi dah dalam peraturan macam tu.. apa boleh buat.." kata aku sambil jari ku menghala ke arah papan tanda bertulisan 'Parents no enter'.
"ok..abah tunggu dalam kereta.."
-----------
Setelah semua barang aku elok tersusun dalam lokar kayu, aku melihat sekeliling.
Ada budak yang menangis, oh itu pelajar form 1..biasalah tak biasa lagi berpisah dengan ibu abah.Korang mesti pelik kan, nape abah saja yang datang mengiring aku masuk asrama hari ni? Yez, my mom was busy because she is a doctor ㅠㅠ. While my brother dah masuk kem askar, lamberttt lagi dia nak iring aku. Tinggal lah abah yang setia support anak bongsunya ini.
Aku mendekati katil yang terletak 3m dari lokar aku. Ha aa, bagi aku jauh ni dari lokar kayu aku. Makk aii lokar kayu gak dorang kasi aku! Kata sekolah high class.. Tapi ni jer dia mampu beri? But it's kinda good laa, sebab lokar ni besar gak kalau nak dibanding dengan lokar besi biasa.
Aku belek belek katil katil disitu, tiba tiba seorang gadis remaja yang sama umur denganku menegurku.
"katil tu dah ada orang.. Owner dia pergi mana ntah.." katanya dengan matanya menjeling ke katil bawah.
"owh.. Katil atas ni? Dah ada orang?"
Dia menggeleng.
Ok, cun! Aku memang target nak duduk katil atas! Sebab apa? Kipas tu dekat giler dgn katil atas.. Sejuk ni tido mlm><Aku memanjat tangga lalu mengemas katil atas pulak, masukkan cadar, bantal dan apa yang patut ada di atas katil.
Siap aku mengemas, aku bergegas menemui abahku. Risau jugak kang ditinggalkan aku macam tu sahaja, dengan duit makan tak kasi.. Mau kurus aku!
" haa dah siap kemas?" abah menyapa aku
"dah.."
"ni duit makan.. Bila lagi abah boleh jumpa adik?"
Eh, dah macam tengah date pulak soalan abah ni.. Hehe
"2minggu lagi abah.."
Rm20 yang dihulurkan oleh abah disambut." abah ada dengar taklimat tadi, anak pelajar asrama boleh bawa telefon.. Maaf la, adik tak de telefon lagi."
Ha? Sekolah asrama penuh boleh bawa telefon? Moden betul.. Ke aku je yg tak up to date?
" tak per abah, kan ada telefon awam tu.. Nanti adik rindu or adik nak apa apa.. Adik call la abah "
" hmm.. Sorry yer sayang, nanti abah cukup duit, abah beli telefon ye.." kata abah dengan senyuman nipis
Aku rasa serba salah tapi kalau tak ada telefon susah jugak. Tambahan, aku ni sudah masuk tingkatan 4.
" ok abah.. Abah jangan paksa diri sangat tau.. Adik ok jer "
Abah mengganguk. Aku menyalam abah lalu abah berlalu pergi dengan kereta wira kecilnya.
------------
"KRRRIIIINNGGGG"
"SEMUA PELAJAR DIMINTA BERKUMPUL"Seruan rocall kedengaran. Laju kaki aku yang dari luar menerjah ke tapak perhimpunan asrama.
"OK SEMUA PELAJAR MINTA BERATUR IKUT DORM MASING MASING"
Aku mencari barisan dorm D7.
Tiba tiba seseorang menarik aku masuk dalam barisan.Budak yang tegur aku tadi!
"Kau dorm D7 kan?"
Aku mengganguk.
Kami pun mendengar taklimat awal di sampaikan oleh ketua asrama kami.
Bersurainya rocall, budak tadi menarik lagi tangan halus ku.
"Jom Pergi makan.. Pukul 6.30 kita makan malam.."
Aku hanya mengangguk. Blur tahu tak? Apsal budak ni beria giler?
---------------
"kau nama apa?"
Halahh.. Pantang betul aku time aku tengah khusyuk makan, orang ajak sembang..
"ermm.. iiikkkkaaa.."
"ha?"
Aku menelan isi mulutku yang penuh.
"ika diyana"
"owh.. Aku anis"
Aku mengangguk sambil menyuap nasi ke dalam mulutku.
" kau dari sekolah mana?"
" SMK Siang Malam berjaga"
"ha? Pelik betul nama sekolah kau.. Tak pernah dengar aku"
" ha aa, sekolah aku duk kat kawasan agak pedalaman la sikit.. Itu nama pelik pelik"
"owh.. Kau budak baru en?"
Aku mengangguk lagi.
" habis makan ni, kau terus pergi surau tau.. Jangan lewat"
Anis terus pergi dengan pinggannya yang belum habis sisa.
Aku tak peduli actually dia tak nak makan ke apa, cuma yang timbul dalam benak otak aku ni..
Surau kat mana eh?
♡♡♡
Sorry cliche skit.. But as long as korang enjoy with it, let me know that with your vote...
YOU ARE READING
one wish | on going |
Teen FictionAku tak kesah! Janji aku dapat keadilan! - ika diyana Kau perlu korbankan nyawa yang tersayang dalam hidup kau, itu syaratnya - lelaki sebalik hoodie Published : 11. 09. 2021 ✔️ End on : _____________________________________ OK this story memang per...