Irwan hanya diam sambil memandang wajah sahabat lamanya Amar. Betul lah apa Yang orang lain kata..
'Semakin kita meningkat dewasa, kita akan memulakan kehidupan kita sendiri.. tapi dalam tak sedar, kita juga akan meninggalkan sahabat kita.'
"kau sihat wan? dah Lama aku tak nampak kau. ialah, lepas spm terus kau bawa diri pergi belajar. aku pun tak sempat nak tengok kau masatu.." kata Amar. tongkat masih setia ditangan.
"aku minta maaf amar. aku tinggalkan kau. Kalau aku tak belajar jauh-jauh, aku rasa kau tak akan macam ni. Kata je kawan Mar.. tapi sikit pun aku tak tahu pasal kau. Aku minta maaf.. " luah Irwan.
"Apa pula kau cakap macam itu Wan. Dah ini takdir aku Wan. aku redha. Alhamdulillah aku happy sekarang ni. Ada ibu Yang sayangkan aku, walaupun aku macam ni. Ada adik Yang sanggup bersusah payah untuk aku. " terang Amar.
"Kau tak nak buat operation? pulihkan balik mata kau?" soal Irwan.
"Entah. Tak pernah fikir pula aku. Lagipun kan Wan, aku taknak susahkan adik aku lagi. " kata Amar.
"Siapa cakap along susahkan adik?! along tak pernah susahkan adik along. Kita buat operation eh along?" kata Rose Yang tiba-tiba datang. Dipegang tangan Amar dengan harapan lelaki itu akan mengikuti cadangannya. lantaklah aku duduk dekat rumput sekalipun!
"Adik.. janganlah macam ni. Along kan sudah cakap dengan adik, along taknak.."
"Tak ada istilah susahkan sesiapa pun along. Along pegang muka adik ni!" arah Rose. terus dia meletakkan tangan Amar ke wajahnya.
"Along taknak ke tengok muka adik Yang cantik ni? tengok keindahan ciptaan Tuhan untuk kali kedua. Kita buat eh long? " kata Rose dengan penuh Harapan. Air mata yang berguguran dibiarkan begitu saja.
Amar berfikir. siapa aje Yang tidak ingin melihat semula. Tipu lah kalau dia tidak pernah memikirkan ingin memiliki kehidupan Yang sempurna seperti dulu. melihat muka adiknya. menatap muka ibunya.
"Along setuju." kata Amar lalu mengusap kepala Rose lembut.
"tapi macam mana nak dapatkan duit?" ujar Amar lagi.
"Senang kacang aje Along! Nanti adik pinjam Ah long ke? tak pun adik jual ajelah ginjal adik dekat luar negara. banyak duit! "
Pap!
"Sakitlah along! tangan dah lah macam gergasi! " marah Rose. Sampai hati dia pukul aku! sakit pula tu!
"buatlah idea merepek tu lagi. Kalau adik cakap macam tu lagi Along ikat adik dekat rumah!" cadang Amar.
"orang gurau ajelah. kang tak pasal-pasal nanti jiran kita ingat kita buat Chinese new year pula! sebab ada cat warna merah!" gurau Rose.
"main-main? " kata Amar. nak aje aku hentuk kepala adik aku ni satu kali!
"lagi satu, adik sayanglah buah pingang adik ni. tapi kalau Demi along.. semua benda dekat dunia ni pun adik sanggup buat." kata Rose sambil memeluk Amar.
Irwan memandang ke langit.
"Awak nangis eh?!" tempelak Rose.
"siapa? Irwan nangis? serious lah bro? baru tengok drama tak berbayar dah nangis." perli Amar.
"mana adalah! " bantah Irwan. Air mata ni pun satu! memang nak kena dengan aku air mata ni!
"tipu along! Itu hah! dia dah kesat dah air mata tu.." kata Rose.
"sudah lah. along nak masuk."
"jom along. Tinggalkan budak cengeng ni! tak tahu malu. " perli Rose lagi. dalam perjalanan untuk masuk kedalam rumah. sempat dia memberi isyarat kepada Irwan.
"saya masih marah! ingat tu! " kata Rose. terkumat-kamit mulutnya. Jangan biarkan alongnya tahu.
"marah lagi?!"
Rose Dan Amar terserempak dengan Allysha dengan Daiyan Yang masing-masing membawa air Dan biskut. ialah tadikan Amar cakap dia nak duduk luar, ummi pun suruh bawa pergi luar air ni semua.
"nak masuk ke?" soal Allysha. Rose mengangguk.
"Rose aku nak cakap dengan kau sikit. Abang Amar? Allysha pinjam Adik abang sekejap. abang jangan risau sebab ada Daiyan. Abang nak masuk kan?. " soal Allysha. Kali ini Amar pula mengangguk. Tapi siapa Daiyan?
"tolong bawakan Abang Amar eh.." kata Rose. Daiyan mengangguk.
"jom kita duduk kat pondok sana. Sebab angah ada dekat buai." Arah Rose. Baru dia tahu macam mana rasanya bila perempuan merajuk. rasakan!
terus mereka bergerak ke pondok.
"why? nak spent time dengan aku ke?" soal Rose.
"Banyak kau punya spent time! aku nak cakap sikit. Betul ke Daiyan tu jodoh aku?"
"wow. hebatnya kamu. Yang kau Tanya aku apasal?! Tanya hati kau sendiri. Tanya hati kau.. betul ke Daiyan itu anugerah Yang Allah kirimkan untuk kau.. macam ustazah tak? dah boleh buat quotes tak?" Tanya Rose.
"aku Tanya ni kau jawab ajelah! kau rasa dia suka aku tak?!" bengang Allysha. Banyak cakap pula dia ni! jawab ajelah bila orang dah Tanya tu!
"Aku percaya, dia betul-betul sayang Dan cintakan kau. Bukalah mata kau sha! Daiyan adalah imam Yang Allah kirimkan untuk kau! believe me.." kata Rose dengan penuh yakin.
"Imam untuk aku konon. okeylah aku boleh terima, tapi kau? still marahkan angah kan? Bukalah mata kau nani! Angah adalah imam Yang Allah kirimkan untuk kau! " perli Allysha.
"perli aku? bertukar panggilan nampak?"
"Angah nak cakap dengan Nani sekejap." kata Irwan Yang datang tiba-tiba.
"Aku.."
"Allysha!! tolong ummi sekejap. pergi kedai!! " jerit Puan Zainab. nampak tak masuk disitu.
"aku pergi dulu.. " terus Allysha melarikan diri Dan terus menuju ke pintu dapur. Aikk? mana ummi?
"cari saya ke? "
Allysha mencebik. Jalan sini ada dia, kalau jalan sana pun ada dia. Betul-betul jodoh ni! shshshshshshs
"jangan nak perasan, saya cari ummi. bukan awak. perah santan! "
"saya tak pernah perah santan.." kata Daiyan. Allysha membuat muka. Kes tak faham bahasa ke apa eh? perah santan tu maksudnya perasan lah! hishh!
"adik? ingatkan dekat depan. tolong ummi belikan pencuci mulut. Ummi malas nak buat. beli kan eh?" kata Puan Zainab lembut. saja lah tu nak hasut fikiran aku untuk pergi.
"duit? "
"bertuah punya anak! duit adik kan ada! inilah budak zaman sekarang! dah kerja tapi masih harapkan duit mak ayah! apa nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang. Ummi dulu-dulu.."
"stop! okey fine guna duit adik. Orang gurau ajelah ummi. emosi tak terkawal betul!" kata Allysha. nasib sempat berhentikan bebelan umminya. kalau tak.. mahu sampai magrib!
"eh daiyan. Hah ajak Daiyan sekali. lagi bagus. kamu tu anak Dara.. tak elok.. "
"okey ummi. Adik bawa daiyan.." Potong Allysha. Ummi ni sejak akhir-akhir ni asik nak membebel aje. makan bontot ayam lah tu.
"berangan apa? perli ummi dalam hati lah tu. pergi sekarang. ummi nak bual dengan makcik wardah sekejap.." terang Puan Zainab.
"membawang lah tu." duga Allysha.
"dasar anak derha-"
"sayang ummi! bye Assalamualaikum!! " terus Allysha berlari ke pintu hadapan. kalau macam ni lah setiap hari, mahu kurus kering aku jawabnya!
YOU ARE READING
Bidadari Syurga En.Dudaⓒ
RomanceKehidupan Muhammad Daiyan Haider yang berubah sekelip mata apabila dia memeluk agama Islam. Dibenci Oleh ibu sendiri dan juga Isteri tercinta amatlah perit untuk dirinya sendiri. Tetapi bukan Ayahnya sendiri. Agama anaknya bertukar? Jeon jungkook a...