Kehidupan Kejora di 1959
15 september 1959
Zhong Li yang berpakaian Changshan berlari anak mengejar Kejora yang mengejar ayam untuk ibunya membuat ayam bakar malam itu.
"Bunga!"
"Bunga,tunggu sebentar!"
"Ha?" Kejora menoleh kearahnya.
"Aku..ada.. berita untuk bagitahu.. kau" kata Zhong Li tercungap-cungap.
"Apa?"
"Aku akan ke Singapura bersama ibu bapa aku, selama seminggu"
"Jadi?" kerut Kejora.
"Kau tidak ada apa-apa untuk diucapkan kepada aku?"
"Tak"
"Pastikah kau tidak merindui aku? Aku sajalah ke-...tidak teman kau disini"
"Juwita kan ada"
"Tapi Juwita perempuan"
"Jadi? "
"Err, tidak mengapalah..." dia berpaling dari Kejora dan mula berjalan dengan perlahan dengan hati yang kecewa.
Dia merasakan lengan bajunya ditarik dengan erat.
Dia menoleh melihat Kejora yang tersenyum lebar.
"Tidak perlu berkata apa-apa, aku tahu kau diam-diam merindui aku nanti" sengih Zhong Li.
"Eh, tak.. Belikan aku cenderamata nanti"
"Hah?"
"Hadiah, belikan aku hadiah" katanya sebelum mengejar ayam itu semula.
Zhong Li mengeluh dengan kuat sebelum menggaru kepalanya yang gatal.
18 September
Kejora mencampak batu ke dalam sungai sebelum menghela nafas.
"Bosan pulak takde mamat tu" katanya pada dirinya.
"Dia baru sahaja pergi selama tiga hari, takkan kau sudah merindukannya" kata pemuda itu.
"Bukan macamtu tapi-"
"Tapi apa Kejora? Tidakkah kau lihat? Kalian berdua saling mencintai!"
Kejora mengambil segenggam rumput dan membaling ke arah Sofian yang berada disampingnya.
"Bahal0l, kitorang cuma kawan rapat je " balas Kejora.
"Hmm, lagipun kalau betul pun kamu berdua saling mencintai, kalian tidak akan dapat bersama"
"Kenapa pulak?" tanya Kejora tidak puas hati.
"Dalam kampung ini, tidak pernah ada yang berkahwin campur kaum lain" kata Sofian.
"Jadi, biar jelah kitorang jadi yang pertama" Kejora meninggikan hidungnya. Bangga bakal menjadi yang pertama dalam satu perkara.
"Ha? Apa tadi? Kau nak kahwin dengan Zhong Li?"
" Eh, Mana ada!"
"AKU BAGITAHU SATU KAMPUNG!"
"tak guna"
YOU ARE READING
Bisakah Aku Menggapai Rembulan? (ON HOLD)
Romance"𝐁𝐮𝐧𝐠𝐚, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐦𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐢𝐭𝐮, 𝐛𝐢𝐬𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐣𝐨𝐫𝐚?" set in 1959 Status:On Hold -update every saturday 10 pm ✨🧚♀ ‿︵‿︵ʚ˚̣̣̣͙ɞ・❉・ ʚ˚̣̣̣͙ɞ‿︵‿︵ ...