10

78 5 0
                                    

Selesai saja makan malam tadi, Malik heret Daneen masuk dalam bilik. Pintu dia kunci. Ktakk.

Daneen mula panik dan seram satu badan. "apa abang ni... Awal lagi. Masih banyak saudara mara Daneen kat bawah..." dia cuba beralasan.

Malik geleng. Dia mendekati Daneen dengan perlahan lahan bersama riak wajah yang tak pasti apa maksudnya. "biarlah diorang tu... Abang kan suami yang..."

Daneen yang asyik berundur ke belakang dari tadi, kini sudah tidak boleh mengelak lagi bila belakangnya sudah bertemu dinding. "ab... Abang..." Daneen telan air liur. Muka macam orang nak menangis pun ada juga. Mama!

Malik sengetkan hujung bibirnya. Alahai... Kenapa gelabah sangat ni. Malik kepung tubuh comel si isteri dengan badan serta tangannya yang di letakkan di dinding. Dia tunduk wajah.

Daneen tolak tolak dada Malik. Dia toleh wajahnya ke kiri. "abang... Daneen..."

Dan Malik diamkan mulut Daneen dengan bibirnya. Dah lama geram kerana itu, malam ini Daneen takkan terlepas.

Terus tangan Daneen jatuh ke sisi badan menerima ciuman drastik dari Malik. Seluruh tubuhnya kaku dan kejung.

Malik dalamkan ciuman bila Daneen tak menolak. Pinggang Daneen dia raih dan mula memimpin tubuh mereka ke arah katil tanpa melepaskan tautan bibir. Dia tindih separuh badan Daneen dengannya.

Dan.... Daneen sedar saat itu... Yang dia tidak boleh mengelak lagi dari menerima sentuhan Malik. Dia pasrah menyerahkan diri.

Malik masih leka dengan ciumannya. Lama... Penuh keasyikan..

Daneen lepaskan tautan bibir mereka. Dia ambil nafas. Semput tak cukup udara.

Malik kecewa. "why?"

Daneen senyum malu malu. "tutuplah lampu..." suruhnya sambil menggigit bibir.

Malik tersengih nakal. "tutup lampu tak nampak la... Kelam..." Malik mengusik nakal.

"ish abaannggg..."

Malik mengekek ketawa sebelum bangun dari tubuh Daneen. Suiz lampu bilik dia matikan seperti yang Daneen mahu dan diganti dengan cahaya lampu tidur yang membangkitkan lagi suasana romantik malam pertama. Dengan hiasan kamar yang cantik dan penuh bunga bunga segar... Haih, memang tak la dia nak lepaskan Daneen malam ni! "i love sayang..." Malik mula membisikkan kalimat cintanya buat Daneen. Naluri lelakinya sudah bergetar hebat mahukan Daneen dalam pelukannya.

"Daneen pun cintakan abang..." sekali lagi tubuhnya dihimpit Malik dan bibirnya di tindih lembut . Setelah itu.... Apa yang berlaku biarlah kekal menjadi rahsia malam pertama mereka.

######

Dan selepas subuh esoknya... Daneen lemas lagi dalam asmara cinta yang Malik berikan. Malik betul betul tak lepaskan dirinya. Dia lemas dalam gelora cinta Malik.

Malik angkat wajah dari celahan leher Daneen yang keletihan itu. Kesian pula cik isterinya... Okaylah... Kita kasi dia rehat...

Mata Daneen yang memang semakin memberat itu semakin berat bila tangan Malik mula mendodoikannya. "tidurlah... Terima kasih sebab sudi layan abang...." sebagai penutup pada pagi itu, bibir merah pucat Daneen dia kucup lembut.

"ermmm..." Daneen menggumam tak sedar diri. Mengantuk! Penat!

Duvet yang melorot jatuh ke lantai, Malik tarik dan mula selimutkan tubuh terdedah mereka. Dia juga ingin tidur sebentar. Ingat dia tak penat ke? Penat tahu! Sempat dia tarik pinggang Daneen masuk ke dalam pelukannya sebelum pejamkan mata.

#####

Daneen berdiri lesu di depan sinki,menyiapkan makan tengah hari untuk semua rakyat dalam rumah keluarganya. Sebab bangun lewat pagi tadi, dia kena denda masak. Sudahlah muka dia panas sebab asyik kena sakat saja! Lumrah bila pengantin baru kena usik dan dia memang tak tahan bila diusik begitu. Malu, hanya Allah saja yang tahu. Malik pula hanya ketawa saja. Gatal!

paling Comel Di HatiWhere stories live. Discover now