03 | GRAY 2

28 6 1
                                    

Tomorrow will be worse, but the day after tomorrow will be sunshine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tomorrow will be worse, but the day after tomorrow will be sunshine.

Jiyun mengeluh lemah sebaik sahaja melihat sebuah kotak susu strawberi dan juga sehelai sticky notes terletak kemas di atas mejanya. Sudah lebih seminggu perkara ini terjadi namun Jiyun masih tidak dapat menjumpai individu yang meletakkan benda-benda ini di atas mejanya.

Dia bukannya tidak menghargai pemberian orang tetapi lebih kepada dia tidak mahu individu tersebut membazirkan duit untuknya.

Memanglah harga sekotak susu murah tetapi kalau dah beli setiap hari, tak ke mahal?

"Susu lagi?" tegur Sungyeon apabila matanya menangkap kehadiran sebuah kotak susu dan sehelai sticky notes di atas meja Jiyun.

Jiyun mengangguk kecil sambil mengeluh perlahan.

"Anggap je lah tu hadiah daripada peminat Jiyun." balas Sungyeon selamba bersama dengan sebuah senyuman di bibirnya.

"Lagipun bolehlah Jiyun gunakan peluang ni untuk lupakan Sa-"

"Yah, Kim Jiyun!"

Ayat Sungyeon terus terhenti apabila nama Jiyun dijerit kuat sehingga membuatkan hampir semua pelajar yang berada di dalam kelas ini terkejut.

Jiyun dan Sungyeon sama-sama menoleh ke arah pintu masuk kelas di mana arah suara itu datang. Terpampanglah wajah seorang pelajar perempuan yang tidak asing lagi di mata Jiyun.

Lee Hana, bekas kawan baiknya dan juga merupakan teman wanita San pada masa ini.

Hana terus melangkah menuju ke Jiyun. Dengan pantas dan beraninya dia menarik rambut milik Jiyun sekuat hatinya.

Hampir terbuntang mata semua pelajar yang melihat situasi tersebut. Ini termasuklah Sungyeon.

Bekas teman wanita San dan teman wanita San sedang bergaduh menarik rambut. Fuh, boleh jadi tajuk utama laman media sosial sekolah.

Mesti trending!

"ARGHHHHH!" Jiyun menjerit kesakitan. Tangannya turut berusaha untuk menarik rambut Hana.

Mana adil jika rambutnya sahaja yang ditarik. Rambut Hana perlulah ditarik juga!

Selang 10 saat, rambut Hana berjaya ditarik oleh Jiyun. Menjerit gadis itu dibuatnya.

"Lepas. Kalau kau lepaskan, aku lepas." ujar Jiyun, cuba untuk memujuk Hana agar tidak meneruskan pergaduhan ini.

"Heh." sinis Hana.

"Buat apa aku nak lepaskan rambut kau. Dasar perempuan tak tahu malu!" balas Hana. Rambut milik Jiyun ditarik dengan lebih kuat seakan-akan mahu Jiyun botak sahaja gayanya.

Jiyun mengerutkan dahinya. Apa yang Hana merepek ni? Kenapa dia tak tahu malu pula?

Ehhhh, dia ada buat perkara yang memalukan ke?

"Hana, cuba bertenang. Lepaskan rambut Jiyun. Kita berbincang." pujuk Sungyeon pula. Lembut sahaja bicara yang dituturkan untuk menyejukkan hati Hana yang sedang membara itu.

Hana tersenyum sinis mendengar kata-kata Sungyeon itu. Tangannya menarik rambut Jiyun agar gadis itu dekat dengan dirinya. Tanpa perasaan, dia terus menolak badan Jiyun ke arah Sungyeon. Sungyeon tidak dapat mengimbangkan badannya apabila badannya dilanggar oleh badan Jiyun secara tiba-tiba.

Krekkk!

Krekkk!

Krekkk!

Meja-meja yang berada di belakang Sungyeon terdorong ke belakang apabila dilanggar oleh lelaki itu lalu badannya dan Jiyun terus mencium lantai.

Hana tersenyum sehingga ke telinga melihat keadaan Sungyeon dan Jiyun tika ini. Sudah seperti nangka busuk jatuh ke tanah!

"Heh, tu lah. Lain kali jangan nak berani mengorat teman lelaki aku lagi!" herdik Hana. Tidak cukup dengan itu, dahi Jiyun turut ditunjal dengan kuat. Tidak puas hati punya pasal.

Sudahlah rambutnya ditarik, badannya terjatuh. Kini, ditunjal pula. Memang malang betul nasib hari ini.

Yang Jiyun tidak puas hati sekarang ini ialah dia masih tidak faham dengan kata-kata Hana.

Mengorat teman lelaki dia? Siapa? Dia ke? Mengorat siapa? San?

Heh! Takkan pernah berlaku lah.

Kaki Hana melangkah menuju ke arah meja Jiyun. Sebuah kotak susu strawberi yang berada di atas meja Jiyun diambilnya tanpa rasa bersalah. Kemudian, dia melangkah kembali ke arah Jiyun.

"Susu ni San kan yang bagi kau?"

"Hah?!"

"Hah?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now