•^BAB 54^•

3.4K 201 151
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Aaran memandang tajam Faris yang masih tersengih nakal. Memang macam nak minta penampar pulak jantan ni.

"Aku Faris, kawan Maira" Faris menghulurkan tangan ingin bersalaman. Tapi hanya dipalau.

Faris tak kisah. Yang penting, apa yang dia ingin sampaikan itu tercapai.

"Jadi? "

Soal Aaran selamba. Malas ingin beramah mesra dengan lelaki yang dia tidak kenali tersebut.

"Kau yakin anak yang dalam kandungan Maira yang gugur tu...opss, sorry" Faris senyum mengejek.

"Kau apahal?"

"Sorry lah brader... Kau pun garang nak mampus. Liwat karang baru tahu.  Taklah... Kau yakin ke yang anak kandungan Maira yang gugur tu anak kau? "

"Apa maksud kau ni? " Aaran mengerutkan kening.

Dah semestinyalah itu anak dia. Maira isteri dia, lepastu anak siapa lagi?

"Kau tahu tak, setiap kali kau oustation kan, dia mesti akan jumpa aku. Dia cerita lah yang kau ni dah lama tak sentuh dia, tak layan dia sebab sibuk dengan kerja. Aku pun jadilah pendengar yang setia... "

"Apa point kau sebenarnya? "

"Demi menjaga hati dan memujuk si gadis, aku pun tolonglah jadi pengganti kau. Apa orang panggil tu? Pemuas nafsu? And, yeah. Setiap kali kau pergi oustation, aku lah yang tolong semai benih untuk korang. So, sama-sama"

"Kau cakap apa ni setan?! Bukti kau mana?!! " Aaran mencengkam kolar baju Faris kuat. Faris masih setia bersedekah.

Faham kan?

Faris mengeluarkan telefonnya. Dia menunjukkan paparan skrin tersebut betul-betul pada wajah Aaran.

Gambar Maira dan Faris diatas katil tanpa seurat benang membuatkan hati Aaran berang. Bukan satu dua gambar, tapi berpuluh-puluh gambar.

Astaghfirullahalazim ...

Dia tak sanggup tengok. Amarahnya kini menjadi-jadi. Ditambah dengan apa yang Encik Shah tunjukkan bersama pengakuan pembantu rumah mereka berserta gambar Maira bersama lelaki lain diatas ranjang, memang membuatkan Aaran betul-betul ingin meraung sekarang ini.

"Tak percaya lagi ke? Aku sebenarnya ada video jugak, tu pun kalau kau nak tengoklah" ujar Faris selamba.

Aaran cepat-cepat meninggalkan Faris. Dia menaiki tangga ke wad Maira.

Pintu dibuka kasar. Maira yang baru sahaja ingin melelapkan mata memandang Aaran. Bibir mengukir senyuman manis.

"Awak... Awak datang-"

"Explain everything, Maira! " jerkah Aaran kuat. Terhinjut sedikit bahu Maira dengan jerkahan kuat Aaran.

"Explain apa? Apa maksud awak ni, saya tak faha-"

"Tak payah nak berpura-pura baiklah, perempuan! Kau yang rancang semua ni kan? Kau yang masukkan ubat tu dalam susu dan berpura-pura Anayra yang buat semua rancangan ni kan? Jawab, Maira! Aku tanya ni!! " Aaran menghentakkan tangan pada meja disebelah katil. 

Maira senyum sinis. Dia menyilangkan tangan.

"Goodboy. Pandai! So, kau dah tahu lah kan? "

"Kau memang perempuan tak guna, Maira!"

"Anayra tu yang tak guna! Kenapa semua orang sayang sangat dekat dia, hah? Umi sayang dekat dia, bekas suami aku sayang dekat dia, aku ni apa? Tunggul? Tiang ke?!!

          

Sekarang aku nak dia rasa tersisih. Biar dia rasa macam mana aku rasa selama ni. Bekas suami aku sanggup ceraikan aku semata-mata untuk perempuan tu! Aku tak faham. Aku ni tak baik ke? Aku ni tak sempurna ke?!

Selepas sahaja aku porak perandakan rumah korang, aku rasa aku dah boleh undur diri. Kerja aku dah settle. Dendam aku dah terbalas. " Maira senyum senang.

Pintu wad terkuak. Muncullah wajah yang dinanti-nantikan selama ini.

"Hey, baby"

Wajah Faris terjengul dari pintu wad. Wajah Maira terus bertukar. Senyuman sinisnya hilang.

"Macam mana you... "

"You dah bagitau ke yang anak dalam kandungan you yang gugur tu bukan anak dia? Oops, takpe takpe. I dah tolong bagitau dah"

"Faris, how dare yo-"

"Hey, little girl. You ingat I nak sangat ke kahwin dengan you? Hey, taste I bukan jenis perempuan yang dah kena tebuk tau" kata Faris sinis. Wajah Maira bertukar kegeraman.

"What do you mean Faris!! I dah bagi duit! You just kena kahwin dengan I! You dah janji!!"

"Sorrylah... I lupa nak bagitahu you satu benda sweetie. I ni bukan orang yang menepati janji. So, yeah. Duit dapat, puas pun dapat. Thank you, baby. I appreciate it" dagu Maira dipaut. Dikenyit sebelah mata sambil ketawa mengejek. Dia berlalu pergi keluar dari pintu wad.

"Faris!! No! Faris!! " laung Maira kuat.

Kalau Faris taknak kahwin dengan dia, macam mana hidup dia nanti? Keluarga dia sendiri pun dah buang dia, duit pun takde, macam mana...

Aaran sahaja harapan dia sekarang ini.

"Kau tipu aku hidup-hidup Maira. Kau tipu aku. Kau curang dengan aku, kau rosakkan rumah tangga aku, kau buat aku dengan Anayra bercerai. Kau memang dasar perempuan murahan!"
wajah Aaran bertukar kemerahan.

"Awak... Awak jangan macam ni awak... Awa-"

"Aku ceraikan kau dengan talak 3"

DUM!

Aaran melafazkan talak untuk kali kedua. Perit rasanya bila dia salah melakukan kesilapan terhadap isterinya, Anayra.

Ye, dia salah. Memang dia yang salah dalam hal ini.

"Awak jangan tinggalkan Maira, awak! Jangan buat Maira macam ni! Maira dah takde siapa-siapa selain awak, Aaran. Maira ada awak je! Mak ayah Maira buang Maira! Maira perlukan awak! Awak jangan tinggalkan Maira!! " Maira mencapai tangan Aaran lalu memeluknya erat. Dia tak sanggup lagi keseorangan. Hanya Aaran sahaja harapan yang dia ada untuk terus hidup!

Aaran laju merentap tangannya dari pelukan si bekas isteri. Rasa jijik menguasai diri apabila melihat wanita yang dia sangat sanjungi dahulu adalah seorang wanita yang tiada nilai maruah diri.

"Aku dah taknak ada apa-apa hubungan dengan kau. Mengenali kau adalah kesilapan yang besar bagi aku. Aku menyesal kenal kau! "

"No! Please forgive me! Maira dah takde siapa-siapa dah! Maira ada awak je! Tolonglah, jangan buat Maira macam ni! "

Aaran sudah tidak peduli. Dia segera keluar dari wad tersebut tanpa menoleh ke arah gerangan yang menjerit, meraung seperti orang gila dari tadi.

"Aaran!!! "



Tombol pintu dibuka perlahan-lahan. Sudah lama dia tidak masuk ke dalam bilik tersebut. Sejak hari dia menceraikan isteri kesayangannya, bilik itu langsung tidak dipandang mahupun disentuh sama sekali.

Sesak dada Aaran bila melihat ruangan bilik tersebut. Gambar kahwin mereka berdua yang terletak elok diatas meja diambil lalu dipeluk erat.

Dia kemudian terpandang satu kotak yang terletak betul-betul tengah katil tersebut. Kotak itu diambil.

Satu kad kecil yang terselit dari reben tersebut diambil dan dibaca. Tulisan Anayra.

Happy Birthday Suamiku!!

-ikhlas tulus hati, Anayra-

Dia meletakkan kad itu ke tepi sebelum dibuka isi kotak tersebut. Mahu luluh hatinya bila melihat alat uji kehamilan bersama gambar scan bayi di dalam kotak tersebut.

Tangannya terketar-ketar apabila memegang alat tersebut. Dadanya sebak, jiwanya luluh, dia merasakan hatinya seperti dicarik-carik.

Alhamdulillah, abang. Sempena hadiah hari jadi abang tahun ni, Anayra hadiahkan abang our own baby. Yes!! Our own baby! You and me!

Saya tahu, abang dah lama tunggu zuriat kita kan? Dah setahun lebih kita tunggu. Akhirnya, saya dapat juga rasa gelaran 'mummy' hehehe...

Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki selalu! Anayra sayang abang sangat-sangat!

Ya Allah... Anak aku...

Ya Allah, peritnya rasa dalam hati ni Ya Allah... Kalau lah aku boleh putarkan balik masa, aku mahu tebus segala kesilapanku selama ini.

Isteri aku, Anayra... Sayang, maaafkan abang. Abang salah. Abang silap. Abang tak percaya sayang. Abang tuduh sayang macam-macam. Abang tak dengar penjelasan sayang walau sedikit pun.

Abang minta maaf! Maafkan abang sayang. Kembalilah pada abang! Bagi abang tebus segala kesilapan abang. Abang perlukan sayang. Hanya sayang satu-satunya permaisuri yang layak bertakhta dihati abang.

Aaran meraung. Matanya sembap. Air mata tidak berhenti turun dari tadi. Rasa bersalah kian menebal.

Anak aku... Baby, tunggu daddy okey? Daddy akan dapatkan balik hak daddy. Daddy akan dapatkan mummy. Walau apa cara sekalipun.

Hanya kita sahaja.

Anayra milik Aaran Merdaad.

Anayra milik Aaran Merdaad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now