Bab 14 🍥

115 12 4
                                    

  Amar memandang lelaki di depannya . Lalu lelaki itu menghulurkan satu kertas " ni maklumat orang yang chat makwe kau tu " Amar mengambilnya lalu membaca nya .

terbuntang matanya melihat maklumat tersebut lalu dia bertanya sekali lagi . " serius la ni " .

" yelah , ke kau nak aku dapatkan banyak lagi maklumat pasal dia ? " soal Razif , rakannya Amar .

" no need , ni dah cukup . Berapa aku kena bayar ? " tanya Amar sambil mengambil dompetnya . " tak payah la , aku kan kawan kau " tolak Razif .

" thankyou bro , aku nak chaw dulu ni bye " lalu Amar bangun untuk pergi . " eh , air ni sape nak bayar ? " tanya Razif apabila Amar mahu pergi tanpa membayarnya . " kau bayar , thankyou again " lalu Amar pergi meninggalkan Razif . Razif hanya menggeleng kepala dengan perangai rakannya itu .

🌼🌼🌼

Amanda menuju ke dapur untuk menghilangkan dahaga , dia mencapai gelas di dalam almari dan menuang air ke dalam gelas .

Ketika minum air kedengaran pintu dihempas dengan kuat . Dia hanya menghiraukannya dah terbiasa bila tengah serabut family nya suka menghempas pintu hiks .

selesai mencuci gelas dan berpaling untuk kembali ke bilik tiba tiba dirinya ditolak rapat ke singki . Sakit belakang badannya kerana ditolak dengan agak kuat .

dia memandang orang yang menolak nya dengan pandangan biasa . " kau kenapa weh ?" tanya Amar , mengawal kemarahannya .

Amanda hanya diam , tidak tahu soalan apa yang ditujukan untuknya . " kenapa kau nak kacau relationship aku hah " tanya Amar .

" aku tak kacau kau pun kan " kata Amar lagi . " tak kacau kau kata ? kau menggayut dengan perempuan tu tiap malam , ganggu aku tidur je " jawab Amanda dengan berani .

" cakap jela kau dengki kan , sebab aku tak layan kau macamtu " sinis Amar berkata .dia memandang Amanda yang sudah terdiam itu .

" buat apa aku nak dengki dengan hubungan haram korang , dan kalau kau putus dengan makwe kau tu , maksudnya Allah taknak kau terus bergelumang dalam dosa ! " balas Amanda pula .

Amar mengetap gigi menahan geram , dia menarik nafas cuba menahan dari memukul adiknya sendiri .

" kenapa kau tak mati je masa kau try nak bunuh diri tu hah " kata Amar tanpa menghiraukan perasaan Amanda .

" kau nak aku mati sangat kan , ha bunuh la aku , aku pun dah tak ingin la nak hidup dan hadap muka kau ni " jawab Amanda memandang tepat mata Amar .

Dia mencuba sedaya upaya untuk menahan dari menangis . Tanpa berlengah dia berlalu meninggalkan Amar di dapur . Dia masuk ke bilik nya .

Dia mengunci pintu biliknya , dia duduk bersandar di pintu , airmata yang ditahan tadi dilepaskan .

nangis je , kalau itu yang mampu buat kau lega .

Itulah yang diungkapkan oleh Rayyan ketika dia down dan meluahkan masalah nya kepada Rayyan .

" aku kena buat benda tu " bisik hatinya dengan perlahan dia menarik laci almari nya . pisau pemotong kertas yang baru dibelinya diambil .

tak boleh , aku dah taknak buat benda gila ni lagi . katanya seorang diri sambil mengelengkan kepalanya berkali kali . Rambutnya mula kusut apabila dia meramas ramas rambut nya .

Dia mencampak pisau itu jauh jauh , takut terbuat benda tersebut .

Dan dia meneruskan tangisan yang terhenti tadi sehingga tertidur .

🌼🌼🌼

Amelia tersedar dari tidurnya apabila terdengar bunyi bising dari arah dapur . Dengan perlahan dia menuju ke dapur dan dia mengintai di balik dinding siapa yang sedang bertengkar itu .

kelihatan anak lelaki dan anak perempuan nya sedang bertengkar di dapur . Entahla sejak beberapa tahun yang lalu mereka makin renggang .

jarang bercakap sesama sendiri dan kalau bercakap pun bergaduh la . Tak macam masa kecik kecik dulu baik je .

Niatnya mahu menegur tapi terhenti apabila melihat Amanda mahu pergi , Amanda melintasi nya dan menuju ke biliknya .

Amar pula hanya berdiri di situ .

    Lalu dia menuju ke ruang tamu , baru sahaja dia duduk tiba tiba telefonnya berbunyi . dia mencapai telefon nya dan membuka mesej .

gambar yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu dia buka . Tiba tiba airmata nya turun melihat gambar tersebut .

Lalu dia menangis di ruang tamu tersebut .

×××××××××××××××

Next chapter lah zaki muncul hehe .

Vote if you done read ❤️🌷




secret memories ♡︎Where stories live. Discover now