ZW 54

7.6K 175 22
                                    

Cermin dihadapannya dipandang dengan pandangan kosong. Fikirannya menerawang mengingatkan kejadian itu.

Zehra menghela nafas berat. Kenapa di saat dia mula mengecapi bahagia ada sahaja insan yang datang menganggu. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu kembali dengan megat nabhan.

Susah payah dia cuba jauhkan diri dari lelaki itu. Kalau boleh muka megat nabhan langsung dia tak mahu tengok. Rasa bencinya semakin meluap-luap. Kenapa lelaki itu munculkan diri? Adakah dia ada agenda yang tersendiri? Atau... Dia mahu merampas aydan darinya.

Zehra menggeleng laju.

Cuba membuang perasaan tidak enak itu dalam dirinya. Dia takut! Jika benar apa yang difikirnya ini terjadi bagaimana dia mahu meneruskan hidup. Aydan la sumber kekuatannya. Aydan yang banyak mengajarnya erti berjuang dan tidak pernah kalah dalam kehidupan.

'kau memang tak guna megat.. kau memag tak guna! Kenapa kau muncul depan aku lagi? Apa kau nak? Tak puas lagi kau hancurkan hidup aku? Hancurkan hidup aydan. Dan sekarang kau datang tayang muka kau yang tak tahu malu tu.' Hati zehra berbicara.

Sikat ditangannya digenggam. Nafasnya dihembus kasar. Dadanya berombak. Bibirnya diketap geram.

'aku takkan biarkan kau 'pijak' aku lagi megat nabhan. Aku takkan biarkan kau rampas aydan dari tangan aku. Aydan anak aku! Aku takkan benarkan sesiapa rampas dia dari aku. Jika itu terjadi aku sanggup korbankan nyawa aku demi aydan. Biarpun aku akan bergelar seorang pembunuh!.'

'Dan kau megat nabhan.. kau akan menyesal jika bermain api dengan aku!

Kau akan menyesal !'

Kau akan menyesal !'

Ayat itu diulang beberapa kali.

"Kau akan menyesal!" Bentak zehra di alam nyata berserta dengan tamparan kuat di permukaan meja solek.

Khairul yang sedang mendodoikan aydan tidur terkejut dengan tingkah zehra itu. Lantas dialih wajahnya melihat zehra.

"Sayang.." kening khairul berkerut.

Panggilannya langsung tidak disahut. Setelah memastikan aydan kembali tidur khairul berjalan merapati zehra.

Dilihat isterinya itu merenung tajam ke dalam cermin. Pandangan zehra ketika itu seolah-olah seperti menyimpan satu perasaan dendam dan amarah yang sangat dalam.

Khairul yang merasa pelik dengan tingkah zehra mula terkumat-kamit membaca sesuatu sebelum dihembusnya perlahan ke ubun-ubun kepala zehra.

Bahu zehra disentuh lembut.

"Sayang.."

Zehra tersentak.

Nafasnya laju berserta dada yang berombak kuat. Jantungnya mengepam darah ke seluruh tubuh.

"Kenapa ni?"  Soal khairul lembut.

Zehra menelan liur. Ditatap mata hitam khairul sedalam mungkin. Tubir matanya mula digenangi dengan air mata.

Tanpa pamitan dipeluk erat tubuh khairul yang berdiri itu. Tangisannya pecah.

"Tolong selamatkan aydan.. jangan bagi dia ambil aydan.." ngongoi zehra seperti budak kecil.

"Shhh...abang ada.." Khairul mengusap lembut belakang tubuh zehra. Cuba meredakan perasaan tidak enak yang menyerang isterinya saat itu.

"Tolong.."  esakkan zehra kian menjadi. Khairul merenggangkan pelukan antara mereka. Dikesat air mata yang menimpa pipi mulus itu.

"Cakap dengan abang kenapa ni? Siapa yang nak ambil aydan?"

Zehra diam. 

Lidahnya kelu untuk bersuara. Kenapa tadi dia begitu berani tetapi sekarang ketakutan kembali menyerang diri. Sungguh dia begitu takut saat ini. Takut akan kehilangan aydan.

"Megat.." Satu nama meniti di bibir mungil itu membuatkan hati khairul berasa tidak senang.

"Tadi dia datang jumpa saya.." adu zehra. Khairul mengetap bibir.

"Sa-saya rasa dia nak rampas aydan dari saya. Tolong saya.. saya tak sanggup nak berpisah dengan aydan". Kata zehra lagi.

"Dia ada cakap macam tu dekat sayang?"

Zehra menggeleng.

"Memang la dia tak ada cakap apa-apa tapi saya takut. Awak sendiri tahu megat macam mana kan? Dia boleh buat apa sahaja untuk melihat saya menderita."  Ujar zehra sambil mengesat air mata.

Tangisannya kian reda. Entah kenapa dirinya terasa ringan apabila dapat meluah apa yang terbuku dalam hatinya.

"Aydan sumber kekuatan saya. Dia pelengkap hidup saya. Saya yang kandungkan dia, yang lahirkan dia. Susah payah saya bersama dengan dia. Saya takut kalau megat tuntut aydan dari saya. Apa saya nak buat kalau semua tu jadi."  Ujar zehra dengan nada perlahan.

"Sayang dengar sini.."

Kedua belah pipi zehra dipegang oleh khairul. Mata mereka saling bertentangan.

"Abang takkan biarkan semua tu terjadi. Aydan anak kita selamanya akan jadi anak kita. Dan abang takkan benarkan megat sakiti sayang lagi. Abang janji."

Zehra tersenyum. Tubuhnya kembali dipeluk oleh khairul.

"Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya. Saya sayangkan awak. Takkan ada lelaki lain yang boleh berada dalam hati saya kecuali awak. Saya sayangkan awak sangat". Luah zehra dengan setulus hati.

Jujur dia katakan dia tidak boleh berjauhan dengan khairul. Hatinya sudah terpaut sayang pada suaminya. Kata-kata yang pernah terlafaz dahulu bagaikan bermain kembali di telinganya.

'aku takkan cintakan mana-mana lelaki termasuk khairul..'

Itu adalah janjinya yang dahulu. Janji yang terlafaz disaat dia sendiri tidak sedar. Di saat dia menjadi mangsa kepada megat nabhan. Kini dia memungkiri janji itu.

'abang janji abang takkan tinggalkan sayang.. abang cintakan sayang dunia dan akhirat'. Getus hati kecil khairul.

'dan kau megat..'

Khairul mengepal penumbuknya. Rahangnya bergerak-gerak. Matanya menghitam memandang ke sudut dinding.

'Jangan kau berani menjolok sarang tebuan jika kau sendiri tidak bersedia untuk disengat..'



















Redakan dulu marah korang kat
si ubat gegat tu 😁

Kesian dia asyik kena maki ja 🤭 ..

❤️Please vote and comment ❤️

Tq ..

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now