06

85 3 0
                                    

Eidlan

Aku potong mana mana jadual yang dibatalkan harini sebelum masuk dan memberitahu boss. Maleih betul aku kalau jenis cancel meeting last minute. Hah biasanya boss sendiri lah tu.

"Eid". Panjang umur dia ni.

"Ya—"

"Cancel meeting pukul 4 sat gi. Aku kena balik awal harini". Belum sempat aku nak marah dia, badan empunya suara lesap. Hilang. Ghaib. Kalau macam ni hari hari, boleh botak rambut aku.

"Ermm encik Eidlan?". Bahu aku disentuh tapi suara perempuan. Rezeki ke ni? EH AKU DAH ADA BINI.

"Tolong jangan sentuh saya". Aku tolak tangan dia pakai pen. Haram katakan mana boleh sentuh. Aku toleh kebelakang, saja lah nak tengok si empunya suara.

"Ouh la Zara. Hah kenapa?". Dia nampak teragak agak nak bercakap. Alahai comel je. Nak kata tinggi tak juga. Pendek pun tak. Sedang sedang. Tudung shawl yang berbalut kat kepala pun sesuai dengan bentuk muka dia. Eh?

"Saya nak minta tandatangan boss tapi nampak macam dia dah balik. Ermm". Dia nampak malu malu. Kata orang, Zara ni lulusan Universiti Malaya. Aku tak ambil pusing pun. Malas nak tahu hal orang.

"Ah takpe. Letak je fail tu kat sini. Esok pagi pagi saya suruh boss tandatangan". Dia hulurkan fail ke tangan aku dan tanps sengaja tangan kami bersentuhan. Dia tak tersentak aku pun sama. Aku menung tengok dia. Dia menung tengok aku

BZZ BZZ

Zara terus tarik tangan dia dan berlalu pergi. Aku pula terus lempang diri sendiri. APA AKU DAH BUAT?

Kahwin yang DirancangWhere stories live. Discover now