chapter 13

151 10 2
                                    

Catherine mencelikkan mata apabila terasa badannya tidak dapat digerakkan. Degupan jantung Catherine berdegup kencang sehingga membuatkan dirinya sendiri dapat mendengar jantung dia berdegup laju.

Catherine cuba mengawal nafas yang mula tidak teratur.

Menyedari dirinya ditempatkan di dalam sebuah bilik yang besar dan kosong membuatkan Catherine Mula resah. Felix mana?

" Felix?!" Jerit Catherine dengan kuat apabila hatinya mula merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi nanti.

" Felix? Where are you?! I'm scare!!" Jerit Catherine yang mula takut.

baru sahaja Catherine ingin menjerit sekali lagi, lampu mula terpadam secara tiba-tiba.

Selang beberapa saat, lampu kembali terpasang namun mata Catherine terbeliak besar apabila dapat melihat satu skrin layar putih terpasang.

Satu rakaman mula terpancar diatas layar skrin tersebut. Catherine merenung rakaman di hadapannya itu dengan tangan serta kakinya yang ikut di ikat.

" What is this ..." Bisik Catherine dengan bibir yang menggigil hebat apabila rakaman tersebut mula menayangkan aksi pembunuhan serta penderaan yang brutal.

" Enough!!" Jerit Catherine yang ketakutan lalu dengan pantas dipenjamkan matanya daripada melihat terus menerus paparan yang memuakkan tersebut.

Namun apa yang diingini oleh Catherine tidak berjalan dengan lancar, apabila suara or volume rakaman tersebut dikuatkan, seakan mengetahui apa yang berada di dalam fikirannya.

Jeritan manusia  dan bunyi libasan semakin kuat sehingga Catherine ingin menutup telinganya namun tidak berhasil apabila menyedari tangannya di ikat!

Catherine menggigil hebat serta air matanya mengalir deras.

" Felix...where are you?!" Jerit Catherine dengan hati yang takut teramat sangat.

" Ahh Felix!! I'm scare!!!" Raung Catherine dengan tanggisan ketakutannya itu.

Melihat sekelilingnya hanyalah dinding putih yang kosong membuatkan Catherine mula panik lalu cuba meleraikan ikatan talinya namun tidak berhasil.

" Kau takkan dapat lari." Tegur satu suara dari arah speaker yang terletak disetiap penjuru. Catherine berhenti meronta.

"  Siapa kau?!!" Soal Catherine dengan suara yang lantang. Jantung dia berdegup kencang.

" Siapa aku tu tak penting, yang lebih penting adalah diri kau sendiri perempuan." Jawab suara tersebut dengan tenang.

Catherine merengus kasar. "Felix mana? Ha??!!" Jerit Catherine dengan hati yang bercelaru.

" Felix? Ouhh kau maksudkan perempuan ni?" Keluh suara tersebut lalu muncul seorang lelaki bertopeng hitam yang membawa Dayana bersamanya.

" Dayana?!" Jerit Catherine dengan hati yang terkejut apabila dengan matanya sendiri dapat di lihat keadaan Dayana yang sudah lebam di bahagian mukanya malah tangannya juga di ikat ke belakang.

Dayana mengangkat pandangannya supaya dapat memandang wajah Catherine.

" Catherine..." Keluh Dayana dengan wajah yang menyeringai kesakitan.

" Dayana! Apa yang berlaku sekarang ni?! Siapa buat you?!!" Soal Catherine bertalu-talu.

Lelaki yang bertopeng hitam tersebut dengan pantas menolak badan Dayana supaya jatuh melutut di hadapan Catherine. Wajah Catherine mula pucat.

Dayana merenung ke bawah dengan darah yang mengalir keluar dari mulutnya.

" hari ni kau akan lihat sendiri kawan yang kau sayang...mati. Kau suka kan?" Soal suara tersebut dengan tenang melalui speaker.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now