SEGALA poket seluar dan poket jaket yang dipakai itu digeledah habis oleh Emir Adden Fattah. Dahinya berkerut sedikit. Dia cuba mengingati di mana dia meletak phonennya. Setahunya, dia meletak phonenya di poket jaketnya. Tapi sekarang tak ada pulak.
"Bro, kau cari apa?" Soal Harriz apabila dia melihat Emir Adden Fattah seakan-akan tercari sesuatu.
"Phone aku. Ada nampak tak?"
Harriz menggelengkan kepalanya.
"Mungkin tercicir masa kau berlawan tadi kut?"
Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Harriz. Mungkin tercicir masa dia berlawan tadi. Nampak gaya dia perlu beli phone baru lah nampaknya memandangkan phonenya sudah selamat meletup bersama bangunan tadi.
"Shadow, kau dah jumpa location Ghost?" Soal Harriz pada Razul melalui earbuds di telinganya itu.
"Wait.... Okay done! Tapi......"
"Tapi apa?" Soal Emir Adden Fattah.
Razul menelan air liur. Jari jemarinya sekali lagi menekan papan kekunci laptopnya dengan laju. Risau kalau dia tersalah tengok atau laptopnya itu problem.
"Kenapa Zul?"
"Sekejap"
Razul keluar dari officenya lalu dia menuju ke stesen IT di mana bilik tersebut mempunyai pelbagai kemudahan untuk hack. Semua hacker selalunya asyik berkurung dalam bilik ni tai memandangkan sekarang pukul 4 pagi, jadi dia seorang je yang ada. Dia menuju salah satu laptop yang agak canggih dalam bilik itu lalu jari jemarinya cepat menaip.
"Damn it!"
"Why?"
"Airisya!"
"Kenapa dengan Airisya?" Soal Emir Adden Fattah tidak tenang apabila Razul menyebut nama Dhia Airisya.
"Location Firash dengan location Airisya ada di tempat yang sama termasuk phone kau, King" tutur Razul memberitahu mereka apa yang dilihatnya di screen yang terpampang besar. Ada 3 titik yang berlainan warna terpapar di Pelabuhan Klang dan 3 titik itu adalah location Firash, Airisya dan phone Emir Adden Fattah.
"Sial!" Bentak Emir Adden Fattah.
"Bagitahu aku location diorang" ujar Emir Adden Fattah sambil berlari ke arah kereta.
"Pelabuhan Klang"
Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya. Perlabuhan Klang? Dia cuba mengingati mimpinya. Tidak silap dia ada bermimpi kejadian di Pelabuhan Klang di mana Dhia Airisya menyelamatkan dia daripada ditikam oleh Alex. Jangan kata ni kerja Alex?
"Let's go!"
Kereta mula meluncur laju ke lebuh raya. Emir Adden Fattah memandu kereta selaju mungkin bersama debaran dada yang kian hebat. Habis dipotong segala kereta. Nasib jalan raya ketika ini tidak sesat. Lampu isyarat pula sudah di hack oleh Razul.
Kereta diberhentikan betul-betul di depan berpuluh-puluh orang yang sedang berdiri statik di belakang seorang lelaki yang sedang merokok. Tali pinggang dicabut seraya itu badan dikeluarkan dari badan kereta. Dia berpaling memandang ke kanan di mana Harriz berdiri di tepinya dan di kirinya ialah Iqbal.
Pandangan dialihkan ke belakang di mana orang-orangnya juga sudah sampai dan mula mengambil tempat. Harriz menangguk kepala pada Emir Adden Fattah memberi isyarat yang mereka semua sudah bersedia. Emir Adden Fattah berpaling ke depan semula dan dengan selamba dia berjalan menghampiri lelaki yang merokok itu tanpa perasaan gentar sedikit pun.
YOU ARE READING
[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIA
ActionSeason 2 of ILY, Mr. Korean Mafia. Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau. *********** "Aku janji aku akan protect kau Airisya" Adden Apakah penghujung buat mereka? "I'm not your daughter!" Airisya Derita atau gembira...