Chapter 53

6.1K 218 11
                                    

Sudah masuk tiga hari semenjak kejadian yang dialami Ariesha. Mak Rinah juga telah kembali ke mansion seperti biasa. Ariesha pun sudah pulih sedikit demi sedikit.

Kaki yang masih terasa sedikit nyeri itu berjalan dengan terhinjut-hinjut menuruni anak tangga. Ruang tamu yang riuh rendah dituju.

Sampai saja dihujung anak tangga Ariesha berdiri statik dengan kepala menggeleng apabila melihat orang-orang kanan Rayden yang sibuk bergaduh mulut dengan game.

Tersengih kecil Ariesha melihat telatah jejaka-jejaka itu. Bukan dia tidak tahu perangai masing-masing. Semakin hari semakin dia kenal dengan telatah dan kebodohan semula jadi yang ada pada jejaka jejaka itu.

Selesa juga dia pada mereka semua kerana jejaka jejaka itu mudah terbuka terhadapnya. Namun yang pelik tidak pula pada orang lain.

Entah. Mungkin kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada orang yang rapat dengan mereka. Senang cerita, mungkin kerana dia sudah menjadi isteri kepada boss besar mereka. Siapa lagi?

"Hai. Seronok nampak? Bila sampai?" Ariesha mula menyapa mereka. Sekali gus untuk menghentikan perbalahan mulut diantara mereka.

Terhenti perbalahan mereka sejurus Ariesha menyapa.

"Hai Ariesha. Dalam 1 jam tadi." Jawab Zack membuatkan Ariesha mengerling jam yang tergantung di dinding.

12:15 tengah hari.

Ariesha hanya tersenyum kekok.

"Halo! Ariesha! Tengok Marker pen ni. Bodoh betul! Dah kalah tu mengaku kalah jelah. Shibal!" Sempat Qash membalas sapaan sebelum dia mengadu kesebalan nya pada Ariesha.

Tergelak kecil Ariesha dibuatnya.

"Eh helok siket! Kau yang main tipu sial. Lepastu nak salahkan aku. Hoi! Wopucitau wopuyau lan-"

Belum sempat Mark menghabiskan katanya, Haz membaling bantal sofa tepat mengena pada muka Mark.

"Carut lagi kalau nak aku sumbat terus bantal tu dalam anak tekak kau. Bodoh betul anak paus sorang ni." Bebel Haz.

"Eh bodoh! Daus bodoh daus!" Naik angin betul kalau orang main tukar tukar nama bapak ni.

"Dasar anak durhaka. Bapak sendiri dikata bodoh. Tch tch. Panas perut mak kau mengandungkan kau."

"Hoi dah dah. Tak malu ke Ariesha tengok. Tch tch. Maaf lah Ariesha. Babun babun ni memang suka buat hal." Ujar Faziq mendapat jelingan tajam dari Qash, Haz dan Mark. Zack disebelah hanya diam. Malas mahu bersuara. Makan kacang lagi bagus.

Ariesha hanya tergelak. Haih banyak kerenah. Macam ni lah setiap hari dia menghadap jejaka-jejaka itu jika suaminya ke office. Diarah kan jejaka-jejaka itu agar datang ke mansion mengawasi Ariesha.

Risau betul yang seorang itu.

"You guys dah makan?" Soal Ariesha.

"Dah!"

"Belum!"

Kata Haz dan Faziq serentak. Mana satu ni?

Dahi Ariesha berkerut mendengar.

"Erkk dah Ariesha. Tak payah hidang apa-apa tau. Kitaorang dah kenyang. Terima kasih jelah ye. You boleh duduk rehat je." Kata Faziq.

"Siapa kata I nak hidangkan korang makan? I tanya je." Tercengang muka muka jejaka itu. Ariesha hanya menahan tawanya.

"Hahahaha..I gurau jelah." Sambung Ariesha. Tak tertahan dia melihat raut tercengang mereka.

Jejaka-jejaka itu hanya mencebik.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now