MMW 1

44 3 2
                                    

Seorang gadis sedang dikejar oleh beberapa orang lelaki. Tanpa mempedulikan penatnya dia yang baru sahaja pulang dari kerja. Gadis itu berlari dengan laju.

"Cik Sarah!! Jangan lari!!" jerit seorang lelaki.

"Pergilah! Saya tak ada kena mengena dengan korang semua!" balas gadis yang bernama Sarah itu.

"Maaf Cik Sarah, tetapi cik kena ikut juga kami." jerit lelaki itu lagi.

"I don't care!" Sarah melajukan lagi lariannya.

Tiba tiba muncul sebuah kereta Aston Martin berwarna hitam di hadapannya. Dia terpaksa menghentikan lariannya tadi.

"Kereta siapa pula ni? Kacau lah!" gumam Sarah sambil memandang kesal kepada kereta itu.

Pintu kereta dibuka lalu keluar daripada kereta itu. Seorang lelaki berjalan ke arah Sarah dan mendekatinya.

"Hi Sarah Felycia.."

Mata ungu itu menatap tajam ke arahnya. Muka dinginnya membuatkan Sarah berasa merinding sedikit.

Dia kenal lelaki itu. Evan Vincenzo, orang yang dia tidak ingin temui lagi. Siapa sangka? Orang itu ada dihadapannya sekarang.

"Miss me?"

"Awak nak apa ha?! Saya tak kenal awak, kenapa kacau hidup saya!" Tanpa menjawap soalan daripada Evan, Sarah memarahi lelaki itu.

"You know why, right? Why you still asking me hm?" Dengan wajah tak berperasaan nya dia menatap selamba kepada Sarah yang kesal dengan dirinya.

"Dahlah! Sampai bila bila pun saya tak akan SETUJU!" ujar Sarah.

Evan menarik tangan Sarah dengan kuat hingga gadis itu terdorong ke arahnya dan tanpa sedar jarak antara mereka dekat.

"Hm what? Ulang balik apa yang kau
cakap."

Suara husky itu terdengar berbisik di telinganya. Sarah mendongak sedikit ke atas dan menatap wajah lelaki itu.

"Lepaskan." Sarah menolak badan Evan supaya jarak mereka menjauh tetapi lelaki itu menarik pinggang nya dan merapatkan lagi jarak antara mereka.

"I'm tired, Evan Vincenzo. Lepaskan saya, please?" pinta Sarah kepada Evan.

"Hmm.. masuk!" arah Evan.

"Ha?"

Evan mengeluh kecil. "Masuk dalam kereta aku sekarang." ujar Evan.

Namun, gadis itu menggeleng kan kepalanya. Evan mengetap rahangnya.

"Masuk sekarang." Evan yang sedaya upaya menahan rasa geramnya. Dia tidak ingin berkasar dengan gadis itu.

"K fine!" Sarah patuh. Dia masuk ke dalam kereta Aston Martin milik Evan apabila melihat wajah dingin lelaki itu.

Evan menoleh ke arah anak buahnya. "Tunggu aku kat markas." ujar Zean.

Mereka semua mengangguk faham lalu segera beredar.

Evan masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Kemudian, kereta Aston Martin miliknya meluncur laju pergi dari tempat itu.

♡♡♡

Beberapa minit kemudian, Evan tiba di hadapan rumah Sarah. Dia menoleh ke arah gadis di sebelahnya dan tersenyum sedikit memandang wajah polos Sarah yang sedang tertidur.

"Tesoro, wake up" kejut Evan.

Sarah terbangun dari tidurnya dan kepalanya tak sengaja terhantuk di hidung Evan. Wajah lelaki itu terlalu rapat dengannya.

You'll also like

          

"Eh! I'm sorry" ujar Sarah. Dia merasa bersalah apabila hidung lelaki itu merah kerana ulahnya.

"It's okay. Kita dah sampai rumah kau." Evan menjauhkan dirinya daripada gadis itu. Dia membuka pintu keretanya dan juga pintu kereta disebelahnya.

Sarah keluar daripada kereta milik Evan. "Thank you." ujar Sarah.

Evan mengangguk.

"Aku pergi dulu. Take care, tesoro." Evan pergi setelah Sarah masuk ke dalam runah dengan selamat. Keretanya meluncur pergi dari kawasan perumahan itu.

Selepas beberapa minit di dalam kereta, akhirnya Evan telah tiba di markasnya.

"Petang, Tuan Evan." ucap anak buahnya.

Evan mengangguk. "semua ikut aku masuk sekarang." ujar Evan.

"Baik tuan."

Evan mengatur langkah ke dalam ruangan itu di ikuti oleh semua anak buahnya.

"Tahu tak kenapa aku panggil semua ke sini?" soal Evan.

Semua menggeleng. Mereka menunduk apabila mata biru Evan menatap tajam ke arah mereka.

"Ak–"

BLAM!!

Evan menarik nafas dalam lalu menoleh ke arah pintu yang dihempas kuat itu.

Orang itu tersengih tak bersalah. "Hehe.. I'm late, sorry."

"Demir Idriss." Evan mencerlung tajam ke arah lelaki itu.

"Chill bro.. aku tak buat dah, tak sengaja tadi." ujar Demir lalu menepuk perlahan bahu rakannya itu.

"Tch!" Evan menepis tangan Demir.

Demir tersengih. "Sambunglah apa yang korang bincang tadi." Demir duduk di salah satu kerusi yang disediakan di dalam ruangan itu.

"Aku nak korang perhatikan group black eagle. Sekarang group tu dah mula cari masalah dengan group yang lain." ujar Evan.

"So! Aku nak semua berjaga jaga jangan sampai ada masalah. Kalau ada apa-apa terjadi, terus bagitahu aku." ujar Evan lagi.

"Faham?!"

"Faham Tuan!"

Evan mengangguk. "Baiklah, semua dah boleh bersurai. Pergi buat kerja sana."

"Baiklah!" Anak buah Evan beransur ansur beredar dari ruangan itu. Hanya tinggal Evan dan Demir.

Demir menoleh ke arah lelaki itu. "So?"

"Apa?" soal Evan.

"How about that girl?"

"I don't know."

"Seriously bro? Takkan tak ada apa-apa perkembangan lagi?" soal Demir.

Evan mengeluh berat. "Dia tak nak. Aku pun malas nak paksa dia lagi."

"But.. 2 months bro! Kau kejar dia. Nak give up macam tu je ke?" Demir mengangkat kening sebelahnya.

"Dah dia tak nak! Aku nak buat macam mana lagi?" Evan menatap malas wajah lelaki itu.

"Kalau kau tak nak tak apa. Bagi aku je lah." ujar Demir lalu tersengih apabila memandang wajah Evan yang sedang menahan amarahnya.

"Pergi mampus." Evan meninggalkan lelaki itu diruangan tadi dan dia segera menuju ke ruangan peribadi nya sendiri.

Evan rebah di atas sofa dan menatap kosong ke arah gambar seseorang.

'Uncle.. Evan tak tahu nak buat apa lagi.' kata hati Evan. Dia masih menatap gambar itu lalu memejamkan mata nya.


♡♡♡

Sarah terbangun dari tidurnya lalu menuju ke bilik air dan membersihkan dirinya.

Selepas selesai, dia keluar dari bilik dan mengatur langkah ke dapurnya. Sarah membuka peti sejuk untuk memeriksa lauk yang boleh dia masak untuk makan malam.

"Masak simple jela hari ni. Nak masak lebih-lebih siapa yang nak ikut aku makan kan?" Sarah membersihkan ayam yang masih mentah itu di singki.

Selepas itu, dia pun masak semua lauk yang dia nak dan makan seorang diri di dapur. Lain kali orang dah ajak kahwin jangan tolak! Tak adalah kena makan sensorang.






Thankyou yang dah baca and yang vote🦋.

Happy reading!🥺💗

MR MAFIA'S WIFEWhere stories live. Discover now