Dari tadi lagi Arabella menahan diri daripada melapaskan tawa. Sedaya upaya dikekalkan riak merajuknya.
Seronok melihat zahir yang sedang gelisah memikirkan cara untuk memujuk sambil sibuk makan.
Mana tidaknya, dari dalam kereta sehingga ke ruang makan VIP di hotel yang mereka datang lagi, Zahir tidak berhenti memujuk.
Namun satu pun Arabella tak layan. Mati akal Zahir dibuatnya.
"Love..."Garfu yang mencucuk potongan kecil lambchop dihulurkan kepada Arabella.
Tak tunggu lama, potongan kecil itu terus berada di dalam Arabella. Tapi, Arabella masih diam dengan mogoknya.
Merajuk tetap merajuk.
"Love..."
"Loveee...." Sekali lagi Zahir menghulurkan garfu yang mencucuk potongan kecil lambchop dan seperti tadi, Arabella tetap menerima suapan tersebut tanpa sepatah kata.
"Looovvveeee..."
Arabella menahan otot pipinya daripada berkerja. Nak merajuk juga sebab tadi Zahir kata Zahir tak suka Arabella pakai baju ni! Padahal Zahir sendiri yang bagi!
"Bising la. Orang nak makan." Sengaja juga Arabella menukar gelaran yang sering digunakan.
Mahu menyeksa Zahir sebab buat dia berkecil hati!
"I'm so sorry love. Bukan tu maksud I, sumpah!" Gelisah tak gelisah, susah hati tak susah hati, Zahir tetap menyumbat makanan ke dalam mulutnya.
Dalam sibuk memujuk, habis juga sepinggan makanan yang dipesan.
Arabella masih kekal diam dan makan makanan yang tersisa di pinggannya.
Ruang VIP yang dikhaskan untuk mereka sangat penuh dengan privacy dan Zahir hanya meminta agar menyediakan makanan sahaja tanpa perlu hiasan bunga seperti yang selalu lelaki lain lakukan.
Katanya, buat apa hias cantik-cantik? Bukan tengok pun benda alah tu semua. Ada baiknya dia tengok Arabella, lagi cantik. Mempersonakan lagi!
"Love..." Zahir bangun lalu berdiri di sisi Arabella.
Zahir sudah tidak tahan dengan Arabella yang marajuk ini. Tak suka!!!
Nafas panjang ditarik sebelum...
"Niga neomu joha ottoke ottoke?
Niga neomu yeppeo ottoke ottoke?
Narang buso bollae eotteokhe saenggakhae?
Janmal malgo buso hmmm??"Akhirnya Arabella melepaskan tawa yang ditahan sejak tadi.
Sumpah comel Zahir nyanyi sambil buat gaya. Arabella geram!!!
"Fuh... finally love, finally..." Rambut diraup ke belakang sambil kembali duduk. Nafas lega dilepaskan.
"Finally, finally. Finally apa?" Tanya Arabella garang setelah ketawanya reda.
Senyuman yang masih tinggal sisa itu dia biarkan terhias pada bibirnya. Dah tadi Zahir nak sangat dia senyum kan? Siap menyanyi buat lagak comel lagi kan?
Ha, ambik!
"You marah lagi ke, love? Ingat dah okay. Aduh..." Muka diraup sedikit kasar.
Hanya lagu dan gaya yang Cha Eun Woo lakukan tadi idea yang terakhir dia ada. Itu pun setelah teringat akan cerita True Beauty yang pernah ditonton dulu.
Sekarang kalau masih merajuk, mahu bagaimana lagi caranya mahu memujuk? Runsing dibuatnya.
"Tak marah."
"Habis?"
"Terasa."
"Love........."
"Hmm,"
"Jangan lah salah faham. I tak cakap I tak suka you pakai baju ni. I suka sangat, you look so gorgeous!" Tepat matanya memerhati Arabella.
"I just tak suka bila ada lelaki lain pandang you. Macam tadi masa nak masuk, fuh.. laki orang pun jeling you. Tergugat I, tahu?" Bersungguh-sungguh Zahir menerangkan perkara sebenar.
Arabella tetap diam. Nak dengar lagi Zahir explain, suka!
"Love... please. I jelous, sangat sangat sangat jelous! Jelous bila orang lain tengok you. Tengok hak milik Zahir Raziq seorang! You hak I seorang, mana boleh orang tengok you lebih-lebih." Zahir mencapai tangan Arabella lalu kekura tangan itu diusap.
Kemudian dicium lembut tangan itu.
"Betul?"
"Yes love. Tak tipu."
"Then, why tipu I cakap ada meeting urgent lah apa lah pagi tadi?" Ya, itu satu lagi hal.
Biar tak berkait dengan topik sekarang, tapi perkara itu juga membuatkan Arabella terasa hati.
Zahir tipu dia bulat-bulat!
Geramnya dia bila teringatkan perkara itu tadi semasa dalam perjalanan. Mahu dipulas-pulas saja kepala Zahir seperti penutup botol rasanya!
"Alah love, kalau I bagi tahu nanti tak suprise la." Sekali lagi kekura tangan Arabella dicium.
"Lepas ni I nak bawa you pergi somewhere pula. Tak puas lagi nak dating dengan you." Senyuman lebar ditayangkan.
Arabella sungguh unexpected! Kadang Zahir sendiri risau dengan keadaan dan emosi Arabella bila dia terpaksa berkerja di luar kawasan mengikut Encik Raziq.
Pelbagai perkara boleh berlaku jika dibiarkan gadis itu berseorangan.
Susah bila terlajak jatuh sayang kepada seorang gadis yang semberono begini. Kalau tidak dipantau, boleh gila jadinya.
"Aww... boyfriend siapa la ni kan? Dah la handsome, baik, kaya, sweet lagi. Sexy, hot and spicy pula tu! Grrr!!!" Gaya seperti singa mahu menerkam dibuat.
Suka lah tu kalau dah tahap puji melambung tu. Gedik sungguh!
"Aduhai love... you suka sangat kan buat I tak cukup nafas? Nak tercabut saraf otak I fikir cara nak pujuk you tadi." Zahir mencebik bibir merahnya.
"Hahahaha... sorry sayang. I suka you pujuk I, rasa dihargai sangat." Kata Arabella sebelum menghabiskan sisa air di dalam gelasnya.
"I dah selesai. Jom pergi somewhere tu!" Laju Arabella bangun dan menghulurkan bag tangannya kepada Zahir.
Zahir menggeleng perlahan mencapai bag tangan Arabella lalu turut bangun mengikut langkah gadis itu.
|>|>|>
"Ini ke somewhere you?" Tanya Arabella sedikit menjerit.
Melihat anggukan kecil Zahir mebuatkan Arabella terlopong. Ini? Di sini? Serious?
Di rumah banglo milik Zahir?!
"Why? You tak suka ke?" Tanya Zahir lembut sambil merangkul bahu Arabella.
"Bukan tak suka, tapi... I thought you punya somewhere tu anywhere yang romantic, sweet and else. But... haih, tak apa lah sayang. Selagi I dengan you, duduk tepi paya bakau pun I sanggup walau tak rela." Arabella melentokkan kepalanya pada bahu Zahir lalu tubuh itu dipeluk erat dari tepi.
"Sejak bila Arabella menjadi seorang gadis yang clise ni?" Soal Zahir.
"Entah. Mungkin sejak kenal dengan lelaki bernama Zahir kut." Arabella mengusik.
Kaki melangkah ke suatu arah membuatkan Arabella yang masih melekat dengannya mengikut langkah Zahir.
"Aik? Bukan masuk rumah?" Pelik Arabella bila Zahir melalui bahagian tepi rumah yang menuju ke arah halaman belakang rumah.
"Kan I dah kata nak bawa you pergi somewhere. Takkan nak masuk rumah. Tu dah biasa." Zahir menjawab.
"Pula, dah tu-" Saat langkah terhenti, mulut yang tidak reti duduk diam itu terus terkunci rapat.
Pelukan pada pinggang Zahir dilepaskan lalu langkah perlahan-lahan melangkah ke hadapan.
YOU ARE READING
ARABELLA | Short Story || C
Short StoryHanya sebuah short story yang mengisahkan tentang seorang Arabella. Enjoy!