Tujuh Belas;

20 2 0
                                    

Keputusan sudah pun ditetapkan oleh Doktor Fauziah. Cuma menunggu masa untuk mengumumkan di hadapan Adeliah,Qayyum dan Natrah. Doktor memanggil mereka bertiga untuk memasuki ruangan bilik.

"Okay, Encik. Saya ada berita baik dan berita buruk. Encik nak tahu yang mana dahulu?"

"Er.. berita buruk dulu la,doktor"

"Okay, sebenarnya isteri encik ni ada penyakit DID (Dissociative Identity Disorder), which is dia ada personaliti lain dalam diri dia. Penyakit ni selalu nya berkaitan dengan our past. Dan berita baiknya pula pada waktu sekarang hanya ada satu personaliti sahaja yang keluar, saya tak pasti kalau dia ada lebih lagi. Mungkin dia boleh terjadi pada bila bila masa sahaja. Berdasarkan pernyataan yang diberikan oleh Cik Natrah and Encik Qayyum, personaliti ni ada panas baran."jelasnya.

Reaksi mereka bertiga agak terkejut dengan penjelasan yang Doktor Fauziah berikan. Adeliah tidak menyangka masa lalunya akan memberikan kesan yang mendalam sampaikan dia mempunyai penyakit tersebut.

"Isteri saya boleh sembuh tak,doktor?"

"InsyaAllah boleh, tapi makesure jangan bagi isteri awak penat, tekanan yang tinggi sebab kebarangkalian besar itu akan buat alter dia keluar." ujar Doktor Fauziah.

"Baik, doktor."

Tiba tiba, wajah Adeliah bertukar menjadi merah dan matanya menjadi berwarna biru laut. Doktor Fauziah dapat mengecam bahwa dia sudah membuat penukaran.

"Ni semua salah ayah dengan mak. Kalau diorang tak pukul Adel, semua ni takkan jadi dan aku takkan ada dekat dalam ni!" tengking Rozy.

"Sabar, boleh saya tau awak siapa?" soal Doktor Fauziah.

Secara tidak langsung tubuh badan Adeliah yang mulanya duduk bertukar menjadi duduk menyilangkan kaki.

"Heh, aku siapa? Korang nak kenal ke dengan aku? Tak menyesal?" Rozy mengangkat kening kirinya dengan senyuman senget. Dia melihat kukunya dan memandang tepat ke mata Doktor Fauziah.

"Tenang, saya cuma doktor psikiatri. Niat saya cuma ingin berkenalan dengan awak, dan akan cuba bantu sembuhkan awak."

"..Fine...my name is Rozy Ariel. Age? 20. Hobby? Kill whoever hurts my Adeliah." Tiba tiba Rozy mengambil pisau di belakang poketnya. Entah bagaimana pisau lipat berada di situ. 

Rozy memegang pisau lipat itu lalu memusingkannya "What else do you want to know about me?"

"No, thats all. Terima kasih sebab meluangkan masa bersama kami, Miss Rozy. Now, can we talk to Adeliah?" Doktor Fauziah menghadiahkan senyuman kepadanya.

Rozy mengangkat dagunya dan mengembalikan Adeliah. Serta merta, perlakuan dan cara duduk Adeliah bertukar.

"Kenapa semua tengok saya?" 

"Takde apa, Puan Adeliah. Checkup kita dah tamat, nanti saya akan bagi awak kertas appointment ya dengan ubat ya? Boleh tunggu di luar." ujarnya.

************************************

" Encik Qayyum dan Cik Natrah, saya harap awak boleh jaga emosi dia ya, sebab awak berdua dah lihat bagaimana gaya Cik Rozy tadi, jadi saya agak takut dengan apa yang jadi pada Adeliah. Pesan pada dia, jangan skip makan ubat."

"Baik, doktor. Saya dan Natrah akan jaga dia, terima kasih ya."

EMOSI✓ Where stories live. Discover now