سبعة عشر

27.4K 3.2K 2.3K
                                    

"kesabaran bagi mencari yang benar."

"DASAR Ryza bangang, penakut panggil senior belasah kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"DASAR Ryza bangang, penakut panggil senior belasah kau. eh perangai macam syaitan bertopengkan manusia sia dia tu, ya Allah sakit hati aku." ujar Aiman sambil mengelap sisa darah di hujung bibir Nazim. Nazim yang terduduk lemah di katil dorm hanya tersenyum hambar.

"dahla tu, Man."

"dah apa Im? JANTAN SIAL TU PATUT KENA BELASAH DENGAN KETUA WARDEN KAU TAHU TAK? APA BAHALOL SANGAT SETTLE KAU DENGAN KUASA ABANG ABANG TU?" Aiman mendengus kuat. diletakkan tisu berdarah itu, sebelum mengambil minyak dan menyapukan di kawasan lebam di lengan Nazim.

"kenapa kau tak lawan balik, Im?"

"untuk apa, aku tak nak terlibat dalam kes. silap hari bulan, bukan nama aku je yang naik, nama keluarga aku pun naik sekali. taknak la macamtu." balas Nazim. sesekali dia mendesis, luka yang pedih itu betul betul menyakitkan.

"Esya? kau dah bagitahu dia?" soal Aiman sambil melekatkan beberapa plaster di luka Nazim.

lelaki itu menggeleng laju.

"anything but that. Esya kalau tahu, mesti dia marah." kata Nazim, meredupkan pandangannya ke arah plaster plaster di lengan.

"haih, payah betul kau ni Im. the things you do to Esya." Aiman melekatan plaster yang terakhir sebelum mengemas ubat ubatan yang berselerak itu, masuk semula ke dalam peti pertolongan cemas.

Nazim tersenyum lagi.

"untuk dia, aku mati kena belasah pun takpe." ucapan Nazim itu mengundang satu tamparan halus di pahanya. Aiman menjeling ke arah sahabatnya yang satu itu.

"mati mati jangan sebut. aku cili mulut ko kang." katanya sebelum bingkas bangun dari katil. Aiman menyimpan peti itu dengan cermat di rak khas dorm.

sedang mereka berbual, Ryza masuk dengan selamba. dia bahkan tidak mempeduli kehadiran Nazim yang merenungnya dari katil.

Aiman mengetap bibir, menahan sabar.

"Nazim, kalau kau tak puas hati dengan seseorang, jangan panggil senior macam tolol pengecut. takut nak depan sorang sorang buat kau nampak lemah. ya, Im?" perli Aiman.

ambik kau, puas hati aku.

Ryza mematung di tempatnya. dia mengeluh perlahan, menghempas pintu loker sebelum mengatur langkah ke tempat Nazim.

"aku ada offer."

Nazim yang masih sakit itu terkejut melihat Ryza berdiri di hadapannya. dia tidak berkata apa apa selain menatap mata Ryza dengan curiga.

Aiman segera bergegas menuju ke tempat mereka berdua sebelum terjadi apa apa.

"kalau kau taknak kena pukul macam tadi, kau bagi Esya dekat aku." kata Ryza.

You'll also like

          

"OTAK KAU BAB—" Aiman mula memberontak.

"pukul aku." Nazim memotong. pandangan lembutnya bertukar tajam.

"aku lagi rela kena pukul dari bagi perempuan yang aku sendiri takut nak sakitkan, jatuh dekat lelaki macam kau." tutur Nazim.

"bercakap pakai apa? lutut? serious rela kena belasah demi Esya?" Ryza tersenyum mengejek.

"rela." balas Nazim pendek, tetapi berani.

"weh Nazim, jangan cakap sembarangan je weh.." Aiman mula cuak.

Ryza tergelak jahat. dia menganggukkan kepalanya, seraya setuju dengan pengakuan Nazim.

"okay. mulai sekarang, kau, aku jadikan hamba senior. kalau kau tak patuh sekali, atau mengelat, tau nasib perempuan murah tu aku kerjakan. oh, aku lupa bagitahu. aku sebenarnya taknak Esya pun, aku nak balas dendam dekat kau je."

"Esya bukan perempuan murah." kata Nazim.

"habistu, perempuan apa?"

"perempuan aku. and you don't talk to my woman like that." sambungnya lagi. Aiman diam diam bersorak dalam hati, menyokong sisi Nazim yang lebih diminatinya ini.

"wah, ustaz alim dah pandai cop perempuan jadi dia punya. hebat hebat, mantap." Ryza menepuk tangannya beberapa kali.

"aku tau ni semua hanya dibibir. tapi, aku ada Allah di sisi aku. Dia akan tolong aku, sampai Esya jadi milik aku sepenuhnya. pegang kata kata aku, Ryza." kata Nazim sekali lagi.

Ryza merasa tercabar, tapi dia cuba menutup rasa itu dengan senyuman kemenangan. riak wajahnya bersahaja, sambil dia menyeluk kedua dia tangannya di poket.

"whatever floats your boat, Im. tugas kau jadi hamba abdi start malam ni. goodluck with that. let's see berapa lama kau boleh tahan hidup macamni."

dan dengan itu, Ryza berlalu pergi, meninggalkan Nazim dan Aiman berseorang di bilik, pasrah dengan ujian yang diturunkan kepada mereka berdua.

_____

[ Esya ]
50+ unread messages.

Esya
im kau kat mana?
lambatnya..
takpela aku tunggu lagi lima minit ^^
NAZIM DAH SEJAM
WOI KAU KAT MANA AKU RISAU NI
im..
kau pergi mana ni?
> tap to see more.

you
Assalamualaikum Esya..

Esya
WOI
BODO BARU ONLINE
ANJING AKU TAKUT BODO KAU PERGI MANA
TENGOK KAN AKU DAH TERKASAR

you
maaf yaaa
tadi saya kena pergi hospital, kurang sihat.
masa on the way to rasa pening sikit.

Esya
weh..
maksudnya betul la Qasy cakap kau sakit sebab pergi ampaian tak pakai jaket..

you
eh? dibilang gitu?? 😭😭

Esya
YA LAH
ISH NAZIM
KENAPA TAK ATLEAST ONLINE PHONE

you
gaksempat soalnya
maaf seribu kali maaf Esya 🥲

Esya
takpela kau sakit kan
sorry aku melulu marah kau tadi :(
soo, esok kau tak masuk kelas ke?

you
masuk
demam sikit je

Esya
laaah takkan tak dapat MC?

you
dapat, tapi saya tetap harus ke kelas

Esya
DAH SAKIT DUDUK JELA KAT DORM

you
ketemu kamu sahaja, saya bisa sihat kok ☺️

Esya
NYEMPAT LA KO NI
takpelah kalau macamtu
jumpa masa prep malam nanti la ya?

you
ya okayy

Esya
ok
bye Assalamualaikum 🙂

you
Waalaikumsalam 😊

______

PULANG PREP MALAM, 9:10 MALAM.

Nazim mengetuai bacaan Al Mulk seusai tiba di dorm. memandangan lights off pukul 10, makanya dia harus cepat cepat menghabiskan sesi Al Mulk itu sebelum membebaskan para pelajar untuk menggosok baju, dan melakukan hal hal yang lain sebelum tidur.

"sodoqallalahulazim, alhamdulillah. semua pelajar boleh buat kerja masing masing. ingat, light off tepat pukul 10." ujar Nazim, tegas tapi senyuman ikhlasnya masih terhias di bibir. pelajar asrama putera, ataupun aspura mengangguk laju sebelum bingkas bangun dan beredar.

Nazim menyimpan Al Quran sebelum kembali duduk di sejadah. dia bersimpuh, menghadap kiblat sambil mulutnya terkumat kamit membaca zikir.

dia mengangkat tangan lalu mula berdoa. segala rasa yang ditahan sejak beberapa akhir ini seperti tidak terungkap olehnya. Nazim seperti bingung, dia mahu meluahkan segalanya kepada Yang Satu itu tapi lidahnya kelu.

perlahan lahan, lelaki suci itu cuba menyusun ayat.

"Bismillahirohmanirohim, Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, Engkau lebih arif tentang apa yang terjadi sekarang. aku gak tahu harus gimana lagi, Ya Allah. aku buntu. aku bahkan gak sanggup hilang Ryza, jauh sekali Esya. Ya Allah, aku mencintai salah seorang hambamu di muka bumi ini, tetapi dia tidak mengatasi cinta aku kepada Engkau, Ya Allah. dia lah yang selalu aku sebut dalam setiap doa dan istikharahku , dialah Nur Esya Qistina. apakah betul dia yang harus aku pertahankan cintaku? Ya Allah, kalau Esya yang benar, aku gak apa apa. kalau benar dia jodoh aku, maka aku mohon bantu mengharungi ujian berat ini, sesungguhnya Engkau sebaik baik penyandar." doa Nazim.

dia menelan air liurnya yang terasa jauh lebih pahit itu, sebelum menyambung doanya.

"tetapi kalau bukan Esya, aku mohon juga Ya Allah. beri aku kekuatan untuk melupakan gadis yang telah aku cintai itu, Ya Rahman, Ya Rahim."

_____

berikan sokongan moral anda buat Nazim kerana dia bakal memerlukannya untuk next next next chapter.

[ 9 : 06 malam ]

[ 9 : 06 malam ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
القمر [bulan] Where stories live. Discover now