Part 18

1.5K 242 17
                                    


HAZREE'S POV

Aku menggaru kepala. Telefon pintar milik aku yang berada di atas katil, aku tenung.

"Aku rasa nak call dia. Tapi... haih." mulut aku mengomel perlahan.

Setelah hampir lima minit berkira kira, tangan bertindak menggapai telefon tersebut.

Pantas aplikasi whatsapp dibuka. Contact 'mypretty🐝' yang di pin di bahagian atas ditekan.

Tanganku laju menaip. Berkira kira seketika sebelum button send ditekan.

-Ellooooooo. Ada orang takkk? :3

Pantas button home ditekan sebelum aplikasi instagram dibuka.

Aku membelek belek skrin tersebut. Belum ada perkara yang menarik perhatiannya. Minda aku lebih tertumpu kepada mesej whatsapp tadi.

"Waw.... Y16 dah keluar, tapi tak lawa. Y15 lagi ok la." Perlahan aku mengangguk sambil mengomel.

"Weh, Haz. Nenek panggil." Zeeq menjenguk ke dalam bilik.

"Haa okay." Aku cuma mengangguk. Dia bingkas bangun sebelum berjalan ke dapur.

"Ada apa nek?"

Sosok tubuh nenek yang sedang memasak menjadi perhatian.

"Nah. Tolong hantar kat rumah Adliena." Semangkuk kari ikan diletakkan di atas meja.

Aku pantas tersenyum. Boleh usya Eddy. Muehuehue!

"Haa kenapa senyum sorang sorang tu? Cepat laa. Sempai lagi mengelamun." Bahu aku ditepuk nenek.

Aku menggaru pipi. Hehe.

"Ye nek. Haz pergi sekarang jugak!" Aku tersengih.

"Sengih sengih. Nak pi intip anak dara orang kee?" Kening nenek terangkat.

"Ish, nek ni. Mana ada. Zeeq dah suka Adliena tu. Takkan Haz nak kacau daun." Aku tersenyum kelat.

"Ala, belum kahwin lagi." Nenek tergelak kecil. Aku cuma mampu tersengih sambik menatang mangkuk tersebut ke arah pintu. 

Tak mungkin la aku sanggup buat camtu kat abang aku sendiri, en?

"Assalamualaikum." Sesampainya aku di depan rumah Wan Eddy, aku memberi salam.

"Waalaikumussalam." Suara Eddy kedengaran sebelum terdengar bunyi selak pintu dibuka.

Apa bila daun pintu dibuka, kelihatan Eddy sedang tersenyum dengan telefon bimbitnya di telinga.

"Takpela ekk. Eddy letak dulu. Bye, Assalamualaikum." Dia memutuskan panggilan sebelum memandang aku.

"Asal?" Dia menyoal.

"Ni, lauk." Mangkuk berisi kari ikan aku hulurkan.

"Mekasih. Sedapnya bau."

"Siapa tu?" Aku menyoal perlahan.

"Mana? Yang call tadi? Zeeq." Ringkas dia menjawab.

"Ouh." Aku sedikit terpana.

"Asal dia call? Rumah dekat je." Aku mengerutkan kening.

"Entah. Dia kata nak tanya khabar dengan wish goodnight. Macam macam eh abang kau?" Dia tersengih.

"Yelaa, macam macam. Kau pun, melayan, kan? Best ke?" Aku tersenyum sedikit sinis.

"Kau dah pahal cakap camtuu?" Dia sedikit membentak. Jelas dia beriak kurang senang.

Aku cuma mengangkat bahu. Panas hati beb! Wish goodnight goodnight pulak dah. Semalam dah confess tengah sawah. Ala ala hindustan, ceh!

"Dah la. Aku balik dulu." Aku memusingkan tubuh ke kanan.

"Kau jangan balik lagi, mangkuk ni."

"Takyah, antar je esok." Aku malas nak berlama.

"Tunggu! Aku cakap tunggu, tunggu eh." Dia menjengil.

Aku cuma mengangguk perlahan.

"Aku nak Ila bagi kat aku pasni. Aku taknak kau yang bagi."

Dia cuma diam sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

Hampir lima minit menunggu...

"Nah. Mangkuk tadi yang berisi donat dihulurkan kepada aku.

Kari ikan berbalas donat?

"Ok. Thanks." Aku menyambut dan berniat untuk berlalu.

"Kenapa kau nak Ila yang bagi tadi? Taknak jumpa aku? Tak suka tengok aku?" Dia menyoal jengkel.

"Takde pape." Ringkas aku membalas sebelum berjalan balik. Meninggalkan dia yang masih lagi berdiri di tangga.

"Ni, wan. Diorang bagi donat." Aku meletakkan mangkuk tadi di bawah saji.

"Macam mana? Dah jumpa buah hati?". Wan mengusik.

Aku cuma tersenyum hambar. Sebelum bergerak ke bilik.

"Kau ada awek ke? Pretty pretty ni?" Zeeq tersengih.

"Tak. Asal?" Aku menjongketkan kening.

"Mesej wasap. My pretty." Dia tergelak kecil. Aku cuma diam.

mypretty🐝
-Yeee bie. Awat?

Aku terdiam seketika. Lama mata aku tertumpu kepada skrin telefon. Tak ada rasa nak balas.

Entahlah.. aku dah tak rasa benda ni seronok. Aku cuma... Panas hati sekarang ni.

-Takla. Aku nak tanya pasal spare part motor tadi. Dah ada, takpela.

Pantas butang send ditekan.

Back to normal, huh? Dah takde bie sayang dah.

Aku mengeluh kecil. Entahla.

Aku tak tau la kenapa aku tiba tiba je jadi annoying ngan diorang berdua ni. Acah. Sorang ala ala mat romeo. Sorang lagi acah taknak tapi nak.

Aku? Jealous?

"Arhh memang tak, lah! Takkan aku nak jealous, kut? Lantak ddorang lah! Aku, steady je...." Tiba tiba aku berhenti mengomel.

"Kut." Perkataan terakhir yang keluar dari mulut aju sendiri membuatkan aku terdiam.

'Kut' tu bermakna aku sendiri pun tak pasti.

Aku tak pasti dengan diri aku sendiri?

Apa yang aku nak sebenarnya ni eh? Dah kenapa aku nak rasa serabut tiba tiba?

Aku makin diburu rasa serabut bila teringat apa yang aku kata kat Eddy tadi.

Mesti dia annoying sebab aku cakap cam orang takde otak tadi kan? Tetiba marah.

Laju tangan aku menggaru kepala yang tak gatal. Eyyyyy hidup ini rumit.

Betul lah orang cakap... kerana mulut, badan binasa.

Hampir sepuluh minit aku termenung.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.



Vote tauu. Thanks sudi baca🌼!
70 vote ke atas to unlock next chap😂!

Siapa tau ada tak mana ii writer yg buka tempahan untuk buat cover story yg lawoo ii? Boleh suggest tak?

Aku Tunggu Kau, Bongok!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu