BAB 34

55 7 1
                                    

"TAK lama lagi meriahlah kampung ni kalau kamu balik. Sekarang seorang diri, tak lama lagi berdua pula ya? Tak sabar nak dapat cucu menantu seorang."

Ayat Tok Wan seakan-akan berlegar dalam ruang fikiran Haqeem. Dia terasa serba tidak kena. Hatinya sungguh tidak keruan. Dia tidak boleh tidur mahupun termenung untuk seketika, pasti ruang fikirannya akan sibuk memikirkan babak yang satu itu untuk berulang-kalinya. Untuk kesekian kali, hatinya sekali lagi dirundung rasa kecewa yang begitu mendalam.

"Sebulan tak jumpa, alih-alih nak kahwin dengan orang lain dah. Kenapa tak ada sesiapa pun nak bagitahu aku? Tok Wan ni pun satu. Aku tahulah yang dia pun dah tahu hasrat hati aku untuk berbaik semula dengan Najihah. Tapi, tetap juga dia berkeras untuk memberitahu. Bagitahu pula secara mengejut dalam kereta." bebel Haqeem sendiri.

Haqeem merenung siling biliknya dengan lama. Dia sukar untuk menerima hakikat yang satu itu. Nak salahkan orang lain pun, tak boleh juga. Dia yang silap. Dia yang buat Najihah marah sangat. Dia yang cipta jurang antara mereka berdua.

Jadi, tidak salahlah tindakan Najihah untuk beralih arah pula kepada Haziq. Jejaka itu lebih baik dan gentle ketika melayan Najihah. Tidak kasar, bahasanya sentiasa sopan dan yang paling penting sekali adalah mereka berdua kelihatan sangat sepadan.

Haqeem bertindak bangkit dari baringannya dan menyusun langkah menuju ke meja belajar yang berterabur kertas-kertas lakaran untuk menambahbaik surau yang dirancang sejak sebulan yang lepas. Dia tiada niat lain, jauh sekali hendak mendapatkan hati Tok Wan demi Najihah.

Ingat lagi dia bagaimana Tok Wan meluahkan kebimbangannya tentang surau yang semakin uzur rupanya. Kipas pula ada beberapa buah sahaja yang berfungsi, yang lain semuanya rosak. Tidak kira lagi sejadah-sejadah yang hilang dan kerap kali kotor kerana kencing kucing.

Apabila Haqeem mendengar luahan hati Tok Wan itu, terus sahaja Haqeem menghulurkan bantuan. Dia pun pada asalnya adalah seorang graduan jurusan seni bina. Sudah lama rasanya dia tinggalkan ilmu-ilmu senibina hampir bertahun yang lalu, hanya untuk mengejar minatnya sebagai mak andam di kampung. Dia juga lebih gemar menguruskan warung keluarga berbanding berpanas di kawasan pembinaan. Tidak sanggup rasanya.

Dia ambil juga jurusan itu ketika di IPT adalah untuk menunaikan impian arwah ayahnya yang benar-benar berharap anak lelakinya menjadi arkitek. Katanya, supaya tidak susah untuk bina rumah yang baru suatu hari nanti. Tapi, jauh pula perginya. Kalau arwah ayah tahu, mesti dia kecewa.

Lalu, dengan segala kudrat dan ilmu pengetahuan yang bersarang dalam kepala ini, dia bertekad untuk membantu Tok Wan. Tidaklah banyak pun benda yang hendak dibaiki. Bumbung yang zink-nya sudah berlari tempat, dinding yang berlubang dan segala perabot surau untuk ditukar ganti. Kemudian, dia memberi cadangan untuk dinding lama itu dicat semula agar kelihatan baru dan kemas.

Pada mulanya, Haqeem dan Tok Wan hendak melabur sedikit dalam penggunaan buruh kontraktor. Namun begitu, Muaz memberi cadangan agar semua pemuda di kampung ini diajak untuk turut serta dalam proses penambahbaikan surau.

Haqeem ragu-ragu kerana pada pemikirannya, tidak semua lelaki muda suka untuk menghulurkan bantuan secara rela begitu. Mereka pun bukan suka untuk berpanas dan menyakitkan tubuh demi sesuatu yang bukan kepentingan mereka. Namun, Tok Wan cepat sahaja bersetuju dengan cadangan Muaz.

Kata Tok Wan, kampung ini ada persatuan pemuda-pemuda dimana mereka sentiasa ada untuk membantu dalam hal-hal kebajikan kampung. Malah, Tok Wan sendiri pun sering membantu pemuda-pemuda itu. Mustahillah mereka hendak mengabaikan permintaan Tok Wan kecuali jika mereka benar-benar sibuk.

Melihatkan proses penambahbaikan yang sangat lancar, laju sahaja mereka teruskan rancangan tersebut. Berkaitan dengan hal-hal pembelian zink, cat dan peralatan membina yang lain, Haqeem telah menggunapakai wang tabung surau dan duit simpanannya sendiri.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now