Cerita Cinta 1

3 0 0
                                    

Dia diam. Aku diam. Dia pandang aku, aku pandang dia. Bila nak habis daaa...
Sunyi. Sampai bunyi angin aircond pun boleh dengar. Sebabnya kafe tu lengang betul walaupun jam baru pukul 8 malam. Selalunya malam minggu ni penuh orang. Harini macam dah kena sewa pula. Musykil aku dibuatnya. Aku dahlah sejenis yang suka bercakap. Sunyi - sunyi ni rasa macam dekat tanah perkuburan ye. Aku berdehem.

"Erm awak."

"ya?!"

"Ada apa nak jumpa saya ni?"

"ahh... Saya seganlah nak cakap. Tak tahu nak mula dari mana." dia menggaru kepalanya sambil tersenyum.

Senyuman dia tu, mahal betul. Susah nak tengok dia senyum kalau kat tempat kerja tu.

"Awak malu ke keluar dengan saya?"

"Hah??"

Dia menggelengkan kepalanya. Aku cukup pantang dengan orang yang lembab nak bercakap. Tapi dengan dia ni macam semuanya nampak elok. Ntah apa yang merasuki ku.

"I love you. Marry me."

Giliran aku pula yang tercengang dan terdiam. Gila betul mamat ni. Kenal tak sampai setahun. Lebih tepat 6 bulan je.

6 bulan sebelum...

"Aku dengar ada pekerja baru nak masuk."

Syafi si tukang gosip dah masuk line. Aku dengar je, tak tahu nak sampuk sebab aku baru je dua minggu kerja. Si Syafi ni pun sebab dia terlebih ramah dia ajak aku join bebudak pejabat ni. Syawaina yang baru nak menyuap nasi lemak menambah.

"Bukan pekerjalah. Lebih tepat, manager baru." lepastu dia kepedasan. Menghilangkan diri pergi ambil botol air viral dia la tu.

"Aah. Dengarnya anak buah bos besar." Farhani bahagian akauntan menyampuk. Adelah dan Madhilah mengiyakan sambil menghabiskan makanan diorang. Syafira dari bahagian kewangan, datang menghampiri.

"Kacak orangnya, memang taste aku." Syafira tersengih. Aku cuma pandang je muka diorang masing-masing. Makanan aku pun dah habis. Tunggu diorang ni habis bercerita memang lambatlah. Biasalah gosip dulu.

"Macam mana kau tahu?" Syawaina yang dah hilang pedas datang semula join kitaorang.

"Aku ada meeting dengan atasan masa aku work from home." Syafira menghabiskan suapan terakhir. Dia beredar selepas mendapat panggilan daripada ketua jabatannya.

Kami kembali bekerja seperti biasa.

5 bulan sebelum...

"Siapa kat sini nama dia Myra Musri?".

Aku berhenti melakukan kerja aku. Aku pun tengok sekeliling. Mencari siapa yang panggil aku. Terpacak satu mamat yang muka garang gila macam singa lapar. Aku pun angkat tangan macam nak jawab soalan dalam kelas. Syawaina dah pucat macam dia pula yang bakal kena marah.

"Ikut saya." mamat tu mengarah.

"Taknak." aku menggeleng.

Aku tenung mata mamat tu dalam-dalam. Dia menundukkan pandangan. Nasuha si setiausaha, tiba-tiba datang. Menggelabah member aku tengok.

"Tuan. Maaf, dia mungkin belum kenal tuan."

Ah. Aku macam kena petir ye kat situ. Ini mungkin manager baru tu. Padanlah aku tengok semacam je. Selama ni mana pernah aku nampak muka dia secara jelas. Tepat-tepat pukul lima aku dah cabut. Nak masuk pejabat dia pun buat apa, sebab aku bahagian IT. Dia pun selalu takde dalam pejabat.

"Takpa. Follow me. I want to discuss something with you." dia mengarah.

Ringan je kaki aku ikut dia. Hari terasa macam kena sumpahan. Syawaina aku jeling meminta penjelasan. Kenapalah dia tak pernah tunjuk siapa boss baru tu. Sharelah gambar ke apa kan. Aku mengurut dahi.

3 bulan sebelum...

" Tahniah. Your idea was brilliant. I'm proud of you." dia menghulurkan sejambak bunga. Harum baunya.

"Takpayah puji lebih-lebihlah, Tuan. Saya bantu sikit je. Selebihnya team tuan yang power." aku tersenyum lebar. Sapa yang tak suka dipuji.

"Jom saya belanja makan?"

"Takpalah, tuan. Saya dah janji dengan Syawaina. Nak teman dia beli barang kahwin." aku menolak sopan.

Riak wajah dia kecewa tapi aku dah terjanji. Takkan nak khianati. Mahu si Syawaina tu merajuk setahun.

"Oh. Erm...okay-okay saya faham. Nanti ada waktu saya ajak makan, jangan tolak ya?"

Aku diam tanpa ingin memberi jawapan. Dia hantarkan aku balik, Syawaina dah terjenguk-jenguk. Dia baru panaskan enjin kereta rasanya tu.

"Macam mana date dengan anak buah bos tu?" dia menyakat.

"Gila. Aku terlibat dengan projek dia je. Tu yang nampak rapat. Kalau tak bye-bye la nak tegur ke apa." aku tersenyum mengingat wajahnya.

Back to reality...

"Awak tak sudi ke?"

"Awak rasa?"

"Saya tak sempurna. tapi dengan seluruh daya saya akan cuba sediakan semuanya dan bahagiakan awak. " tulus dia mengucapkan.

"saya terima." aku tersenyum. Kotak cincin dihulur.
...

"Semoga kebahagian milik kita. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERITAKUWhere stories live. Discover now