"Kenapa tak suruh Vincent je yang tolong belikan?"

"Tuan Muda macam lah tak kenal Mak Rinah tu. Risau kalau Vincent tersalah beli lagi." Jawab Ira.

Vincent merupakan salah seorang anak buah Rayden Arrayan juga. Dia sepatutnya ditugaskan untuk membantu membeli barangan masak. Tetapi hanya sekali, hari selanjutnya Mak Rinah sendiri yang keluar membeli. Punca kerana dia tersalah beli bahan yang dipesan Mak Rinah. Habis bising Mak Rinah satu dapur.

'SATU DUA AKU TAK HERAN! BERATUS RATUS!' Agitchueww..

"Tuan Muda dengan Puan Muda ada nak air? Saya boleh buatkan sekarang."

Pantas Ariesha menggeleng. Rasanya tekak dia pun tak terasa nak minum. Rayden hanya diam. Dia hanya ikut isterinya saja.

"Kami naik dulu lah." Ariesha meminta diri. Baru satu langkah ingin naik satu anak tangga tiba-tiba..

"Eh jangan mengada naik tangga. Ikut lift. Kaki sayang tu sakit lagi."

Ariesha mencebikkan bibirnya. Haih mula lah bebel. 'Orang dah sembuhlah!'

"I'm listening my dear.." meleret suara Rayden.

"Fine!" Rayden menyembunyikan senyumannya. Banyak celoteh isterinya satu ini. Geget karang!

"Jom."

"Jom pergi mana?"

"Mandi sama sama."

PAP!

"Adoii sayangg. Sakitt.." adu Rayden. Dahi nya yang terkena balingan padu dari si isterinya diusap perlahan.

"Mengada! Baru bantal. Kalau batu?"

"Tch. Nak jadi isteri derhaka pada suami ke? Masuk api ne-"

"Rayden Arrayan bin Tan Sri Armand..." mulalah tu nak guna kuasa veto sebagai suami.

"Hehe nyomell nye dia sebut nama panjang kiteeee.." sengaja Rayden menyakat isterinya.

"Tch abang! Pergi mandilah!" Sebal Ariesha dibuatnya. Encik husby ni kalau sehari tak mengusik memang tak sah kan? Nasib sayang!

"Jom lah sayang.. mandi sesama jom. Nak abang dukung ke?" Rayden sudah berura ura ingin mencempung Ariesha. Senyuman nakal tak lekang dari bibir merahnya.

Cepat cepat Ariesha menutup mukanya dengan bantal apabila Rayden sudah mula mendekatinya.

"Takut ke hm?" Usik Rayden.

Ariesha menggelengkan kepalanya lalu dia turut menganggukkan kepalanya. Tergelak kecil Rayden dibuatnya. Hailah comel!

Perlahan-lahan Rayden menarik bantal yang menutupi muka Ariesha. Lalu dihadiahkan satu kucupan hangat di dahi gadis itu.

Seketika dunia Ariesha bagai terhenti. Jantung berdegup laju. Matanya terbuntang apabila Rayden dengan berani menciumnya.

"Sayang!" Panggil Rayden dengan separuh bisik. Ariesha terus tersedar dari lamunannya. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke arah bilik mandi. Terpacul kepala Rayden yang terjengul dari sebalik pintu.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now