SPECIAL CHAP

1.8K 73 9
                                    

APRON ditempat penyangkut dicapai, lalu disarung ke badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

APRON ditempat penyangkut dicapai, lalu disarung ke badan. Tali di belakang diikat. Rambutnya disisir dengan jari sebelum dia menghela nafas.

Let's bake!

Perkakasan yang telah dia sediakan dipandang sekilas. Buku resepi miliknya diambil lalu halaman pertama dibuka.

"Setengah cawan mentega, setengah cawan susu pekat, satu cawan tepung dan empat biji telur." Kepalanya terangguk-angguk perlahan membaca bahan yang diperlukan.

Setelah selesai menyediahkan bahan, Qarizh membaca semula resepi tadi.

"Pecahkan telur dan pukul sehingga putih dan berbuih..." Qarizh terdiam setelah mendengar bicaranya sendiri. Dia terkebil-kebil seorang diri.

Belakang kepalanya digaru perlahan. "Pukul? Kenapa kena pukul telur ni? Apa salah dia?"

"Putih dan berbuih? Peliknya..."

"Woi! Hermano buat apa?" sergah Ralfania. Dagunya direhatkan di bahu abangnya.

Qarizh menghulurkan buku resepinya kepada Ralfania. Wajah bingung ditayang.

"Cuba baca, abang tak fahamlah. Pukul? Kenapa kena pukul telur ni?"

Ralfania mencapai huluran abangnya. Resepi itu dibaca. Hampir meletus tawanya setelah habis membaca.

"Abang ni! Maksud pukul ni, masukkan telur ke dalam mixer sampai dia putih dan berbuih," terang Ralfania. Geli hatinya melihat wajah polos Qarizh.

Qarizh melopong. "Oh... Asal dia tak tulis macam tu? Buat orang pening kepala je," rungut Qarizh. Tangannya mula bekerja.

Ralfania mencapai epal di atas meja lalu menggigitnya rakus. Matanya memerhatikan Qarizh membuat kerja. Bibirnya menjungkit sedikit.

Ma brother look so hawt!

You ada? Tak ada pergi duduk tepi katil.

Nasib sahaja Qarizh ini abangnya. Kalau tidak, mahu dia juga terjatuh dengan jejaka bernama Qarizh Fernando ini.

Haih...

"Mama!"

Ralfania menoleh ke sisi. Bibirnya mengukir senyuman.

"Sayang!" Seorang kanak-kanak kecil berumur linkungan dua tahun mengangkat tangannya kepada Ralfania, ingin didukung. Bibirnya dimuncung.

"Daddy tengah buat apa, mama?" soal Juliana Raisha Alinsky, anaknya dan...

"Raisha! Dada cakap apa? Pergi mandi, kan?" Caspian tercungap-cungap seorang diri. Penat dia mengejar anak gadisnya yang terlebih aktif.

Ikut mak dia la ni.

Ralfania membulat mata. "Raisha tak mandi lagi?" soalnya. Ralfania mengecilkan matanya.

Raisha memuncung panjang. Kedua jari telunjuknya dimain bersama.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now