❤︎ | 29

1.4K 203 100
                                    

Happy reading guys!

----------------------------------------

Erin menatap buku di tangan budak itu dengan mata bersinar. Bukannya merasa takut, dia malah teruja melihat buku yang sangat ingin dibelinya itu ada di depan matanya. Tetapi Puan Alisa tidak mengizinkannya, katanya masih banyak buku kosong di stor. Jangan membazir.

"Orang nak tengok jap buku tu!" pinta Erin sambil tangannya bergerak menunjuk-nunjuk buku tersebut.

Budak perempuan bernama Yana itu cepat-cepat menyorokkan buku itu di belakang badannya. Dia menggeleng kepalanya laju tanda tidak membenarkan.

Namun tak lama kemudian budak itu mengerutkan dahinya seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia melihat muka Erin yang tengah cemberut. "Boleh, tapi kena bagi coklat Yana balik!" ujar budak itu sambil menaik turunkan keningnya.

Erin mempamerkan wajah nak makinya. Dengan gerakan perlahan kerana berasa tidak rela, dia menghulurkan coklatnya pada budak tak sedar diri itu.

"Bayar balik duit orang, mahal tau! Tiga belas ringgit! No sedekah sedekah ye budak!" ucap Erin dengan nada sedikit angkuh disebabkan dirinya telah berjaya mengungkap satu perkataan asing di dalam percakapannya. Tak sia-sia sehari penuh dia berlatih cakap Yes No semalam.

"Dah besar-besar pun kedekut." cibir Yana.

Budak itu memuka zip beg kecilnya untuk mengeluarkan duit.

"HEY BUDAK! BERANI KAU CURI BUKU KESAYANGAN ANAK MAK CIK!"

Dari jauh, seorang wanita yang umurnya kira-kira 40an menghampiri mereka sambil bercekak pinggang. Sesekali wanita itu tersadung ketika sedang berjalan namun raut wajahnya yang sedang marah tetap tidak berubah.

"Woi budak! Buat kerja tak baik eh?!" Jari telunjuk Erin menunjuk budak perempuan itu dengan tatapan selidik.

"Mana ada! Yana tak culi eh! Yana lampas dali budak tepi kedai tu je!" bantah budak itu tak mahu kalah. Mendengar penuturan si budak, baru Erin perasan yang dia pelat R. Tapi perkara itu tak penting sekarang ini.

"Ish kau ni budak, ayah kata kalau nak buat benda tak baik kena hati-hati! Jangan sampai kena tangkap!" ujar Erin yang berkongsi sedikit pelajaran yang diajar oleh sifunya, Encik Asyril.

Contohnya seperti dia yang pernah mengambil sekeping kerepek bawang kesukaan ibunya dua tahun lepas tetapi sampai sekarang tidak tertangkap. Erin merasa cukup bangga dengan pencapaiannya.

"KEMBALIKAN SEMULA BUKU ANAK MAK CIK!"

Erin menutup kedua belah telinga apabila mendengar jeritan wanita itu. Sudahlah jaraknya dekat sahaja dengan dirinya.

Cepat-cepat Erin ambil buku Death Note dari tangan Yana lalu diserahkan kepada wanita yang menatap bengis padanya. Padahal kan bukan dia yang salah! Budak depan dia ni hah yang bersalah!

"Kamu tu sebagai kakak kenalah tegur adik kamu ni! Main curi je barang orang lain!" Ayat wanita itu membuatkan otak bego Erin mula berkerja membuat banyak spekulasi.

Budak ni adik dia ke? Sejak bila pulak? Rasanya ibu dan ayahnya tak ada anak selain dirinya? Entah-entah... anak haram ayah?! Kalau anak haram ibu, takkanlah! Tak pernah pula ibunya beranak setelah dirinya.

"...Faham?!"

Erin tersentak apabila wanita itu memarahinya dengan kuat. Fuh, tingkat volume nya benar-benar tidak boleh dibawa main.

"Fa- eh maksud saya tak faham mak cik." jawab Erin jujur. Dia memang tak tangkap apa-apa sewaktu wanita itu membebel padanya.

Erin melirik sekilas ke arah si budak bernama Yana itu. Budak itu sedang menduduk takut dan menyorok di belakangnya. Tak guna punya budak!

Wanita itu membulatkan matanya geram mendengar balasan remaja yang dibebeli itu.

"Di mana manners kamu hah?!"

'Menes tu benda alah pulak? Aduh, janganlah guna bahasa asing dekat sini!' Erin menggerutu dalam hati.

Dia mencucuk-cucuk bahu budak perempuan itu untuk meminta pertolongan tetapi tidak mendapat apa-apa balasan.

"Lepas ni pastikan kamu jaga adik kamu elok-elok! Ajar dia mana yang baik dan mana yang buruk dengan betul!" ucap wanita itu sebelum berlalu pergi dari situ dan menuju ke arah anaknya yang tampak sedang tersedu-sedan akibat buku kesayangan dicuri.

Erin menoleh kepalanya bagi mencurahkan pula kemarahan pada budak itu. Tetapi budak itu telah pun melarikan diri dengan coklat ditangan sambil ketawa riang.

Erin menggeram marah.

"Ingat tiga belas ringgit! Urusan kita belum selesai tau budak!" ujar Erin kuat. Cih, budak tak malu tu! Tunggulah kalau mereka berjumpa lagi, dia akan tagih sekali dengan GST!

Salah satu sebab Erin tidak menyukai budak-budak disebabkan seperti sekarang inilah. Mesti dia akan terkena masalah.

Pernah sekali tu, dia yang sedang makan roti di tepi jalan tiba-tiba sahaja dimarahi dan dituduh membaling bola pada seorang pak cik ni. Padahal yang baling itu budak lelaki yang berada tak jauh darinya.

Kemudian dengan tidak bersalahnya budak lelaki itu berpura-pura mencabut-cabut rumput di situ.

Banyak betul budak-budak yang berhutang dengannya!

❤︎ ❤︎ ❤︎

Di sebuah lorong yang agak sepi dan jarang dilalui oleh orang-orang, dua lelaki berusia tujuh belas tahun saling menatap dengan tatapan sengit.

"Kau... apa yang kau rancang hah?!" Salah satu dari mereka yang mengenakan topi dengan kedudukan yang sengaja diterbalikkan itu memulakan percakapan setelah lima minit mereka senyap.

Lelaki yang satu lagi hanya membalas dengan mengangkat bahu sambil mengukir senyuman miring.

"Bercakaplah bongok! Kau tiba-tiba jadi bisu ke?!" marah si lelaki bertopi. "Aku tak tahulah apa yang kau rancang waktu kau kurung aku dekat stor tu, tapi aku akan pastikan rancangan kau tak akan berjaya!" sambungnya.

Dia menatap bengis lelaki yang dianggap sahabat di depannya itu. Cih, sahabat? Pengkhianat lebih sesuai rasanya. Kalau sahaja haritu budak kelas E bernama Khai itu tidak menemukannya, mungkin dia akan terperangkap sampai sekarang.

"Aku akan bagitahu Que!" ujarnya lagi apabila tidak mendapat balasan.

"Ck. Nampaknya tak ada cara lain selain daripada pukul kau sampai tidur panjang dekat hospital." Lelaki yang menjadi lawan bicara si lelaki bertopi itu memetikkan jarinya.

Kemudian keluarlah sekitar tiga orang lelaki berbadan tegap dari arah belakangnya dan membelasah si lelaki bertopi yang bahkan tak mampu mengelak lebih dari tiga serangan. Ketiga orang itu sangatlah ganas meremukkan tulang belulangnya hingga mati rasa. Dan akhirnya dia pingsan di situ dengan nyawa-nyawa ikan.

━━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━━

To be continued...

Girlfriend Bengap [OG]Where stories live. Discover now