🌸The Beginning of the Fall🌸
.
.
.
.
.🌸🌸🌸
Kedengaran suara tangisan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah bilik kosong di rumah agam itu.
"Jinnie!"
Kanak-kanak itu menoleh dan memandang wanita yang memanggilnya itu dan sambung menangis.
"Eomma"
Nayoung cepat-cepat memeluk anaknya itu lalu mengusap lembut belakang badan Seokjin.
"Appa buat apa pada kamu sampai dia kurung kamu, Jinnie?" Soal Nayoung selepas melepaskan pelukannya itu dan memandang sayu pada Seokjin.
"Appa kata Jin kena duduk dalam bilik nie seminggu sebab Jin dapat no.2 dalam kelas" jawab Seokjin sambil mengelap airmatanya.
Wanita itu tersenyum sayu lalu mengusap rambut anaknya itu
Nayoung berasa sedih dengan nasib anaknya.'Kalaulah aku berkuasa dalam rumah nie. Dah lama aku halang Sohyun' Bisik hati Nayoung.
"Umm, Eomma"
"Ya. Jin. Kamu nak sesuatu ker? Kamu nak makan? Eomma boleh bawakan untuk kamu"
Seokjin menggeleng kepalanya membuatkan Nayoung bingung.
"Taehyung dengan Taerin tengah buat apa sekarang? Appa tak apa-apakan diorang, kan?" Soal Seokjin.
Nayoung dapat lihat betapa gelisahnya Seokjin tentang keadaan adik-adiknya.
"Jangan risau. Mereka selamat dengan Eomma. Kamu tunggu sini. Nanti Eomma datang bawa makanan untuk kamu"
Selepas kanak-kanak itu mengangguk kepalanya, Nayoung tersenyum dan keluar dari bilik itu.
Seminggu pun berlalu, Seokjin seronok bermain dengan adik-adik kembarnya sambil diperhati oleh Nayoung.
"Nayoung. Saya..."
"Diam, Hyun. Saya tak nak cakap dengan awak selagi awak tak ubah layanan awak dekat anak-anak kita" kata Nayoung tanpa memandang Sohyun.
"Tapi saya buat semua tu untuk didik Seokjin. Nanti bila dia dah dewasa dia akan ganti tempat saya dekat syarikat tu"
"Apa yang akan jadi dekat Seokjin kalau awak didik dia seteruk macam tu"
"Saya nak dia jadi kuat macam saya. Awak pon tahu kan macam mana ayah saya didik saya dulu. Tengok diri saya yang sekarang. Saya jadi kuat, berkaliber, dan paling penting kebijaksanaan dalam kerjaya saya"
Nayoung memandang tidak puas hati pada suaminya itu.
"Dan saya akan didik Seokjin sama macam mana appa didik saya dulu"
Lalu, lelaki itu pergi tanpa menghiraukan pandangan Nayoung.
Nayoung pun melepaskan keluhannya.
--------
"Hyung, cepat la kejar kitaorang!" Teriak Taehyung pada Seokjin dengan senyuman pada wajahnya lalu berlari dari situ.
YOU ARE READING
CRUSH [ BTS ]
Fanfiction[Slow Burn] Mengisahkan Min Yoonji iaitu satu-satunya adik perempuan kepada Min Yoongi bersahabat dengan pasangan kembar iaitu Park Jimin dan Park Jiae sejak kecil. Mereka bertiga sentiasa bersama sejak dari tadika ke sekolah menengah sehingga Yoong...