"Kalau tak cinta, kenapa encik ajak saya kahwin?"soal aku.
Ketawa Eirwen terhenti.
Betul. Kalau bukan kerana cinta, kenapa aku mahu berkahwin dengan dia? Wujudkah cinta dalam hati aku untuk dia? Desis hati Eirwen.
Aku masih menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
Bagaimana mahu berkahwin jika tiada cinta? Dapatkah sesuatu perkahwinan itu bahagia tanpa ada rasa cinta?
"Bukan ke aku dah cakap kat kau? Ayah kau dah amanahkan aku untuk jaga kau."Eirwen bersuara.
Aku memandang wajah lelaki itu. Betul katanya, arwah ayah sudah amanahkan Eirwen untuk menjaga aku. Tetapi, itu tidak bermaksud dengan berkahwin.
"Kalau nak jaga, jaga je lah. Perlu ke berkahwin?"
Eirwen terdiam.
Beberapa saat kemudian, dia berdiri. Aku memandangnya.
"Sudah-sudah lah cakap tentang ini. Aku nak naik tidur. Jangan stay up lama-lama sangat."ujar Eirwen lalu pergi meninggalkan aku sendirian di balkoni rumah itu.
Aku mendengus.
Kenapa perlu mengelak daripada menjawab pertanyaan aku? Susah ke mahu menjawab mengapa dia mahu berkahwin dengan aku? Setiap perkara yang dia mahu lakukan, pasti ada sebabnya. Dan sekarang ini aku perlu tahu sebab mengapa dia mahu menjadikan aku seorang isteri.
Aku tertanya.
^^^
"Naura aku penat lah, gila!"jerit aku di pagi hari yang tenang.
Pada mulanya memang tenang, tetapi sudah berubah menjadi kelam-kabut sebaik sahaja Naura mula menarik aku keluar dari bilik tidur.
"Kau panggil aku gila? Kau itu yang gila! Hari ini ada appoinment, yang kau pergi tambah tahi mata tu dah kenapa?!"marah Naura.
Aku mengeluh.
Memang orang dalam rumah ini tak boleh tengok aku hidup tenang ke? Kenapa kena ada appoinment di hari cuti? Aku nak tidurlah. Mengantuk!
"Jangan lah tarik aku macam ni! Apa masalah kau? Terkoyak baju aku nanti! Naura!"marah aku pula.
Aku pun boleh naik angin tau kalau asyik kena paksa begini. Suka sangat main tarik-tarik baju orang.
"Fine, aku lepas!"Naura melepaskan pegangannya. Kedua-dua tangannya dinaikkan ke atas tanda menyerah.
Aku menarik nafas yang dalam. Kedudukan baju aku dibetulkan.
"Sabar boleh tak? Bagi aku mandi kejap. Lepastu kita pergi."ujar aku.
"Mandi cepat sikit."balas Naura.
"Tahu lah!"
Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik tidur aku semula untuk membersihkan diri dan bersiap untuk berjumpa dengan doktor Amar dan Anas.
^^^
"Kenapa nampak moody je hari ini?"soal Amar, hairan dengan tingkah pesakitnya.
Eirlys yang sedang duduk di atas kerusi tidak menjawab pertanyaan Amar.
"Biasalah tu...kalau kena heret macam tu, siapa je tak moody."balas Naura yang berada di situ.
Amar tergelak kecil mendengar jawapan Naura. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya pada Eirwen yang turut berada di situ.
"Kalau Lys yang moody, aku tak kisah. Yang kau pun ikut sekali moody ni dah kenapa, Eir?"soal Amar.
Eirwen tersentak saat namanya disebut.
YOU ARE READING
Sambut Aku Dalam DakapanMu
Romance🌌Sambut Aku Dalam DakapanMu🌌 "Since the first day I met you, I wish I can hold you in my arms." - Eirwen. "Saya cintakan encik! Encik saya punya seorang! Saya taknak hilang encik!" - Eirlys. "He is already 30! He should think about himself! Get ma...