PHD|19

107 7 67
                                    

Berkunjunglah ke jantungku bukan sebagai tetamu, tetapi sebagai pemilik rumah, sebab di sana kau yang akan tinggal selamanya.

•19•







KERETA yang tadinya meluncur di atas jalan raya selama tiga jam, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah keluarga Puan Sri Raihana. Qiyara melepaskan nafas berat. Sudahlah sepanjang dalam perjalanan tadi, mereka berdua hanya bertemankan suara penyampai radio, selebihnya ditemani dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Itupun, Daliya tiada. Katanya, Daliya sudah berangkat bersama Puan Sri Raihana dan Encik Ghaffar serta Irasyh. Tempah maut ajak aku ikut dia balik kampung, padahal dia boleh aje ikut yang lain.

"Jom keluar, Qiya. Kita dah sampai." enjin kereta ditutup. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya kepada Qiyara yang sedang berpaling ke luar tingkap. Ini meriah kalah majlis hari persaraan pengetua dekat sekolah aku dulu. Makin berdebar jantung aku. Kalau disoal dengan saudara-mara Adeel, apa yang aku nak jawab? Macam mana kalau semuanya mulut laser?

"Kau tak nak turun ke?"

Qiyara kerut dahi. Bukan main banyak kereta tersusun di halaman rumah itu membuatkan jantungnya berdegup laju. Macam manalah dia nak menghadap semua saudara-mara duda sewel ni? Hadap duda sewel ni seorang pun nak meletup kepala, apatah lagi yang lain?

"Ramainya..."

"Ramailah. Ada saudara-mara aku. Semua tengah sibuk siapkan persiapan untuk majlis esok." ujar Adeel.

"Saya malulah, Adeel. Nanti apa pulaklah saudara-mara awak cakap. Diaorang bukannya kenal saya ni siapa pun." kata Qiyara. Wajah Adeel dipandang dengan perasaan yang kurang senang. Tidak sangguplah aku nak berhadapan dengan keturunan sewel ni.

"Kita berdua dah sampai sini, Qiyara. Keluar ajelah."

"Adeel, saya ni orang luar. Tak ada kaitan langsung dengan keluarga awak ni, tahu tak? Nanti apa pulak saudara-mara awak cakap nanti. Saya ni pengasuh Liya bukannya siapa-siapa pun." balas Qiyara. Dia hembus nafas berat sekali lagi. Kereta-kereta yang tersusun di luar itu kembali dipandang. Risau, keluarga Adeel ramai. Aku pula tiba-tiba ada disini semata-mata mengasuh Daliya.

"Kau tak payahlah nak kesah pasal orang lain. Kau bekerja, bukannya menggatal dengan aku." kata Adeel. Namun, saat dia membuka pintu, dia kembali menatap wajah Qiyara yang kurang senang.

"Kalau kau takut sangat nak mengaku yang kau tu pengasuh Liya, kau cakap yang kau tu isteri aku." ujar Adeel. Lalu, dia terus keluar daripada perut kereta meninggalkan Qiyara yang sudah terpinga-pinga mendengarnya. Qiyara menjuih bibir.

"Pleaselah, cakap aku ni isteri dia? Gila ke apa?" bisik Qiyara sendirian. Kemudian, dia keluar dari perut kereta selepas membuka daun pintu kereta. Dia berjalan merapati Adeel dan mencapai beg bagasinya. Setelah membawa keluar beg bagasi, dia menunggu Adeel untuk berjalan sama. Mahu melangkah masuk ke dalam rumah itu bersama-sama.

"Qiyara..." panggilnya. Qiyara yang berdiri disebelahnya dipandang lama. Pintu boot kereta ditutup rapat sebelum dia berjalan merapati Qiyara.

"Aku tahu kau perlukan masa untuk fikirkan jawapan." ujar Adeel. Anak mata Qiyara ditikam dalam-dalam. Menghantar maksud tersirat yang membuatkan Qiyara tertanya-tanya apakah maksudnya yang sebenar.

"Tapi aku akan pastikan yang kau terima lamaran aku." sambungnya. Qiyara yang mendengar sudah terpempan.

"Apa maksud awak?" soal Qiyara tidak mengerti.

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now