Bab 22

1K 82 13
                                    

MINUMAN americano dihirup oleh Edric. Aku memandang air minumannya yang semakin berkurangan kerana di minum olehnya. Aku menoleh memandang tempat lain, kerana aku terlalu bosan duduk di dalam kafe ini!

"Kau pandang apa?" aku tidak dengar soalannya. Tangan Edric menyentuh tangan aku. Tanpa sengaja aku nenarik tangan aku dengan laju. Macam manalah orang tak terkejut kalau tiba - tiba ada benda sentuh tangan.

"Bosanlah..." aku meletakkan kepala aku di atas meja. Kedai baju bayi itu buat aku tertarik. Aku mengambil beg tangan aku terus meninggalkan Edric yang sedang menikmati air kopinya.

"Nak pergi kedai depan tu" aku belari anak meninggalkannya bersendirian di kafe itu.

Aku membelek baju bayi itu. Baju mereka sangat kecil, aku mahu membeli satu baju bayi. Apabila aku memgambil baju itu terus aku terhenti. Aku lupa aku tak ada anak. Aku letak semula baju itu ke tempat asal.

"Kenapa tak ambik baju tu?" Edric bertanya pada aku.

"Nak buat apa? Bukannya saya ada anak pun.." aku menoleh sahaja memandang belakang, terlihat Tengku Adrian sedang tersenyum bersama isteri kesayangnnya, Faridha. Mereka sedang membeli baju bayi. Makin aku melihat mereka berdua makin buat hati aku rasa sebak.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Move on jerlah, Arluna. Dia bukan milik kau lagi. Aku berjalan sebelahan mereka berdua. Pura - pura tak nampak mereka.

"Hello Adrian! Tengah beli baju untuk anak yang bakal lahir tu ke?" riang Edric menyapa mereka berdua. Muka Tengku Adrian terkejut memandang aku yang berada di belakang Edric.

"Aku dah kata... Jangan dekat dengan dia"

"Dia dah bukan milik kau Adrian. Ingat. Dia. Bukan. Milik. Kau" Edric tersenyum riang seperti tiada apa yang berlaku.

"Apa kata kita pergi makan? Mesti semua lapar kan? Terutama sekali ibu burung tu" Edric meletakkan tangannya di atas kepala. Dia berjalan menuju ke restoran paparich. Faridha mengetap giginya dengan kuat, dia tidak mampu menerima Edric memanggilnya ibu burung. Hahaha.

"Apa kata kita duduk berasing? Aku dengan Adrian nak berbincang sikit. Korang boraklah ye?" Edric berkata lembut pada aku dan Faridha. Kami hanya mengikut sahaja arahannya walaupun Faridha sudah mula buat perangai. Aku memandang Edruc dari jauh yang sedang berborak dengan rancak bersama Adrian.

"Arluna tak ada kena mengena dalam hal ni!"

"Tak ada kena mengena? Adrian, bukan kau ke diarah untuk bunuh Arluna? Tapi kau tak sanggup. Kau buat keputusan untuk hilangkan diri dari datuk kau. Betul?" Edric hirup air tea o aisnya.

"Kau tak rasa jijik ke apa kau buat?"

"Kau tahu kenapa aku pandang Arluna macam nak bunuh dia?" Tengku Adrian geleng tidak tahu. Edric bangun dari tempat duduknya lalu mukanya di kedepankan memandang muka Adrian.

"Kalau Arluna keluar jer dari kafe tu, dia dah kena bunuh dengan konco - konco datuk engkau. Nak tak nak aku terpaksa pandang dia macam tu. Kau ingat aku tak rasa bersalah ke dekat Arluna?" Tengku Adrian tersentak mendengar kata - kata Edric.

"Surat yang aku bagi kat Arluna, memang tentang kau. Tapi hanya latar belakang engkau. Aku tak masukkan pun pasal kau kena bunuh dia. Sedikit pun aku tak masukkan. Patutnya aku berterima kasih dekat aku" Edric duduk semula di kerusinnya. Air orennya dihirup dengan laju.

"Ibu ayah Arluna tahu pasal kau?"

"Memang diaorang tahu. Sebab aku suami dia" kali kedua Tengku Adrian tersentak mendengar kata - kata Edric. Edric tersenyum sinis pada Tengku Adrian.

"Kenapa? Terkejut? Aku kahwin dengan dia lepas, sebulan kau ceraikan dia. Kau tak perlulah risau. Aku akan layan dia lebih baik dari kau yang gunakan dia untuk melepaskan hawa nafsu" Edric ketawa kecil memandang Tengku Adrian sudah terkaku.

"Tentang Arluna, kau serahkan dekat aku. Kau dah boleh move on dari hidup Arluna. Tak perlu nak menyusahkan diri terhegeh - hegeh datang balik dekat Arluna" Edric bangun dari tempat duduknya.

"Arluna" Edric menyeru namaku. Aku menunduk sedikit pada Faridha sebagai tanda hormat. Aku berjalan ke arahnya.

"Edric sebastian" aku menyebut namanya. Edruc angguk laju tanda faham.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Cantiknya tempat ni!" mata aku membukat memandang taman itu. Tamat persahabatan jepun dan malaysia, yang terletak di Shah Alam, selangor. Tempatnya sangat cantik dan membuatkan badan aku rasa segar. Udara disini pun sangat segar dan bersih.

"Tempat ni kau pernah pergi dengan Adrian" Edric mula berbicara.

"Kenapa saya datang sini dengan dia?"

"Itu... Aku tak tahu. Aku cuma nampak kau dengan dia datang sini" dia duduk di atas sofa sambil memandang tasik di hadapannya.

"Alangkah bagusnya saya dapat datang dengan jodoh saya" aku senyum hambar memandang tasik itu. Sambil membayangkan seorang jejaka datang memegang tanganku di hadapan tasik yang indah ini.

"Bukan ke kita jodoh?" Edric bertanya lembut pada aku. Aku angkat kening aku, tanda tidak faham. Edric menghulur sebuah file kepada aku. Aku membukak dengan berhati - hati. Aku meraup muka aku kerana aku tidak percaya.

"Kau jadi isteri aku, sudah hampir 3 tahun.." pelahan Edric berkata.

"Patutlah awak boleh ada dalam rumah" aku memandangnya. Dia angguk malas.

"Iye. Masa kau dekat hospital pun aku jaga kau. Kalau dekat rumah... Aku peluk baju engkau jer" suaranya tiba - tiba berubah serak. Aku mengusap badan belakangnya.

"Tak payahlah nangis"

"Kau ingat apa yang berlaku dekat kafe 3 tahun lepas? Cuba kau bayang... Ada lelaki pegang tangan kau dengan kuat.." aku renung mukanya, ajaib. Tidak sangka sepihan memoriku berjaya kembali. Aku teringat kejadian itu. Ia membuatkan aku trauma. Mukan Edric muncul dalam memori itu.

Badanku rebah dan disambut oleh Edric.

"Awak... Awak pandang saya... Macam nak.."

"Aku tahu" dia memotong ayatku. Aku gigil dalam pelukannya.

"Aku akan beritahu dari A sampai Z kenapa aku buat macam tu. Okay liebling?" senyum hambarnya terukir di mukanya. Aku angguk setuju. Aku perlu mendengar penjelasannya. Aku tidak patut untuk menghakimi seseorang tanpa mendengar penjelasannya.

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now