🍁🧡 IA 8

462 53 4
                                    

Klak!

Dia terus memandang pintu dan kelihatan Izara yang menatang dulang berjalan ke arahnya. Izara yang hanya berbaju sukan dan rambut diikat messy bun nampak comel di matanya.

"Nah makan." mangkuk dihulurkan kepada Ayaz tapi tidak disambut.

"Suap."

Izara mengemam bibir. "Ada kaki ada tangan makanlah sendiri."

"You guna kaki untuk makan?" tanya Ayaz buntu. Izara pula tak menjawab kerana tiada jawapan.

"Tadi boleh je you suap I. Sekarang dah tak boleh?" tanya Ayaz dengan muka masam.

Izara mengeluh. Terpaksa jugak turutkan kemahuan orang sakit ni. "Bangun." arahnya.

Ayaz bangun sedikit dan bersandar pada palang katil. Izara yang baru sahaja nak duduk di atas kerusi sebelah katil Ayaz ditarik lalu terduduk ditepi Ayaz di atas katil.

Tangannya dipinggang Izara tidak dilepaskan.

"Bukan aku dah cakap jangan sentuh aku ke?" tanya Izara dingin. Tangan berurat Ayaz dipinggangnya dikerling.

"I'm sick,love. Can you just let this slide?" mulut dinganga awal awal minta disuap.

Tanpa banyak soal terus disuapnya Ayaz. Beberapa sudu, air dua teguk, sambung suap bubur lagi. Lama lama habis semangkuk.

"Thank you, love. Pandai you masak. Sedap." puji Ayaz. Izara mengangguk. Memang dia yang masak pun. Kan?

Baru sahaja dia nak bangun dari duduk di situ, Ayaz mengangkat tubuhnya untuk baring disebelah lelaki itu di atas katil.

"Aduh.." sakit jugak dibaling eh..

Tangan kekar Ayaz melingkari pinggangnya manakala kepala Ayaz pula disembamkan di dadanya selesa.

"Lepaslah Ayaz. Aku nak cuci mangkuk." kata Izara tanpa mencuba untuk melepaskan diri. Dia rasa selesa dengan kedudukan mereka sekarang.

"I'm sick..."

"You want me to let this slide too?" tanya Izara. Tangannya naik mengelus rambut lembut Ayaz.

"Hmm.." Ayaz menggumam.

"As you wish baby."

***

Matanya tercelik luas. Jam disebelah Ayaz dikerling. 9.37? Malam ke? Dia pandang pula tingkap dan jelas kelihatan bulan dan bintang yang bersinar di langit.

"Lamanya aku tidur." Pandangannya dialihkan ke sebelah lagi satu pula. Ayaz masih dengan posisi awalnya petang tadi. Tangannya dilekapkan di dahi Ayaz. Masih panas. Mungkin Ayaz memang jenis yang lambat sembuh.

Dia mengalihkan tangan kasar Ayaz tetapi Ayaz malah mengetatkan lagi pelukannya.

"Where are you going, love?" tanya dia walaupun matanya masih tak terbuka.

"Makan." jawab Izara sepatah.

Ayaz membuka sebelah matanya dan memandang ke arah Izara. "You nampak cantik even baru bangun." katanya sambil tersenyum. Tiba tiba pipinya ditekup oleh Izara.

"Kau demam lagi. Stay sini. Nanti aku naik bawak bubur." arah Izara lalu terus bangun selepas menolak tangan Ayaz tadi.

"I taknak bubur.. I nak pizza.." rungut Ayaz. Memang semua orang sakit makan bubur ke? Takde benda lain?

"Pizza? Em.. nice choice." Izara pergi mengambil telefonnya di dalam bilik dan masuk ke dalam bilik Ayaz semula.

"Order online." katanya tanpa disoal Ayaz.

"Okay."

Izara yang baru sahaja nak duduk di kerusi ditarik dan dibaringkan disebelah Ayaz. Dah macam dejavu pula.

"Tempat you kat sini." ujar Ayaz perlahan. Kepala diselesakan pada tempatnya. Izara pula hanya menerima kenyataan. Dia mengusap kepala Ayaz dan bermain dengan rambut lelaki itu.

"I think I heard you said 'baby' to me before." kata Ayaz tiba tiba.

Badan Izara mengeras. Tak sangka yang Ayaz dengar. "Nope. Aku cakap babi bukan baby." tipu Izara.

Ayaz tergelak kecil dengan penipuan Izara. "I guess you tak reti menipu bila dengan I." ujar Ayaz.

Izara menggigit bibir mendengar fakta yang dikeluarkan oleh Ayaz. Mana ilmunya dalam menipu hilang?

"Not lying."

"Hm.. but, am I like a baby to you?" tanya Ayaz.

Izara menunduk memandang Ayaz. "Yes you are." jawabnya.

"No wonder i like it." Ayaz mengetatkan lagi pelukannya.

"Jangan peluk ketat sangat. Nanti aku nak turun ambik pizza." Izara cuba melonggarkan pelukan Ayaz tetapi sayangnya tidak menjadi. Ayaz pula dah masuk alam lain.

_skip_

3 hari Ayaz sakit, 3 hari jugaklah dia bermalam di bilik Ayaz. Kerjanya juga buat di situ dengan Ayaz berbaring di pahanya tak pun baring di sebelahnya tapi tangan lelaki itu tetap jarinya. Entah la Ayaz tu demam ke mengada. Jauh sikit mula la dia panggil panggil. Tak datang sekali menangis bagai nak rak.

Memang patut dipanggil babi.

Eh baby.

Ayaz turun dengan badan berselubung dengan selimut. Pertama kali dalam 3 hari ni dia turun ke bawah. Kalau tak asyik dikurung dalam bilik je.

Dikurung oleh siapa?

Aura Izara hahaha.

Dia keseorangan memandangkan Izara keluar kerana ada hal mustahak di pejabatnya. Tak silapnya, Izara ada beli ais krim coklat. Langkah ditukar dari menuju ke ruang tamu ke dapur.

Setelah ais krim sudah berada di dalam tangan, dia mengambil sudu. Tiba tiba matanya merenung tajam ke arah tong sampah yang tak ditutup di dalam sebuah kabinet dapur.

Bubur instant?

Dengan kalut, dia meletakkan aiskrim dan sudu di atas kaunter dapur lalu membuka kabinet besar yang berada di bahagian atas.

Penuh!

Penuh dengan bubur instant! Jadi inilah yang disuap oleh Izara kepadanya.

"So you didn't cook,love?" mukanya berubah masam. Dia menutup kembali kabinet itu kuat dan terus naik ke bilik. Sempat dia mengambil aiskrim yang ditinggalkan tadi.

"Dan I asyik puji you pandai masak tapi rupanya you guna instant punya?" katanya seorang diri. Penutup bekas aiskrim itu dibuka dan dengan kasar, dia mencedok dan menyumbat mulutnya dengan aiskrim tersebut.

" I declare WAR!" jeritnya dalam bilik. Nasib baik dah tutup pintu dengan tingkap kalau tak malu dia dengan jiran jiran jerit sorang sorang.

_skip_

Klak!

Seraya mendengar bunyi pintu dibuka, Ayaz terus mengalihkan badannya bertentangan dari arah pintu. Tau lah dia yang Izara dah balik.

Dia mula mengerutkan muka apabila tidak ditegur oleh Izara. Lupa pulak yang Izara bukan jenis tegur orang dulu. Dia mengeluh.

Tiba tiba seseorang menarik mukanya menghadap ke depan. Wajah cantik Izara menyinggah kornea matanya. Gadis itu meletakkan tangannya di dahi dan turun ke lehernya pula. Air liur ditelan.

"Kau dah sihat." kata Izara lalu mengusap kepalanya perlahan sebelum terus naik ke bilik.

Ayaz masih lagi terkaku dengan tindakan Izara tadi. Lama lama dia mula sedarkan diri dan mukanya mula membahang. Badan dijatuhkan ketepi dengan tangan menekup muka.

"Damn. You make me blushing so easily, love." ujar Ayaz sambil tersenyum simpul. Senyumannya tiba tiba mati. "But the war still has to go on!"

✯✯✯✯✯

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now