Pesan Terakhir Season 2
Peringatan 📌
Untuk lebih memahami jalan cerita, anda perlu lah membaca cerita Pesan Terakhir dahulu. Kisah ini berkait rapat dengan kisah pertama.
Sinopsis
Kepahitan kisah silam cuba dilupakan, Raihana ingin keluar dari loro...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tasya, haritu ada beli air teh strawberry kan?" Raihana menyoal Tasya ketika dia bersiap ingin ke pejabat.
"Ada dekat kabinet dapur, ambik lah." Tasya membalas pertanyaan itu sambil sibuk memasukkan buku pelajaran nya dalam beg. Lagi 30 minit, kelas akan dimulakan. Itu yang dia bergegas sangat.
"Cun, akak minta satu tau." Tasya sedikit pelik dengan senyuman jahat di bibir Raihana. Lain macam sahaja wajah Raihana ketika itu.
"Akak nak buat apa teh strawberry tu?" Tasya menyoal ingin tahu.
"Misi pembalasan dendam..."
"Eh dendam apa ni? Tak cerita pun semalam." Tasya tayang wajah cemberut, Raihana tertawa kecil.
"Nantilah, petang karang akak cerita. Dah lambat ni!" Raihana bergegas melangkah keluar dari rumah, tidak sabar mahu menjayakan misinya. Tidak sia-sia dia jadi busy body dan bertanya kepada Kak Syasya melalui whatsapp tentang minuman yang tidak digemari Jayden. Tidak sangka pula Jayden anti dengan makanan yang berasaskan strawberi, pelik sungguh!
🐰🐰🐰
"Abang rapat ke dengan CEO Kiara Emas Holding tu?" Hawani menyoal Zhafran ketika sarapan pagi. Hannah sudah berangkat pergi ke sekolah nya tadi.
"Rapatlah juga, rakan bisnes kan. Kenapa tanya tiba-tiba ni?" Zhafran tayang wajah bingung dengan soalan isterinya yang sangat tiba-tiba itu.
"Raihana kerja dekat situ. Semalam Jayden pergi cakap dengan Rai, ada orang kena bunuh dekat bas stand. Mahu tak takut si Rai tu, sudahlah cerita benda tak betul. Lepastu tak nak tumpangkan Raihana pulak. Apa punya perangai lah." Zhafran tertawa kecil mendengar bebelan isterinya.
"Saya suruh Raihana pakai motor saya yang lama tu, kalau dok tersadai je dekat rumah tak guna juga." Hawani memberitahu suaminya, kesian juga dengan nasib hidup Raihana. Namun nak buat macam mana, dah itu takdir hidupnya. Hadapi sahajalah dengan sabar. Walaupun Hawani sekarang berada di Korea, namun dia masih berhubung dengan Tasya dan Raihana.
"Baguslah macam tu, kita nak tolong dari segi duit Rai memang tak nak terima. Tak nak terhutang budi kononnya. Takpelah kalau macam tu, asalkan kita bantu dia." Hawani menganggukan kepala, pinggan makan suaminya diambil dan dihantar ke dapur. Lalu dia menghantar kepergian suaminya ke pejabat.
🐰🐰🐰
"Awal sampai hari ni." Syasya menyoal Raihana yang baru tiba ke pejabat itu.
"Bawak motor kak, itu yang cepat." Raihana membalas dan tersenyum kecil, dia melabuhkan punggung di kerusinya.
"Tuan Jayden dah sampai ke?" Raihana menyoal Syasya disebelah nya.
"Lah takkan tak tahu kot, Tuan Jayden pergi Korea. Ada meeting dekat sana. Dia takde chat Rai ke? Rai kan PA dia." Raihana segera mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan berwarna pink nya. Ada beberapa pesanan dari Jayden. Raihana tersengih malu ke arah Syasya.
"Tak perasan kak, tadi Tuan Jayden ada hantar watsap." Beberapa saat kemudian, telefonnya berbunyi. Mata Raihana membeliak sebaik sahaja melihat pesanan itu.
"Kenapa?" Syasya menyoal, bingung juga melihat wajah Raihana yang kelihatan sangat terkejut itu. Raihana segera menunjukkan skrin telefon pintarnya kepada Syasya.
"Banyak nya kerja kena buat, PA sebelum ni pun macam ni ke kak?" Raihana menyoal ingin tahu, hari ini memang kelelahan lah dia. Kena pergi Lotus Mall untuk mengambil 20 guni beras, 50 botol minyak makan, 100 botol kicap dan beberapa lagi barangan lain dan dihantarkan ke Rumah Anak Yatim Darul Iman. Sekarang ini dia berfikir bagaimana dia mahu mengangkut semua barangan tersebut.
"PA sebelum ni pun kena hadap benda yang sama juga, Rai. Takpelah, mana tahu dapat gaji bonus." Syasya cuba menenangkan perasaan Raihana.
" Tapi macam mana Rai nak bawa semua barangan tu? Rai bawak motor je kak, mana mungkinlah nak angkut barang banyak macam tu." Raihana meluahkan perkara yang dirunsingkan nya sejak tadi.
"Tak payahlah risau, dekat syarikat ni ada kereta dan lori khas untuk bawa semua barangan tu. Ambil nombor telefon ni, nanti Raihana call driver nya. " Syasya memberikan sekeping kertas kepada Raihana, ada salinan nombor telefon Pak Leman di atasnya.
"Tak menyusahkan ke kak?"
"Lah kenapa pulak menyusahkan, memang ini tugas dia. Lagipun ini kan arahan Tuan Jayden."
"Ok kak, terima kasih tau..." Raihana mengucapkan terima kasih lalu segera bergegas melangkah keluar dari ruangan itu dan menuju ke tingkat bawah. Rancangan nya untuk mengenakan Jayden terbatal. Namun tidak terlambat, plan itu akan berjalan lancar apabila Jayden pulang nanti!
🐰🐰🐰
Rumah Anak Yatim Darul Iman,
Kawasan rumah anak yatim itu sangat tenang dan mendamaikan, sebuah tempat yang terletak jauh dari kawasan pembangunan yang pesat membangun. Pohonan hijau menambahkan suasana tenang buat Raihana. Begitu juga dengan keharmonian anak- anak yatim dan guru besar mereka yang sangat ramah ketika menyambut kedatangan Raihana dengan baik.
"Rumah anak yatim ni ditubuhkan bila?" Raihana menyoal Hajah Kalsom ketika mereka dalam perjalanan ingin menuju ke dewan makan.
"2016, masatu tempat ni kecik sangat. Hanya boleh memuatkan 100 orang budak sahaja, alhamdulillah setelah Tuan Jayden banyak membantu tempat ni jadilah seperti sekarang ini. Besar dan sangat selesa." Hajah Kalsom membalas dengan senyuman manis dibibirnya. Mereka sangat terhutang budi dengan jasa dan pengorbanan yang dihulur kan oleh Tuan Jayden.
"Alhamdulillah, gembira saya tengok bila budak-budak tu tersenyum ceria." Raihana membalas dan memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak perempuan yang sedang bermain sorok-sorok di taman permainan yang terletak berhampiran dengan dewan makan.
"Cik Raihana ni kekasih Tuan Jayden ya? Maaflah kalau soalan saya ni macam menyibuk sikit sebab selama ni tak pernah pun nampak Raihana."
"Eh taklah Hajah, saya PA baru Tuan Jayden. Sebab itulah Hajah tak pernah nampak sebelum ni." Raihana segera menyangkal kenyataan itu, dia dengan Jayden berbeza umpama langit dan bumi.
"Kamu ada mix Itali ke?"
"Tak silap saya, arwah atok saya dulu orang Itali. Muka saya ni nampak mix ke? Macam melayu pior je." Raihana tertawa kecil, dia tidak rasa wajahnya cantik seperti gadis Itali yang lain. Namun apa-apapun Raihana tetap bersyukur.
"Mata kamu mata coklat, hidung mancung tak nampak melayu sangat." Raihana mengangguk perlahan, dia teringat wajah arwah ibunya. Teringat tentang itu serta merta dia teringatkan tentang ayahnya, rasa sakit hatinya menjelma kembali.
"Hajah, salah ke kalau kita tak boleh maafkan seseorang kerana perbuatan yang dia buat tu sangat teruk?" Raihana menyoal, wajahnya kelihatan sugul.
"Firman ALLAH SWT: Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil. Surah Al- A'raf ayat 199,mustahil untuk kita melupakan suatu perkara apatah lagi jika ia pahit untuk dikenang. Itu memang fitrah manusia. Ingatlah bahawa melupakan itu bukan kerja kita. Itu adalah kerja ALLAH SWT. ALLAH tidak menyuruh kita melupakan, tetapi memaafkan. Apakah kelebihan apabila kita belajar memaafkan?" Dengan lembut Hajah Kalsom memberitahu Raihana, lengan Raihana segera ditarik dan dibawa ke sebuah bangku yang berada di bawah pohon yang redup.
"Hati akan lebih tenang." Raihana membalas perlahan, dia menundukkan pandangan ke bawah. Hajah Kalsom segera memeluk erat bahu Raihana, dari wajah itu dia tahu masalah yang Raihana hadapi sangat berat.
"Ambil masa dan berdoalah pada Allah, luahkan apa sahaja yang Raihana runsingkan dan kesalkan di atas sejadah. InsyaAllah dengan izinNya, Raihana dapat memaafkan orang tersebut." Raihana tersenyum pahit, benarlah apa yang Hajah Kalsom katakan, Raihana sendiri tidak pasti sama ada dia mampu memaafkan ayah nya atau tidak namun setelah mendengar nasihat dari Hajah Kalsom hatinya kembali tenang. Dia pasti akan memaafkan ayah nya.
🐰🐰🐰
Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
Sorry for the late update, sis sangat busy dengan kerja sekolah 😭 cuti pun dapat kerja sekolah you all. Naik sekolah nanti kena buat kerja kursus sport science pulak😄 but don't worry, sis akan cuba sedaya upaya untuk tulis novel ni setiap hari. Oklah guys, bye👋jumpa next part😘🥰